Hidupnya tidak seperti dahulu lagi. Semua berlaku dengan pantas sekali. Kini, hidupnya diselubungi dengan rasa takut, trauma dan dendam. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Semuanya terjadi di depan matanya sendiri.
Percaya atau pun tidak, itu semua ketentuan Allah SWT. Tiada siapa yang mampu menghalang mahu pun menukarkan segala ketentuan tersebut. Semuanya sudah pun tertulis.
Dahulu dia seorang gadis yang periang dan suka bergaul dengan orang sekeliling, tetapi selepas tragedi hitam tersebut dia mula berubah menjadi pendiam dan agak dingin dengan orang. Perwatakannya itu selalu dipandang sinis kerana orang menganggap dirinya sombong.
Dilemparkan pandangan ke luar jendela bilik, cuaca di bandar Seoul amat cerah. Bibirnya terukir segaris senyuman buat seketika. Namun, senyuman itu pudar apabila ingatan lama merasuki mindanya.
Pandangan matanya beralih ke arah awan biru. Satu per satu kian muncul. Cecair jernih mula bertakung ditubir matanya. Sebuah frame gambar digenggam kuat lalu dibawa ke dada, dipeluk erat gambar tersebut. Tragedi pada waktu kejadian tu mula bermain di ingatannya.
4 tahun yang lalu ...
Sedang mereka sekeluarga berehat di ruang tamu. Tan Sri Syafiz telah meminta pembantu peribadi keluarganya membawa beberapa keping dokumen penting ke ruang tamu.
Selang beberapa minit pembantu peribadi keluarganya pun keluar dari pejabat khas dengan membawa sebuah beg kulit berwarna hitam. Beg tersebut diletakkan di atas meja kopi. Puan Sri Marlissa dan Syandra hanya memerhatikan apa yang sedang dilakukan oleh Tan Sri Syafiz dan orang-orangnya itu.
Zip beg kulit itu buka lalu dikeluarkan beberapa keping helaian kertas. Tan Sri Syafiz membelek-belekkan kertas tersebut sebelum dia memulakan bicaranya. Satu per satu dokumen di periksanya. Empat keping helaian kertas diambilnya lalu diletakkan pada tempat yang berasingan.
"Fir, saya serahkan dokumen ini kepada kamu. Tolong simpan dan jaga elok-elok. Kamu uruslah apa yang patut dahulu sehinggalah Syandra habis belajar." Tan Sri Syafiz menyerahkan beberapa keping kertas dokumen yang dipegangnya kepada pembantu peribadi keluarganya, iaitu Firdaus.
Lambat-lambat tangan Firdaus menyambut huluran daripada Tan Sri Syafiz. Tugas dan amanah tersebut amat besar dan berat. Takut jika dia tidak mampu menggasal tanggungjawab itu.
Firduas meletakkan kepingan kertas itu ke dalam sebuah beg khas miliknya. Kemudia dia kembali berfokus pada Tan Sri Syafiz yang ingin mengatakan sesuatu.
Tan Sri Syafiz memandang anak gadisnya yang sedang leka membaca sebuah novel di sisi isteri tersayang. "Sya, dua tahun lagi dah nak habis belajar, kan?" tiba-tiba saja Tan Sri Syafiz mengutarakan soalan begitu.
Syandra mengangguk perlahan. "Ya, kenapa daddy?" tanya Syandra kembali. Tan Sri Syafiz menggeleng sambil tersenyum nipis.
"Sya, daddy serahkan syarikat daddy dekat Korea itu kepada kamu. Selepas habis belajar nanti, uncle Fir akan tolong dan beri tunjuk ajar pada Sya bagaimana hendak uruskan syarikat. Bolehkan kesayangan daddy?" tutur Tan Sri Syafiz.
Novel yang dibacanya tadi ditutup dan dia mula fokus pada daddynya. Nampaknya apa yang sedang dikatakan itu kelihatan agak serius. Novel tersebut mula diketepikan olehnya.
Puan Sri Marlissa memusingkan badannya sedikit ke arah Syandra. Tangan kecil milik Syandra digenggamnya kuat sambil sebelah tangannya pula mengusap bahu Syandra perlahan-lahan.
"Kenapa daddy cakap macam tu? Mana boleh macam ni. Bagilah Sya rehat dulu. Lima bulan hingga ke sepuluh bulan macam tu. Boleh?" Syandra memberikan cadangan kepada Tan Sri Syafiz.
Tersenyum Puan Sri Marlissa melihat gelagat Syandra. Tangan kanan milik Puan Sri Marlissa mula naik ke kepala Syandra lalu mengusap kepalanya. "Sayang, kita kenalah merancang dan bersedia lebih awal sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari..."
Sambung Puan Sri Marlissa."Bak kata pepatah, sediakan.."
"Sediakan payung sebelum hujan!" Semua insan yang berada dalam rumah banglo ikut menyambung percakapan Puan Sri Marlissa. Bergema suara mereka di dalam rumah itu.
Niat ingin memarahi semua orang yang berada disitu, namun tidak sampai hati. Apa yang disambung mereka itu betul. Kini, bergema la gelak tawa mereka lagi di dalam rumah.
Tan Sri Syafiz berdehem dengan sederhana kuat. Semua diam membisu.
Ketika dia ingin memulakan bicaranya yang tergendala tadi, tiba-tiba seorang lelaki meluru masuk ke dalam rumah dengan tergesa-gesa dan berlari menghampiri mereka di ruang tamu.
"Tu..tuan.." Dia cuba mengatur nafasnya kembali ke asal. Ditariknya nafas lalu dihempuskan.
Firdaus menyentuh bahunya lalu bertanya. "Kenapa ni?" Dia cuba mengatur nafasnya kembali seperti biasa.
"Tuan, pengawal di depan semuanya telah mati dibunuh!" kata lelaki itu sekali nafas sambil tercungap-cungap."
"What?" Terkejut Tan Sri Syafiz. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Firdaus.
"Fir, kamu pergi dari sini sekarang! Ingat apa yang saya katakan sebentar tadi. Simpan dan jaga elok-elok dokumen itu." Tan Sri Syafiz berkata dengan suara keras.
"Tapi.." Percakapan Firdaus dipotong. "Tak ada tapi tapi! Just go!" tengking Tan Sri Syafiz sambil menunjuk ke arah pintu bawah tanah.
Tanpa banyak soal lagi, Firdaus menjinjing beg kulit berwarna hitam itu lalu berlari masuk ke pintu bawah tanah. Sebelum pintu itu tertutup lebih rapat lagi, dia sempat menghadiahkan senyuman kecil kepada Tan Sri Syafiz dan keluarga.
Bunyi tembakan mula kedengaran. Bunyinya seakan-akan tidak jauh dari kawasan ruang tamu. Syandra menggigil ketakutan sambil memeluk mummynya. Puan Sri Marlissa cuba menenangkannya.
"Syafiz, Syafiz, Syafiz.." Kedengaran seseorang memanggil namanya dengan nada bermain di hadapan pintu utama. Tan Sri Syafiz selamba mendekati pemilik suara tersebut.
Dia mara ke depan, namun ada sedikit jarak. "Kau nak apa?!" soal Tan Sri Syafiz dengan tengkingan.
Lelaki itu mula menerpa masuk ke dalam rumah bersama dengan orang-orangnya. Dia tertawa seperti orang gila ketika berjalan menuju ke arah Tan Sri Syafiz.
"Orang-orang kau aku dah bunuh. Yang tinggal hanya kau, isteri kau, anak kau dan beberapa orang kau sahaja. Tak apa, sekejap lagi kau orang akan ikut jejak mereka semua!" Pistol dihalakan kepada mereka. Tan Sri Syafiz mendengus geram.
Puan Sri Marlissa dan Syandra hanya mendiamkan diri dan berpelukan sesama mereka. Syandra menggigil ketakutan akibat terdengar bunyi tembakan. "Shshshsh.. Dah jangan takut sayang mummy."
"Just straight to the point jelah. Kau nak apa?" soal Tan Sri sekali lagi. Lelaki itu mengeluarkan pistolnya lagi. Kini, kedua-dua belah tangan mempunyai pistol.
Dia mengukirkan senyuman sinis kepada mereka semua. Dia berjalan menghampir Tan Sri Syafiz. Kemudian pistol tersebut dimain pada leher milik Tan Sri Syafiz. "Aku nak apa? Nice question." Dia mengacukan pistol itu kepada orang-orang Tan Sri Syafiz. Lalu, dia melepaskan beberapa das tembakan kepada mereka.
Tidak sempat mereka berbuat apa-apa kerana lelaki itu lebih pantas bertindak dan terus menembak mereka. Tubuh mereka longlai jatuh terbaring diatas lantai. Darah pekat berlumuran membasahi lantai. Syandra yang menyaksikan kejadian itu mengigil seluruh badan.
"It's time for you go. Say goodbye to world and your estate!" Senyuman sinis terukir dibibirnya.
"Before that, your estate are mine start from now!" Dia mencengkam dagu Tan Sri Syafiz dengan kuat sekali. Tan Sri Syafiz menggerang kesakitan.
Puan Sri Marlissa tidak sanggup melihat keadaan suaminya yang diperlakukan seperti itu. Maka, dia bangun dari duduknya dan mula bersuara.
"Hey! Tergamak kau buat darah daging kau sendiri macam tu! Kau ni tak ada belas kasihan ke walaupun sedikit?!" kata Puan Sri Marlissa dengan amarahnya.
Lelaki itu tersenyum sinis. Dia meludah ke lantai. "Aku? Belas kasihan? Memang tak adalah." Dia menolak Tan Sri Syafiz ke arah anak buahnya.
Tan Sri Syafiz dipegang erat oleh dua orang anak buahnya. Kemudian, lelaki itu berjalan mendekati Puan Sri Marlissa yang selang beberapa langkah darinya. Senyuman sinis sentiasa menghiasi bibir lelaki itu.
"Sepatutnya kau tu jadi milik aku.. bukan dia." Jari telunjuk milik lelaki itu menghinggap ke wajah halus Puan Sri Marlissa. Namun, tangan tersebut ditepis dengan kasar sekali.
"Jangan sentuh aku la! Jijik tahu!" tengking Puan Sri Marlissa lalu mengundurkan diri sedikit ke belakang.
"Main kasar kau ya. Aku tak nak sakitkan kau, perempuan tapi kau yang paksa aku!" Lelaki itu amat dekat dengan Puan Sri Marlissa. Tangan besar miliknya diangkat ke udara lalu menampar pipi mulus milik Puan Sri Marlissa.
PAK!
"Ergh!!" Puan Sri Marlissa merenggang kesakitan sambil memegang pipinya yang sakit akibat tamparan tersebut. Tan Sri Syafiz cuba melepaskan dirinya tapi tidak berjaya. Sayu dan sakit hatinya melihat isterinya diperlakukan sedemikian.
"Lepaskan aku la! Kau jangan apa-apa isteri aku!" berang Tan Sri Syafiz. Tapi semuanya sia-sia saja kerana lelaki itu langsung tidak mempedulikan apa yang dikatakan. "Diam!" Kepalanya ditolak kuat oleh lelaki yang diarahkan untuk menjaganya dari terlepas.
Sekali lagi Puan Sri Marlissa mendapat tamparan daripada lelaki tersebut. Kini, kedua-dua belah pipinya telah merasa tamparan yang amat kuat. Cecair merah mula keluar dihujung bibir. Dikesatnya dengan menggunakan hujung lengan baju.
Syandra terus berlari mendapatkan mummynya.
"Mummy!" Syandra mengeluarkan tangisan kecil. Disentuh pipi milik insan yang sangat disayangi dengan tangan terketar-ketar. Puan Sri Marlissa sempat lagi mengukirkan senyuman manis kepada Syandra.
"Don't cry.. Mummy tahu princess mummy dan daddy kuat," pujuk Puan Sri Marlissa sambil tangannya mengusap pipi Syandra. "But mummy.. Sya tak kuat bila tengok mummy dan daddy diperlakukan seperti ini," ujar Syandra dengan sayunya.
Syandra menggelengkan kepala dengan kata-kata mummynya. Dia tidak mahu mummy dan daddynya disakiti, tapi apakan daya dia tidak dapat menghalang mereka.
"Ah sudah! Malas aku nak buang masa tengok drama minta kaki kau orang ni!" Lelaki itu mula berang lalu menolakkan Syandra ke tepi agar jauh dari Puan Sri Marlissa.
Kerana tolakan kuat lelaki itu, Syandra mengesot ke tepi dan tersandar di belakang sofa. Dia yang ketakutan menangis teresak-esak sambil memeluk tubuh.
"Lepaskan isteri dan anak aku! Bunuh aje aku ni!" Tan Sri Syafiz yang berdiam diri dari tadi mula bersuara.
Dia menyerah dan merelakan dirinya dibunuh oleh lelaki. Dia sanggup mempertaruhkan dirinya buat insan tersayang.
Ketawa psycho mula kedengaran di gegendang telinga mereka. "Memang aku nak bunuh kau pun.."
"Kau orang selongkar rumah ni sekarang. Cari dokumen harta-harta dia lepas itu berikan kepada aku," arah lelaki itu kepada anak buahnya.
"Baik bos."
Selang beberapa minit selepas itu, mereka semua berkumpul kembali di ruang tamu. Semua kembali dengan tangan kosong.
"Kami tak jumpa apa-apa, bos." Anak buahnya berterus terang.
Lelaki itu melepaskan tembakan ke dinding. "Shit! Mana kau letak ah?!" Dia menuju ke arah Tan Sri Syafiz dengan amarahnya lalu mencengkam kolar baju Tan Sri Syafiz.
"Kau tak perlu tahu.." jawab Tan Sri Syafiz dengan tersekat-sekat. Lelaki itu memandangnya tajam. Makin kuat cengkaman itu. Tidak teratur nafasnya.
Lelaki itu melepaskan cengkaman pada kolar baju Tan Sri Syafiz. Namun begitu, sepucuk pistol di ajukan ke bahagian dahinya. "Kalau kau tak bagitahu aku dimana kau simpan semua dokumen itu, aku tembak kau."
Tan Sri Syafiz mengukir segaris senyuman sinis lalu dilepaskan tawa penuh keterpaksaan dalam kesakitan.
"Tak ada benda yang lawak disini!"
"Kalau aku bagitahu kau pun, kau tetap nak bunuh aku juga kan? Jadi, apa gunanya aku hidup, right?" kata Tan Sri Syafiz dengan senyuman sinis di hujung bibir.
Lelaki itu mencebik dengan riak wajah kegeraman. Apa yang dikata-katakan oleh Tan Sri Syafiz itu ada betulnya juga.
"Argh!! Kau ni banyak songgeh pula. Bagitahu saja la, bukan susah pun!" Lelaki itu tidak berganjak sedikit ke tempat lain.
Tan Sri Syafiz tetap mendiamkan diri. Tidak mahu memberitahu lelaki itu dimana dokumen harta-hartanya diletakkan.
"Aku minta cara baik tadi tapi kau tak bagi. Tanggunglah sendiri!" Dia melepaskan tembakan dan terkena pada betis kiri milik Tan Sri Syafiz.
Syandra dan Puan Sri Marlissa menutup mata sambil mulut mereka terkumat-kamit membaca ayat al-quran. Perasaan takut mula menguasai diri mereka berdua. Namun begitu, mereka berdua hanya mampu memohon doa dan perlindungan daripada Allah SWT saja.
Darah berwarna merah pekat mula mengalir membasahi keseluruhan betis milik Tan Sri Syafiz. "Sakit tak?" soal lelaki itu dengan kebodohannya. Dia duduk memcangkung di hadapan Tan Sri Syafiz.
Jari telunjuknya digerakkan lalu disentuhnya darah yang keluar dari betis Tan Sri Syafiz itu. Dia mencalit darah itu di jarinya, lalu menjilatnya.
Sungguh dia tidak ada rasa geli dengan perbuatannya sendiri. Dia bangun lalu menuju ke sofa. Matanya melilau-lilau memandang sekeliling rumah.
Pandangannya terhenti apabila terlihat benda yang amat mencurigakan di bawah meja. Dia mencapai benda tersebut lalu dibukanya.
Beberapa helai fail dikeluarkan. Kertas-kertas yang terdapat dalam fail itu dikeluarkan olehnya. Ianya kelihatan seperti sesuatu yang amat penting.
"Yes! Finally, i found it!" jeritnya seperti orang kurang kewarasan.
Rambang matanya melihat jumlah harta yang tidak ternilai itu. Setelah itu, dia pun menuju ke arah Tan Sri Syafiz kembali.
Pistol yang setia ditangan itu diletakkan pada gadu Tan Sri Syafiz. Dia tersenyum sinis. "Haihh.. Susah payah aku cari rupanya dekat bawah meja ni je."
"Kau pun satu, kenapa tak bagitahu je? Tak adalah aku nak seksa kau orang anak-beranak," ujar lelaki itu lagi.
Lelaki itu memainkan pistol pada pipi Tan Sri Syafiz sambil tertawa bersendirian. Tan Sri Syafiz hanya mampu menahan amarahnya.
"Aku dah dapat apa yang aku nak. So.. aku akan bebaskan kau!" tuturnya sambil menepuk pipi Tan Sri Syafiz.
"Tapi bukan dekat dunia ni! Alam lain!" Pistol dihalakan tepat pada Tan Sri Syafiz.
"Kau jan.." Tidak sempat Tan Sri Syafiz menghabiskan percakapannya, lelaki itu telah pun menembak dirinya.
"Ya Allah!" jerit Puan Sri Marlissa disaat terkejut melihat suaminya terbaring separuh nyawa dilantai. Dia terus meluru ke arah Tan Sri Syafiz dan diikuti oleh Syandra.
Lelaki itu tersenyum sinis melihat mereka bertiga. Tidak berniat hendak tolong.
Puan Sri Marlissa meletakkan kepala Tan Sri Syafiz diribanya dan tangannya menggenggam erat tangan Tan Sri Syafiz. Syandra membantu mummy dengan menahan darah agar tidak terus mengalir.
Tan Sri Syafiz mula terbatuk darah. Bahagian dadanya ditekan oleh Syandra.
"Ma..maafkan daddy sebab tak dapat berikan kasih sayang daddy kepada Sya dan mummy. Maafkan daddy kalau daddy ada buat salah dalam keadaan daddy sedar mahu pun tidak sedar terhadap kamu berdua. Ma..maafkan daddy ya?" kata Tan Sri Syafiz dengan suara yang kurang kedengaran.
Syandra menggelengkan kepala bersama dengan tangisannya. "No daddy...Daddy tak ada salah pun dengan Sya. You're the best daddy, so please don't say like that .." Terus Syandra memelukkan daddynya dengan erat.
"Jangan bazirkan tenaga awak.." kata Puan Sri Marlissa.
Tan Sri Syafiz tersenyum lembut ke arah isteri dan anaknya.
"It's okay sayang, it's time for me go.."
Semakin kuat Syandra dab Puan Sri Marlisaa menghamburkan tangisan mereka.
"I love both of you," ujar Tan Sri Syafiz dengan suara yang tersekat serta terbatuk darah. "Jaga diri.."
Genggaman yang erat tiba-tiba menjadi lemah dan kemudiannya terlepas. Tangan milik Tan Sri Syafiz jatuh tidak bermaya. Mereka berdua yang terkejut dengan keadaan itu terus memeriksa nadi Tan Sri Syafiz.
Syandra menggelengkan kepalnya setelah memeriksa denyutan nadi daddya. Dia memandang mummynya dengan mata berkaca dan perlahan-lahan air matanya membasahi pipi.
"Mu..mummy.. Daddy dah tak ada.." katanya sambil memandang tepat pada Puan Sri Marlissa.
Tan Sri Syafiz telah menghembuskan nafas yang terakhir di riba isterinya, Puan Sri Marlissa. Sama seperti Rasulullah SAW yang telah menghembuskan nafas terakhirnya di riba milik isterinya, Saidatina Aisyah.
Tubuh Tan Sri Syafiz yang tidak bernyawa itu dipeluk erat oleh mereka berdua.
Hampir setengah jam mereka menghamburkan tangisan, kini tangisan mula reda sedikit demi sedikit. Sembab matanya mereka.
"Tak ada gunanya lagi kau orang menangis, meroyan dan meraung macam orang gila pada orang yang tak bernyawa," sergah lelaki yang membunuh Tan Sri Syafiz itu dengan sinis.
Serta merta dia mendapat jelingan daripada Puan Sri Marlissa. "Kenapa kau bunuh dia?!" soal Puan Sri Marlissa dengan suara nyaringnya. Dia bangkit dari duduknya lalu berdiri di hadapan lelaki itu.
Raut wajah marah ditayangkan.
"Aku dah dapat apa yang aku nak, jadi dia dah tak ada guna bagi aku." Lelaki itu sibuk membelek helaian kertas dokumen.
"Sebenarnyakan, kau pun tak berguna juga bagi aku.. And yeah.. I will kill you, my dear," tuturnya lagi.
Lelaki itu bangkit dari duduknya lalu menuju ke arah Puan Sri Marlissa dengan membawa sebilah pisau lipat. Pisau lipat tersebut dimainkan di pipi Puan Sri Marlissa hingga menyebabkan darah keluar.
Puan Sri Marlissa merenggang kesakitan, namun di tahannya. Tidak mungkin dia ingin berkelakuan lemah dihadapan lelaki itu.
"Uncle.. Please, melepaskan mummy saya.." pinta Syandra dengan sayu.
Terus lelaki itu mengalih pandangan ke arahnya dengan tajam. "Lepaskan? Macam yang aku cakap tadi la, bukan dekat dunia tapi dekat alam barzakh!" ujar lelaki itu dengan psikonya.
"Tapi.." Lelaki itu memintas kata-kata Syandra dengan pantas.
"Ah tak ada tapi tapi! Pergi mampus dengan tapi kau!" kepala Syandra ditunjalnya dengan kuat.
"Kau jangan nak sentuh anak aku tu!" larang Puan Sri Marlissa dari jarak yang tidak jauh.
"Diam!" Bergema suara garau lelaki itu diseluruh rumah. Terhinjut bahu Syandra dan Puan Sri Marlissa.
"Wen, khai." panggilnya.
"Kau orang pegang perempuan ini. Tegakkan badan dia." Dia mengarahkan anak-anak buahnya mendirikan Puan Sri Marlissa. Mereka hanya mengikuti tanpa membantah.
"Baik bos."
"Kau orang nak buat apa?" Bergetar-getar suara Puan Sri Marlissa apabila tubuhnya sudah ditarik dengan kasar.
Senyuman sinis dilemparkan kepadanya. "Nak bebaskan kau la apa lagi. Mesti husband kau pun tak sabar nak jumpa kau dekat sana."
Syandra tidak mampu berbuat apa-apa, kerana dia juga telah di awasi oleh orang-orang lelaki tersebut.
Salah seorang anak buah lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau dan sepucuk pistol dari dalam sebuah beg. Kemudian, dihulurkan kepadanya.
Yah! Bibirnya perlahan-lahan mula mengukirkan sebuah senyuman. Bagi orang tidak mengenalinya mungkin mereka akan beranggap bahawa lelaki itu menyukai mereka dan sebagainya. Tapi, tidak bagi Puan Sri Marlissa. Senyuman itu adalah senyuman sinis dan senyuman itulah yang buat orang sekelilingnya terseksa.
Pistol dihalakan kepada Puan Sri Marlissa. Tiba-tiba lelaki itu ketawa sendirian. "Kau nak aku tembak dekat mana? Kepala? Perut? Betis? Atau pun kau nak macam laki kau dekat bahagian dada? Eh silap, arwah laki kau."
"No uncle!"
"Kau Diam!" Automatik mulut Syandra tertutup rapat.
Lelaki itu kembali berfokus pada Puan Sri Marlissa yang tidak membuka mulut dari tadi.
"Dah tak ada mulut ke nak cakap?" Pipi Puan Sri Marlissa ditamparnya perlahan-lahan.
Lelaki itu mula benggang setelah beberapa minit Puan Sri Marlissa membisukan diri. "Kau ni buang masa betullah! Mari aku tolong kau buat pilihan." Tudung yang dipakai oleh Puan Sri Marlissa itu dibuka dengan kasar hingga menampakkan auratnya.
'Ya Allah, ampunkan dosa hambaMu ni' doa Puan Sri Marlissa didalam hatinya.
Lehernya mula terasa sakit. Darah mula menitik ke lantai. Ya, lehernya telah ditoreh sedikit. Walaupun sedikit, sakitnya masyaAllah.. Hanya Allah SWT saja yang tahu.
Lelaki itu leka dengan perbuatannya. Hampir keseluruhan leher milik Puan Sri Marlissa ditorehnya dengan pisau tapi tidak dalam.
Perbuatan lelaki itu terhenti apabila anak buah bersuara. "Daripada bos seksa dia, baik bos bunuh je dia terus. Senang cerita. Kerja selesai dan kita semua boleh blah." Selamba dabaknya pemuda itu berkata.
Lelaki itu berfikir seketika sebelum membuat keputusan. "Betul juga kan. Apa yang aku nak, aku dah dapat."
"Kau dudukkan perempuan ini dan pegang dia kuat-kuat. Aku nak main dengan dia." Dia mula tersenyuman sinis. Puan Sri Marlissa sudah tidak berkeruan.
Kini, pistol pula digunakannya. Hujung pistol diajukan pada bahu Puan Sri Marlissa. Mata sudah pun dipejamkan dan kepala dipalingkan. Lelaki itu sudah lama geram hendak menembak Puan Sri Marlissa, tapi satu jeritan menghentikan perbuatannya.
"Berhenti!!" jerit Syandra dengan sekuat-kuatnya. Lelaki itu mendengus kasar. "Apa lagi?!" Di tengkingnya Syandra.
"Jangan apa-apakan mummy saya.." Belum sempat Syandra menghabiskan percakapannya, lelaki tersebut sudah memotong. "Ah! Kalau itu yang kau hendak katakan, baik tak payah!" Kata-kata Syandra tidak dipedulinya. Dia meneruskan perbuatannya kembali.
Pistol ditekan kuat di bahu Puan Sri Marlissa. Makin Puan Sri Marlissa menjarakkan bahunya, makin dekat dan kuat tolakkan serta tekanan pistol itu. "Say goodbye to your daughter and this world."
'Bang'
Tembakan dilepaskan dibahu Puan Sri Marlissa. Darah mula membasahi baju dan lengannya. Syandra memejamkan matanya sambil menangis kecil.
"Itu baru sikit. Aku nak buat benda yang lagi seksa dari tadi," tutur lelaki itu dalam keadaan dirinya yang dipenuh darah manusia.
"Wen, ambil senapang laser di bonet kereta, sekarang!" arah lelaki itu. Anak buahnya mengangguk lalu segera menuju ke kereta.
Tidak sampai lima minit, Wen kembali dengan membawa barang yang disuruh oleh bosnya. Senapang laser dihulurkan kepada bosnya.
Lelaki itu menekan suis senapang laser. Di menghalakan senapang laser itu ke dinding untuk mencuba bagaimana kesannya jika ditembakkan kepada manusia.
Satu bunyi tembakan tidak kedengaran ketika dia menembak dinding tersebut. Dinding tersebut hanya berlubang dan tembus ke dinding seterusnya. Wah, sungguh hebat senjata itu.
Senyuman sinis masih terukir dibibir lelaki itu. Pandangannya dialihkan kembali ke arah Puan Sri Marlissa.
"Kalau aku tembak dekat dada kau mesti kau dah tak bernyawakan?" soalnya sambil mengelap senjata tersebut.
Diam, diam, diam dan terus diam. Tiada sahutan daripada dimangsa. Dia mula benggang. Tanpa banyak bunyi dan berkata sepatah pun, dia mula mengangkat senapang laser lalu dihalakan kepada Puan Sri Marlissa.
Di tembakkan ke tubuh manusia? Sudah semestinya cair seperti lilin terkena api yang menyala.
'Lindungilah anakku, Ya Allah' doa Puan Sri Marlissa disaat nyawanya kelihatan dihujung tanduk.
"Bersiap sedia untuk mampus! Satu.. Dua.. Tiga.." Tembakan dilepaskan dan terkena tepat pada bahagian dada. Ya Allah, seksanya.
Puan Sri Marlissa rebah dan terjatuh lemah ke lantai. Syandra yang ditahan tadi, kini dilepaskan. Terus dia berlari mendapatkan mummynya.
Tangan mummynya digenggam erat serta dikucupnya. Tangisannya yang mula reda tadi, kini kembali deras. Tangan sebelahnya memeluk erat tubuh mummynya.
"Mummy!! Wake up!! Don't leave me alone hikshiks.." Puan Sri Marlissa tersenyum lembut sebelum berkata sesuatu. Syandra mendekatkan telinganya ke mulut Puan Sri Marlissa.
"Don't worry, my dear. I'm always there with you." Puan Sri Marlissa menyentuh bahagian jantung Syandra ketika berkata.
"But mummy.." Puan Sri Marlissa menggeleng perlahan.
"It's okay, dear. Setiap yang hidup pasti akan merasakan mati," tutur Puan Sri Marlissa dengan nada yang tersekat-sekat.
"Jaga diri Sya, jangan tinggalkan solat dan perkara wajib yang lain," sambungnya lagi.
Naik turun naik turun sudah nafas Puan Sri Marlissa. Syandra yang tersedar akan itu, terus membisikkan sesuatu.
"Asyhadu an la illaha ilallah, waasyhadu anna Muhammadarrasulullah." Puan Sri Marlissa mengikuti ayat yang dibaca oleh Syandra walaupun dalam keadaan yang sukar bagi setiap manusia.
Habis saja ayat tersebut dibaca, tubuh Puan Sri Marlissa langsung tidak memberikan sebarang respon. Syandra menahan air matanya dari terus mengalir. Baginya, tidak baik menangis ketika insan yang kita sayang telah pergi, kerana tangisan itu tidak dapat menghidupkan mereka semula.
Pipi arwah mummynya dikucup dengan kasih sayang. Kemudian, matanya beralih ke arah jasad arwah daddynya. Sedih dan sakit hatinya melihat kedua-dua insan yang penting dalam hidupnya dibunuh tanpa belas kasihan.
"Bos.. Bos taknak bunuh dia ke?" tanya Khai yang sudah lama mendiamkan diri.
"Tak. Kalau aku bunuh dia sekarang, siapa nak uruskan mayat mak bapa dia tu? Aku? Kau orang? Memang taklah." Lelaki itu menunjal kepala Khai.
Khai mencebik dengan perbuatan bosnya. Sakit Hati dapat bos macam ni.
Wen memandang Khai dengan pandangan mengejek. Dijelirkan lidah kepada Khai. Terus Khai memandang tajam ke arahnya. Wen hanya buat tidak tahu.
"Jom blah!" Mereka semua akur dengan arahan lelaki itu. Ditinggalkannya Syandra sendiri disitu. Tiada satu pun daripada mereka yang ingin berpatah balik untuk membantu Syandra.
Syandra memandang mereka semua dengan penuh dendam.
Lamunannya terhenti akibat satu bunyi seperti kaca pecah jatuh ke lantai. Air matanya dilap sebelum pergi memastikan bunyi tersebut. Dia bangun dari duduknya lalu menuju ke koridor luar. Kelihatan pasu berwarna kuning emas telah pun pecah dan retak seribu.
Syandra meliarkan matanya melihat sekeliling koridor, seekor haiwan comel elok terbaring di atas meja dimana pasu tersebut berada. Dia menggelengkan kepalanya melihat gelagat comel si kesayangan.
Tanpa membuang masa, dia pun mengutip serpihan baca lalu dibersihkannya tempat tersebut. Kaca-kaca sudah dibuang ke dalam tong sampah. Haiwan kesayangannya di angkat dengan manja. Di bawanya ke sofa biliknya agar kesayangannya terasa lebih selesa. Tersenyum Syandra sambil membelai kucing kesayangannya.
Namun, ianya pudar disaat matanya terpandang gambar arwah mummy dan daddy sekilas. Pandangan matanya dipenuhi dengan dendam.
"Hutang darah harus dibalas dengan darah!" Lapis sofa itu digenggamnya kuat. Geram dan benci pada si pelaku.
Dia menahan amarahnya. Kucing kesayangannya diletakkan perlahan-lahan ke atas sofa. Dia menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Kemudian, dia pun mendirikan solat. Dia ingin meluahkan segala-gala pada Allah SWT. Hanya Allah SWT sahaja tempat memohon pertolongan.
Share this novel