Rate

BAB 2

Adventure Series 1239

MELAKA - Tahun 1450

Fajar menyingsing memancarkan sinarnya. Membelah kepekatan malam di kaki bukit.

Kabus-kabus tebal menambahkan lagi kesejukan sehingga mencengkam hingga  ke urat dan tulang.

‘Mari beli, murah murah !’ suasana di pasar kampung Seri tidak pernah lekang daripada suara penjual yang saling bersahutan antara mereka. Walaupun terpaksa bekerja setiap hari namun apakan daya, ‘kais pagi makan pagi,kais petang makan petang’ .

Pengunjung juga tidak kurang juga. Ada yang datang hendak membeli barang dapur,ada yang hendak bersantapan dan ada juga yang sanggup  datang hanya semata-mata hendak menyaksikan pertandingan sabung ayam. Bagi mereka pasar ini sudah dianggap seperti rumah mereka sendiri. Segalanya dilakukan di situ.

‘Seet!seet!’

Kotak-kotak kayu berisikan hasil dari laut ditolak dari kapal mereka melintasi jambatan di pelabuhan. Syahbandar- ketua di pelabuhan- mengarahkan anak buahnya memeriksa barang dagangan supaya tidak berlaku penyeludupan senjata api. Apabila isi kandungannya disahkan bersih kotak-kotak itu dibawa melintasi  pasar kampung Seri . Kemudian, barangan diedarkan kepada penjual yang sedang membuat tempahan awal.

“ huh,nyaman betul hari ini . Hmm,patutlah ...hari ini hari  Jumaat, hari berkat. ” seorang lelaki tua- berambut ikal mayang melepasi paras bahunya sehingga menutupi sebahagian wajahnya- membersihkan tempat duduknya yang berdaun. Hajatnya ke warung itu adalah untuk bersarapan kerana mahu mengalas perutnya yang sudah lama tidak diisi. Sudah tiga hari dia mengembara jauh meninggalkan kampung halamannya. Hari ini baru sahaja dia berjumpa tempat persinggahan sementara nanti dia akan menyambung pengembaraannya. Dia sebenarnya mahu mencari kehidupan yang lebih baik. Harapnya pengembaraan ini akan menenangkan hatinya yang resah. Setelah membunuh temannya karibnya - Jebat ,dia meminta restu sultan untuk bersara daripada dunia persilatan dan meminta khabar kematian rakannya dirahsiakan daripada semua orang.

“Tuan hamba mahukan apa ?”

“Hamba mahukan segelas kopi halia beserta dengan sepinggan kuih-muih. Boleh?”

Pelayan itu terus beredar meninggalkan lelaki tua itu keseorangan. Lelaki tua itu hanya menyaksikan sabung ayam dari jauh. Memandang dengan tidak beriak minat atau suka. Walaupun sorakan kuat bergema dan gamat berbunyi memenuhi setiap corong di pasar itu ,lelaki itu tidak langsung terkesan dengan suasana yang riuh-rendah di depan matanya.

“Tuan hamba ,silakan bersantap. Jika ada apa-apa panggil sahaja hamba”

Lelaki itu terus sahaja makan dengan penuh berselera. Maklumlah dah tiga hari tak makan.

“Syahbandar!Syahbandar!Tuan Syahbandar,lihat di sana ada kapal bertandang ke mari” anak buah syahbandar Malik lantas menerpa ke arahnya dalam keadaan tergesa-gesa. Macam ada sesuatu yang musykil.

Malik memerhati dengan teropongnya. ‘dush!dush!dush!’

Berpuluh-puluh nakhoda hampir mendekati perairan Selat Melaka. Nakhoda yang hampir berlabuh di pelabuhan Tanjung Bidara sangat ganjil. Layar-layar yang berkibar kesemuanya berlambangkan kepala tengkorak bertulang dua kerat.

“Tuan syahbandar, apa yang harus kita lakukan sekarang.” Zahir - pembantunya cemas dan risau. Firasatnya kuat mengatakan bahawa sesuatu yang buruk pasti akan terjadi.

“Zahir ,biarkan dahulu . Jangan bertindak sembarangan. Buruk padahnya kalau kita melulu, bukan kepada kita sahaja,penduduk juga dalam bahaya.”Malik terus menunggu kehadiran kapal itu dengan perasaan gusar dan gelisah. Dia masih mempamerkan wajah yang selamba untuk mengelakkan anak-anak buahnya menggelabah.

 ‘duff !duff !’

Kapal tiba di pelabuhan. Malik mengarahkan anak buahnya memasang landasan bersambung kepada kapal. Kecoh suasana apabila pekerja-pekerja di pelabuhan riuh-rendah suara mereka terpekik melakukan tugas dengan pantas. Kelihatan seorang lelaki memakai topeng keluar menuruni kapalnya. Berjalan-jalan perlahan mendekati Malik.

‘tukk! tukk!’

Malik menelan air liur . Laju. Takut .Bunyi tongkat itu sahaja sudah boleh membuatkan jantung Malik jatuh.

“Salam durjana, buat penduduk di desa ini!” ketawanya berdekah-dekah diikuti dengan pengikutnya.

“Assalamualaikum,tuan hamba. Ada apa yang boleh patik berikan. Patik segera hulurkan.”

“Aku nak satu sahaja dari kalian semua. Aku nak tanah Melaka .Serahkan kepada aku sekarang! Kalau kamu semua tidak mahu berikan apa yang aku mahu… nahas kamu semua” matanya melilau seakan mencari sesuatu di sekitarnya. Dia dapat merasakan satu aura yang terlalu kuat berhampiran dengannya. ‘ahh, itu hanya mainan perasaan aku ,tidak mungkin ‘dia’ masih hidup. Bukankah ‘dia’ sudah mati dihukum pancung oleh sultan.

biarkanlah’ .

“Kalau begitu,eloklah tuan hamba berbincang dahulu dengan sultan. Mungkin tanah Melaka boleh dibahagikan sama rata dengan  tuan hamba.”

“Ahh, membuang masa aku sahaja. Aku nak sekarang juga. Serahkan semua harta penduduk di desa ini kepada kami. Aku nak kau beri kepada aku harta kalian sebelum malam berkunjung tiba!”

Zahir berjalan pantas membelah kerumunan manusia di pelabuhan.

“Ahh,tuan hamba. Siapalah tuan hamba mahukan harta kami begitu sahaja! Memaksa kami begitu!”

“Kau berani sahaja katakan sebegitu kepada aku ni- Jaki si lanun terkenal di semesta alam.Kau..kalau nak hidup panjang . Kau senyap..!”Jaki terus menunjal kepala Zahir hingga terpelanting ke belakang.

‘srettt’strett’

Zahir mengelap darahnya yang menitis di dahinya. Dia mengetap bibir . Geram dengan apa yang dilakukan Jaki kepadanya.

‘kau mati..’ Zahir terus menyerang Jaki tetapi dihadang oleh anak buah Jaki.

‘dushh ! dushh !’

Jaki menapak perlahan ke arah Zahir. Lantas dia menarik kolar baju melayu Zahir.

“Kau memang hendak mati ke? Baik.. Kalau itu yang kau mahukan!”

“Kau tu layak pergi mati sahaja!” Zahir meludah tepat ke muka Jaki. Dia bertambah berang. Lalu dia terus mencekik leher Zahir. Kuat sekali. Semakin lama semakin ketat menyebabkan mukanya membiru.

“Jaki, patik minta maaf atas keterlanjuran anak buah hamba. Biarkan hamba menghukumnya sekeras-kerasnya.” Malik cuba meleraikan pegangan tangan Jaki tetapi terlalu kejap.

“Kau orang tua,patut sama-sama mati dengan dia ni. Ajal kamu berdua sudah hampir sampai” Jaki mencekik leher Malik kemudian mencampakkannya jauh dari situ. Tenggelam di dalam laut.Melihat keadaan sedemikian pekerja di pelabuhan itu beramai-ramai membawa senjata menerpa Jaki. Anak buah Jaki mula mengeluarkan senjata mereka.

‘serang ! serang !’

Kehangatan peperangan kecil di pelabuhan menyebabkan pasar juga turut merasakan cebisannya juga.

‘dush ! dush !’

Suasana yang tenang ,tiba-tiba menjadi kecoh. Tembakan yang dilepaskan menghancurkan warung-warung di pasar itu.Mereka lari bertempiaran meninggalkan urusan masing-masing. Habis barang-barang berterabur.

Malik membawa Zahir ke tepi pantai. Masing-masing berwajah pucat lesi. Lemah.

“Tuan,apa yang harus kita lakukan?”

“Zahir,kau segera berangkat ke istana. Khabarkan perihal kita di sini. Ayuh segera pergi!” Malik berlari kencang mendekati kancah peperangan. Tanggungjawabnya menjaga pelabuhan masih belum selesai. Biar nyawa dipertaruhkan,asalkan namanya tidak terkubur begitu sahaja.

 Matanya memerhati sekeliling. Mencari kelibat Jaki di merata-rata tempat. Seusai menemukan musuhnya itu,kerisnya dikeluarkan. Aura merebak sedikit demi sedikit meliputi kerisnya. Membiaskan cahaya jingga yang terang. Menakjubkan bagi sesiapa yang melihatnya.

‘ting!ting!’

 Mata bertentang mata.Kali ini baru buku bertemu ruas. Lawan sama saing. Keris yang berdenting menghasilkan bayu kecil. Tiada tanda-tanda menunjukkan siapa  yang akan kecundang dahulu.

“Rumah kata pergi, kubur kata mari. Hei orang tua! Lebih baik kau serahkan tanah Melaka ini kepada aku!”

“Kau kan lanun tersohor. Jikalau kau mahukan tanah ini langkah dahulu mayat aku. Bedebah!”

“Argh, kalau begitu aku sudah boleh mendapatkannya dari tadi lagi. Tetapi akan masih berikan kamu semua masa. Apa kau tak mahu bersekongkol denganku. Kita boleh bahagi sama rata.”

“Aku ada maruah aku. Melayu tak akan hilang di bumi!”

“Aku tidak memaksa. Kau membuat keputusannya… tetapi kau menolaknya mentah-mentah. Maka terpaksalah aku menggunakan jalan yang terakhir” Jaki sudah membuka auranya . Dikumpulkan padu di penumbuknya.

‘hentaman si gajah perkasa’

Malik  sempat menahan serangan itu namun, momentum yang terhasil memaksanya terpelanting ke belakang. Terguling-guling lalu berlanggar dengan orang lain. Dia cuba untuk bangun. Tetapi..badannya dipijak kuat oleh Jaki tanpa belas kasihan. Berhambur darah keluar dari mulutnya.

“Aku sudah katakan kepada kau. Kau tidak akan dapat menandingi aku. Alangkah baiknya jikalau kau turutkan sahaja apa yang aku perintahkan. Dasar tua!”

 Malik pasrah. Matanya terkatup rapat.Hanya menunggu kesudahan nasibnya yang sangat malang.

 Ting ! ting !

Impak yang terlalu dahsyat memaksa Jaki tercampak ke belakang. Segalanya berlaku dengan pantas. Firasatnya hari ini benar-benar berlaku. Aura kuat ini sudah dapat dirasakannya sejak tadi,bukan aura yang biasa-biasa selalu dia kenali. Dia tahu lawannya bukan sebarang pahlawan, lawannya sangat berbisa.

  Malik si tua mula membuka mata. Kelam dalam waktu yang seakan-akan berhenti. Dia memeriksa badannya. Pelik. Dia masih hidup.

  Kelihatan di balik kabus yang tebal, sebuah lembaga berjalan perlahan keluar ke arah Jaki. Menapak-napak perlahan. Kedatangannya secara tiba-tiba menjadi tanda tanya buat semua orang di pelabuhan itu.

‘kau…kau hidup lagi!’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience