Rate

1. GADUH

Romance Series 7986

NAMA aku Nurul Ayla. Tahun ini aku berumur 17 tahun dan duduk di tingkatan lima. Aku merupakan anak tunggal . Mummy daddy aku ? Hurh selalu sibuk. Langsung tak ada masa nak spend time dengan aku. Hidup aku terlalu mewah . Selalu menghabiskan masa dan duit dengan kawan-kawan aku. Oh ya aku juga ada kawan-kawan. Macam bestie la. Nama diorang , Mira dan Farah. Mereka juga sama seperti aku. Anak orang kaya. Kitaorang selalu ponteng kelas. Tapi tiada seorang pun cikgu yang ambil kisah.

"Ayla turun makan. Mak dah siapkan nasi goreng untuk kamu”. Laung Hasnah dari tingkat bawah. Hasnah merupakan orang gaji mereka.

"Okay sekejap mak !” Balas Ayla. Dia terus menutup laptopnya. Sempat dia renung dirinya di hadapan cermin . Rambut yang lurus dikibas-kibas ke belakang.

"Ayla cantik”. Sempat juga Ayla memuji dirinya. Selalu orang yang puji , apakata kalini biar dirinya sendiri yang puji ? Kan kan kan ?

Laju langkahnya diatur turun ke dapur. Ayla mencium pipi Hasnah yang sudah dia anggap seperti maknya. Hasnah berumur 67 tahun.

Ayla mengambil tempat duduk di kerusi meja makan. Nasi goreng dicedok perlahan-lahan lalu diletakkan di pinggannya.

"Biarla mak buat”. Kata Hasnah lembut.

"Eh takpela mak. Mak kan dah masak. Biar Ayla yang buat sendiri. Takkan cedok nasi pun nak suruh mak buat ? Tak baik tau”. Ayla tersenyum. Hasnah turut tersenyum melihat Ayla. Sudah dianggap seperti anak sendiri. Mummy dan daddynya sibuk.

Selesai makan , Ayla bersalaman dengan Hasnah.

"Mak jaga diri elok elok tau. Jangan buat kerja berat-berat”. Pesan Ayla.

"Iyela. Kamu tu jaga diri juga. Belajar elok-elok”. Hasnah turut berpesan pada Ayla.

Ayla mengangguk perlahan. Belajar ? Dia mana pernah fokus.

Ayla memasuki kereta. "Abah , kita kena cepat tau”. Halim yang disapa abah oleh Ayla mengangguk serta dengan senyuman. Halim pula merupakan suami Hasnah dan juga pemandu keluarga Ayla.

Sepanjang perjalanan , di dalam kereta , Ayla hanya termenung memandang ke luar tingkap. Mummy dan daddynya sentiasa sibuk dan langsung tak ada masa untuk dia. Namun dia juga bersyukur kerana mempunyai Halim dan Hasnah dalam hidupnya selama ini. Dapat dia rasa kasih sayang mereka.

Halim memandang ke belakang. “Ayla sabar eh. Nanti mummy daddy balik diorang spend time la dengan Ayla. Jangan risau eh”.

Ayla mengeluh. Ini sudah kali keberapa Halim berkata begitu. Setiap kali mummy dan daddynya oustation mesti tergesa-gesa dan langsung tidak telefon bertanya khabar tentang dirinya. Kalau diorang balik pun , bukan mahu luangkan masa bersama malah makin sibuk . Begitula kehidupannya selama 17 tahun dia hidup. Daripada kecil , hanya Halim dan Hasnah yang selalu ada dengannya.

"Ok Ayla. Dah sampai. Belajar elok-elok tau”. Ujar Halim.

Ayla senyum terpaksa. "Yela. Bye abah”.

Ayla memasuki pagar sekolahnya. Sempat dia balas lambaian Halim. Ayla berjalan laju menuju ke kelasnya '5 MELATI’.

"Hiii girls !” Jerit Ayla. Farah dan Mira toleh ke belakang.

"Kau ni kenapa jerit do. Pekak telinga aku”. Farah menepuk belakang Ayla. Ayla mencebik.

"Weyy waktu first ni math kan ? Bosanla ! Jom ?” Mira bersuara. Farah dan Ayla berpandangan. Senyuman jahat terukir di bibir mereka bertiga.

•••

Ayla , Farah dan Mira perlahan-lahan menaiki tangga. Tiba-tiba mereka terdengar tapak kaki mendekati mereka. Mereka mengintai sedikit di sebalik dinding. Mereka bertiga menghembus nafas lega kerana cikgu tersebut memasuki tandas bukan ke arah mereka.

"Kita nak pergi mana ni ?” Soal Ayla dengan nada perlahan. Takut didengari cikgu. Farah dan Mira angkat bahu. Ayla menjeling mereka berdua.

"Kamu bertiga buat apa dekat sini ?!” Terkejut mereka bertiga apabila disergah oleh seorang cikgu. Mereka toleh ke belakang. Cikgu tersebut berdiri di tangga.

Farah dan Mira berlari pantas meninggalkan Ayla seorang diri.

"Farah ! Mira !” Jerit Ayla memanggil kawan-kawannya. Tanpa fikir panjang , Ayla berlari masuk ke dalam tandas. Pintu tandas ditutup kuat.

Turun naik dada Ayla. Wajahnya terasa panas. Bukan sahaja wajahnya , tapi seluruh tubuhnya.

"Tak guna betul !”

Setelah rasa agak selamat , Ayla keluar dari tandas . Rambutnya dikibas ke belakang. Ayla tunduk memandang skrin telefonnya. Seorang lelaki berjalan di hadapan memandang Ayla pelik. Langkahnya terhenti. Ayla mengeluh kasar. Dia berjalan berlalu dari situ.

"Kenapa perempuan tu ada dekat depan tandas lelaki ?” Soal lelaki itu sendiri.

"Woi”. Afiq menepuk bahu Aidil dan Aiman. Dia duduk berhadapan Aidil dan Aiman.

"Kau taknak beli apa-apa ke ?” Soal Aidil. Afiq menggeleng. Mereka bertiga berada di kantin.

"Pahal kau lambat ? Main game ke semalam ?” Aiman bersuara.

"Takla. Aku tidur awal je. Tapi aku terbangun lambat. Kakak aku tak kejut”. Jawab Afiq.

"Kau ni. Kau ingat kau tu macam Mia ke ? Budak budak ? Kena kejut ? Mengarut betul”. Afiq memandang Aidil dan Aiman dengan riak tak puas hati.

"Woi !” Afiq tunjal kepala Aiman dan Aidil yang sedang ketawa tak henti.

"Sedap eh korang ejek aku. Aku tendang korang kang”. Aiman dan Aidil garu kepala yang tidak gatal.

"Ala rilek la pik. Kitaorang gurau je. Kau betul ke taknak makan ke minum ke. Bukan selalu dapat peluang ponteng macam ni. Kau kenapa ? Xde mood je. Period ke ?”

"Kepala hotak kau ! Haha merepek”. Afiq ketawa kecil.

"Korang dekat mana ? Tinggal aku macamtu. Ha cepat la datang kat kantin ni. Lambat siap korang !” Ayla tutup telefonnya. Dia mengambil tempat duduk di meja bersebelahan dengan meja Afiq and the gang.

Aiman menyiku lengan Aidil . Aidil memandang Ayla.

"Woi perempuan”. Ayla pandang Aidil.

"Kitaorang duduk dekat kantin ni dulu. Kau ponteng kan ? Kalau cikgu nampak ramai-ramai , mampus la kitaorang. Kau bla sekarang”. Halau Aidil.

"Ha ? Kau bercakap dengan aku ke ? Tak sopan betul bila bercakap dengan perempuan. Patutla tak ada siapa pun nak dekat korang bertiga ni. Tak sopan !”

Afiq senyum sinis. Dia memandang Ayla.

"Eh ! Kau ni dah kenapa ? Anak cikgu dekat sini ke ? Anak raja ke ? Sombong ! Berlagak !” Afiq menjeling Ayla.

"Aku bayar tau sekolah dekat sini. So ni bukan sekolah korang je ! Siapa yang sombong sekarang ni ?!” Ayla mula tinggikan suaranya.

"Eleh. Sekolah dekat sini pun pakai duit mak bapak”. Bidas Afiq.

Ayla mengetap bibir menahan geram. Dia mula bangun menuju ke arah Afiq. Afiq mendongak memandang Ayla.

"Kenapa kalau aku guna duit mak bapak aku ? Salah ke ? Korang tiga ekor sekolah dekat sini pun pakai duit mak bapak korang kan ?!”

Afiq bangun , betul-betul berdiri di hadapan Ayla. Wajah mereka agak dekat.

"Tak payah nak sombong !”

Ayla ketawa. "La kenapa ? Nak nangis bila aku sebut pasal mak bapak kau ?”

"Mak bapak kau dah tahu belum yang anak dia ni perangai tak sopan ! Tak ada adab ! Gatal ! Playboy !” Ayla menolak bahu Afiq dengan kuat. Afiq menepis kasar tangan Ayla membuatkan telefon yang berada di tangan Ayla tercampak ke lantai.

Terlopong luas mulut Ayla. Dia memandang tajam ke arah Afiq.

"Kurang ajar eh kau ni ! Ambil sekarang !”

"Taknak”.

"Ambil !!” Tengking Ayla.

"Taknak !”

"Argh taknak taknak taknak”. Ayla memandang Afiq dengan riak tidak puas hati.

Farah dan Mira yang baru tiba mengambil telefon Ayla lalu diserahkan kepada Ayla.

"Babe dah retak”. Terbeliak mata Ayla.

"Dah...dah retak !” Ayla menjerit.

"Fon fake ke tu ? Nak aku belikan yang ori punya ?” Selamba Afiq berkata.

"Hey ! Kau tak mampu la nak belikan fon baru !”

"Aku mampu la !”

"Oh pakai duit mak bapak kau kan ?! Of course la mampu !”

"Eh kamu semua buat apa dekat sini ?!” Seorang cikgu lelaki dan perempuan tiba-tiba sahaja berada di situ. Mereka berenam berlari dengan pantas pergi dari situ.

Happy reading ><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience