TELEFON pintar yang terletak di meja kopi itu dicapainya. Tubuhnya disandarkan pada kerusi dan mencari nombor telefon seseorang. Setelah menjumpai nombor orang yang dicari itu, terus dia mendailnya.
"Hello boss," jawab seseorang dicorong telefon.
"I need your help," pinta Syandra dengan nada suara yang tegas.
"Tolong apa bos?"
"Booked me a flight to Malaysia, right now! I want it as soon as possible!" arahnya.
"Okay Boss!" Panggilan ditamatkan.
Dia meletakkan kembali telefonnya di meja kopi. Dia bangun dari duduk lalu menuju ke biliknya di tingkat atas. Pintu bilik dikuaknya sedikit. Dia melabuhkan punggung di birai katil yang agak empuk miliknya. Keluahan berat dilepaskan.
"Alangkah bahagianya hidup Sya kalau mummy dan daddy masih hidup. Dapat jugalah Sya merasa mummy dan daddy jemput Sya dekat airport. Lepas tu, bila Sya dah sampai Malaysia nanti, Sya nak tinggal dengan siapa? Sya dah tak ada siapa-siapa lagi. Sya dah tak dapat makan masakan mummy dan Sya tak dapat nak bergelak ketawa dengan daddy," luah Syandra sambil merenung gambar arwah mummy dan daddynya yang ditampal di dinding biliknya.
Mampukah dia hidup seperti gadis-gadis lain di luar sana? Semua itu hanya Tuhan saja yang tahu. Dia hanya mampu memohon doa agar Allah memakbulkan apa yang dia inginkan.
Bagasi yang diletakkan di tepi katil itu dicapainya. Dia bangun kemudian menuju ke almari pakaiannya. Pintu kecil almari itu dikuaknya.
Pakaian-pakaian yang terdapat di dalam almari itu, semuanya dikeluarkan dan diletakkan di atas katil. Barang-barang yang lain juga dia keluarkan.
Pakaian yang dikeluarkan tadi dilipatnya dengan kemas sebelum dimasukkan ke dalam bagasi miliknya. Nampak gayanya, satu bagasi saja tidak muat untuk pakaiannya.
Dia mengambil satu lagi bagasi berwarna silver di tepi katil. Pakaian yang telah dilipat tadi dimasukkan ke dalam bagai berwarna silver itu.
Setelah semuanya selesai, dia menolak bagasi-bagasi itu keluar dari biliknya.
"Done!" Dia melepaskan nafas lega. Penat juga mengemas pakaian dan menolak bagasi keluar. Nasib baik tolak, kalau diangkat mahu patah pinggangnya.
Button lif ditekannya untuk turun ke tingkat bawah. Baru saja kakinya ingin melangkah ke dapur, tiba-tiba dia teringatkan kucing kesayangannya. Lantas dia menuju ke ruang tamu. Dia tersenyum melihat kucing kesayangannya tidur di sofa empuk.
Dia mula mendekati kucing itu lalu dia sengaja menganggu tidur kucing itu. Jari telunjuknya dimainkan ke telinga kucingnya. Kucing itu memberi tindak balas. Tangan kucing itu mula bergerak lalu menggaru telinganya. Syandra tertawa kecil.
Tanpa menunggu si kucing membuka mata, terus Syandra mengangkatnya. Kucing itu menggosokkan kepalanya pada lengan Syandra. Dia juga tidak mahu mengalah dengan kelakuan kucingnya.
Jadi, dia pun melagakan hidung mancungnya dengan hidung kucingnya. Syandra langsung tidak melepaskan kucing kesayangannya itu, dia peluknya kucing itu. Dengan bulu yang tebal, halus dan badan yang berisi menyebabkan Syandra suka memeluknya.
"Dee ikut Sya balik ya. Tak sampai hati Sya nak tinggalkan Dee sendirian. Nanti tak ada siapa yang nak bagi makan dan minum dekat Dee," kata Syandra lalu mengusap kepala kucingnya.
Dia mendukung kucing kesayangannya lalu menuju ke dapur. Sangkar kucing tak tidak terlalu besar bersebelahan dengan pintu dapur itu diambilnya. Sebelum memasukkam kucingnya ke dalam sangkar tersebut, dia memberi makan dan minum dahulu akan kucingnya.
"Nah, Dee makan dulu. Sya nak naik atas kejap." Dia meninggalkan kucingnya sendirian disitu.
Kini dia tidak menggunakan lif kerana tangga tidak jauh dari tempat keberadaannya tadi. Dia berlari anak ketika mendaki tangga yang tidak tinggi mana pun.
Kakinya mula menapak di tingkat atas. Dia melangkahkan kaki ke biliknya kembali. Telefon pintar yang terbiar di atas katil itu diambilnya. Baru sahaja dia ingin mencari nombor anak buahnya, kedengaran bunyi loceng ditekan dan satu suara dari luar rumah.
Ting Tong!
Dia menjengukkan kepalanya ke luar jendela, kelihatan beberapa orang lelaki berbadan sasa dan tegap berada di hadapan rumahnya. Cepat-cepat dia turun ke bawah bersama telefonnya.
Sebaik saja dia berada di pintu utama rumah, dia button di tepi pintu untuk membuka kunci. Pintu dikuaknya bagi membolehkan beberapa orang lelaki itu masuk.
"Boleh kami masuk, bos?" soal salah seorang daripada beberapa orang lelaki itu.
"Sure, why not." Syandra mempersilakan mereka semua masuk.
Mereka mengikuti Syandra ke ruang tamu. Single sofa yang berada di antara big sofa itu didiami olehnya.
"Where's my ticket? Kau orang dah beli ke belum?"
Lelaki berpakaian hoodie yang berwarna dark blue itu mengeluarkan sepucuk sampul surat dari poket bajunya. Kemudian diserahkan kepada Syandra.
"Here's your ticket." Syandra mengambil sampul surat itu lalu dibukanya.
"Thank you."
Syandra mengeluar Iphone X dari poket belakang seluar. Anak-anak buahnya diam memerhatikan apa yang Syandra ingin katakan.
Iphone X diletakkan di meja kopi, terpapar gambar satu keluarga yang cukup senyuman di bibir. Anak-anak buahnya memandang pelik akan gambar yang ditunjukkan.
"Dia ke?" Syandra hanya menganggukkan kepalanya tanpa memandang anak-anak buahnya.
"Aku nak dia orang rasa macam mana arwah mummy dan daddy aku rasa kesakitan tu termasuk aku!" Aura yang berlainan sudah dapat dirasai oleh anak-anak buahnya.
Mereka memandang sesama mereka. Air liur telan kasar ketika melihat dan mendengar ayat yang keluar dari Syandra. Walaupun Syandra nampak ayu tapi disebaliknya dia gadis yang lasak. Tiada istilah mundur baginya. Jadi, sebab itulah mereka sangat respect terhadap Syandra. Dia wanita yang luar biasa.
"Bila bos nak mulakan semua rancang bos ni?"
"Belum pasti lagi. Tiba saja di Malaysia, cari tempat yang boleh dijadikan markas untuk kita semua. Disitu kita akan bincang balik."
"Baik bos." Semuanya akur akan arahannya.
"Luth, dah beli tiket untuk semua orang?" tanya Syandra sambil mengalihkan pandangan ke sebelah kanan.
Orang bernama Luth itu mengangkat kepala dari tunduknya.
"Sudah bos!"
"Baiklah, kalau macam tu.. kita bertolak sekejap lagi." Semua mengangguk. Syandra bangun dari duduk lalu menuju ke dapur.
"Beg bos mana?"
"Dekat atas."
"Nick! Tolong ambilkan beg bos. Aku nak pergi panaskan enjin kereta," kata Luth sebelum dia ke pintu utama rumah itu.
"Aku pula. Kau yang beria-ria tanya, pergilah ambil," sahut Nick sambil mencebik.
Sesuka hati saja Luth ini menyuruh Nick. Nick dengan malasnya naik ke tingkat atas untuk mengambil beg milik Syandra.
Syandra yang baru saja keluar daru dapur itu menuju kembali ke ruang tamu bersama dulang yang berisi jag dan cawan. Dulang tersebut diletakkan di atas meja kopi.
"Suruh yang lain masuk. Minum dulu lepas itu baru gerak pergi airport," arah Syandra.
"Baik bos. Weh kau orang! Bos panggil!!" jerit Ryan ketika ingin menuangkan air ke gelas untuk dirinya.
"Nick mana?" Syandra menepuk bahu Ryan. Tersedak terus Ryan dibuatnya.
Dadanya diurut. Tepukan Bosnya boleh saja buat dia mati tersedak. Syandra tersengih melihat wajah berkerut Ryan.
"Bos ni, memang nak saya mati awal ke apa?" Ryan menekan bunyi 'mati' itu dengan kegeraman.
"Mianhae.."
"Hah! Nick mana?" tanya Syandra sekali lagi.
"Dekat atas. Luth suruh dia ambil beg bos." Selamba saja Ryan berkata.
Syandra sudah naik berang. Kelibatan Luth dicarinya dengan mata. Luth yang batu saja masuk terus ke ruang tamu tanpa dia sedar, Syandra melihatnya seperti helang ingin menyambar mangsa.
Dengan selambanya dia duduk di sofa bersebelahan dengan Syandra. Ryan yang sedar akan hal itu hanya berdiam diri tapi dalam hatinya puas mengertawakan Luth.
Tangan ketam Syandra perlahan-lahan ke telinga milik Luth dari belakang. Telinga Luth dicubit lalu ditarik dengan kuat.
"Aduh, Sakit bos!!" jerit Luth dengan kuatnya akibat serangan tiba-tiba Syandra.
"Apa salah saya, bos? Lepaslah.. sakit!!" rintihnya. Kepala Luth terikut bergerak apabila Syandra menarik serta menggoyangkan telinganya.
"Tahu pun sakit. Yang kau pergi suruh Nick ambil tu seorang diri kenapa? Kau yang beria-ria tanya aku tadi kan." Semakin kuat Syandra memulaskan telinga Luth hingga menjadi kemerah-merahan.
"Sorry bos... Saya janji saya tak buat lagi," kata Luth dengan menahan kesakitan.
"Boleh percaya ke?" Syandra memandang Luth tajam.
"Boleh bos!" Dengan bersemangat Luth menjawab. Terus Syandra melepaskan telinganya.
"Buat lagi, siap kau." Amaran diberikan kepada Luth. Dia mengangguk faham.
Ryan yang duduk bertentangan dengan Luth, menjelirkan lidah kepada Luth tanda mengejek. Luth yang perasan akan kelakuan Ryan, acah-acah ingin membaling kunci kereta ke arah Ryan.
"Ryan," panggil Syandra sambil menilik jam tangannya.
"Ya, bos?"
"Panggil Nick. Kata dekat dia yang kita dah nak gerak ni." Sebelum melaksanakan arahan yang diberikan oleh Syandra, sempat lagi Ryan menghabiskan airnya.
"Ryan! Wait." Terhenti terus langkah Ryan. Dia menoleh ke arah suara tersebut.
"Dani, pergi tolong Nick dengan Ryan bawa turun barang dekat sana," kata Syandra.
Dani yang sibuk melayan telefon tersentak apabila Syandra menyeru namanya. Laju saja dia bangun dari duduknya ke arah lif tanpa memandang orang sekelilingnya.
TIBA saja di Incheon International Airport, dirinya yang dikelilingi oleh anak-anak buahnya, dia langsung tidak mengendahkan orang yang memandang ke arah mereka semua. Dia tahu mesti ada yang menjeling dan mengata dirinya. Tapi dia tidak kisahkannya, kerana orang lain tidak tahu apa-apa pun tentang dirinya.
Setiap anak buahnya membawa satu troli beg. Semua troli itu dipenuhi dengan barangan mereka saja. Syandra sebagai ketua hanya membawa bagpack miliknya saja. Kucing kesayangannya pula di bawa oleh Luth. Kata Syandra tadi, itu adalah denda buat Luth kerana tidak melakukan kerja bersama-sama, iaitu menyuruh Nick sesuka hatinya dan membiarkan Nick mengangkat beg yang banyak.
Mereka semua mengambil tempat sementara menunggu masa untuk berlepas. Syandra mengeluarkan Iphone X miliknya lalu aplikasi kamera dibukanya. Dia memanggil semua anak buahnya untuk mengambil bersama-sama. Bermacam-macam gaya yang mereka lakukan termasuk Syandra. Bagaikan mereka saja yang berada disitu.
Setelah lama menunggu, sudah tiba masanya untuk mereka berlepas. Mereka semua menuju ke pintu perlepasan. Satu demi satu masuk ke dalam perut kapal terbang itu. Tiada satu senyuman pun yang terukir di bibir mereka semua. Seperti ada aura yang berlainan menguasai diri mereka semua.
Syandra mengambil tempat ditepi tingkap kapal agar dia dapat melihat pemandangan yang cantik dari atas kapal terbang. Kerusi disebelah Syandra tidak didiam oleh sesiapa. Jadi, senanglah dia bergerak bebas.
Hoodie yang dipakainya itu dibuka untuk dijadikan selimut untuk dirinya. Rambutnya yang berlepas itu pula diikatnya. Sudah hampir setengah jam, pilot yang berada di depan kapal mengumumkan bahawa mereka akan berlepas.
Setelah kapal terbang itu berada di ruang angkasa, mata Syandra mula terasa berat dan lama-kelamaan dia pun tertidur.
TBC?
Share this novel