Rate

2. NASIB AYLA

Romance Series 7986

AYLA merengus geram apabila teringat balik kejadian di kantin sebentar tadi. Apa yang cikgunya ajar di hadapan pun dia tidak fokus.

Lelaki tadi memang betul betul mencabar dirinya ! Dahla campak telefon aku ! Habis retak ! Kalau bukan sebab cikgu tadi datang , dah lama aku muka dia pecah.

"Ayla , faham ?" Ayla tersentak. Dia membetulkan kedudukannya lalu mengangguk laju.

"Masa dah nak habis. Awak semua boleh kemas kemudian balik. Jangan lupa tutup kipas ye". Pesan Cikgu Amira.

"Baik cikgu ! Kelas , bangun ! Terima kasih cikgu". Ketua kelas mula jalankan tugasnya.

"Sama - sama".

Sebaik sahaja Cikgu Amira keluar , Ayla mula mengemas barang-barangnya.

"Eh Ayla , tadi kau gaduh dengan Afiq eh ?" Tanya salah seorang rakan kelasnya , Zul.

"Siapa Afiq ?" Tanya Ayla tanpa minat.

"Alaa budak lelaki yang kau gaduh tadi. Dengar - dengar dia campak telefon kau tadi". Zul ketawa.

Tangan Ayla terhenti. Teringat kejadian tadi membuatkan Ayla makin sakit hati. Dia menggalas beg sekolahnya lalu memandang Zul.

"Oh dia la Afiq ?"

Zul mengangguk. "Tak sangka kau boleh pula bergaduh dengan dia. Kalau kau nak tahu kan , tak ada seorang pun budak perempuan yang berani cari pasal dengan dia. Diorang semua tu hanya pandai menggatal dengan Afiq. Playboy la katakan. Suka main perasaan perempuan". Panjang lebar Zul terangkan.

Lama Ayla berfikir. "Dia playboy ?"

Zul angguk.

Ayla tersenyum paksa. "Ok thank you Zul".

Sebenarnya Ayla langsung tidak berminat mahu mengenal lelaki tak guna tersebut. Tapi Zul yang mahu beritahu. Tak sampai hati pula dia nak kecilkan hati Zul. Ayla mengatur langkah pergi dari situ sambil menyanyi kecil.

Tak sedar akan longkang kecil di hadapannya menyebabkan Ayla tersadung ke hadapan. Belum sempat Ayla tersadung ke hadapan , tiba-tiba ada seseorang menarik tangannya lalu menarik Ayla ke dalam dakapannya. Ayla yang agak terkejut hanya membiarkan lelaki itu memeluknya.

"Kau okay ?" Soal Afiq tanpa tahu siapa yang dia sedang peluk.

Ayla mengangguk laju. Dia juga tak tahu siapa yang sedang memeluknya. Ayla mendongak memandang Afiq. Terbeliak luas mata Ayla. Terasa dunianya gelap.

Afiq turut memandang Ayla. Jangankan Ayla , dunia Afiq turut terasa gelap. Ayla menolak tubuh Afiq sehingga Afiq terdorong ke belakang. Aidil dan Aiman membantu Afiq untuk bangun. Ayla bangun menjauhi mereka bertiga.

"Apa yang kau cuba buat ha ?! Ambil kesempatan ?! Aku report polis !!" Jerit Ayla.

"Woi ! Aku pun tak hingin la nak tolong kau lagi lagi peluk kau ! Kalau aku tahu yang kau nak jatuh tadi , memang tak la aku nak tolong ! Sedar sikit diri tu". Afiq tak mahu kalah.

"Eleh...HEY ! Kau tu yang patut sedar diri ! Cakap orang !"

"Eh dah dah la tu. Korang ni asyik gaduh je. Nanti korang kahwin juga". Kata Aiman . Serabut asyik melihat dua ekor ni bergaduh.

Ayla dan Afiq memandang tajam ke arah Aiman. Aiman telan liur laku menayangkan senyuman kambing.

"Aku takkan pernah jatuh cinta dekat perempuan ni ! Apatah lagi kahwin !" Dengan nada tegas , Afiq berkata depan muka Ayla.

Ayla senyum senget . Dia mendekatkan lagi wajahnya dengan wajah Afiq.

"Jatuh cinta dengan kau ? Kahwin dengan kau ? Herh semua tu takkan pernah terjadi !" Suara Ayla meninggi lagi sekali.

Ayla menjeling Afiq lalu pergi dari situ. Afiq turut pergi dari situ meninggalkan Aiman dan Aidil.

"Hurh we'll see". Aidil berkata.

"Kita tengok je la siapa yang jatuh cinta dekat siapa dulu".

•••

Ayla mencampak beg sekolahnya ke atas katil. Dia mendail nombor mummynya.

"Arghh !" Ayla mencampak telefonnya pula ke atas katil. Kenapa mummy tak angkat pula ni ?!

Argh rasa sakit hatinya makin bertambah ! Dengan perangai lelaki tadi yang menyakitkan hati , tambah pula dengan perangai mummy dan daddynya yang sentiasa sibuk !

"Ayla sayang , buka pintu ni nak". Hasnah mengetuk pintu Ayla. Ayla cuba mengukirkan senyuman di bibir. Lalu dia membuka pintu.

"Ayla mandi dulu ye lepastu turun makan. Mak dengan abah nak keluar pergi pasar". Kata Hasnah dengan lembut.

"Eleh nak keluar pergi pasar ke pergi dating ?" Ayla mengusik . Hasnah tersenyum lalu memukul lembut lengan Ayla.

"Ada ada je kamu ni. Dah mandi cepat. Lepastu makan ok". Pesan Hasnah lalu berlalu pergi.

•••

Malam pun menjelma. Ayla menunggu orang tuanya di ruang tamu. Mummy dan daddynya masih belum pulang. Semalam janjinya mahu pulang harini. Tapi sekarang batang hidung pun masih tak nampak.

Ayla mencapai telefonnya. Sampai sekarang mummy atau daddynya tak call semula. Telefon dibaling di sebelah. Ayla mendengus kasar.

Lama kelamaan , Ayla tertidur sendiri. Bantal kecil yang berada di sofa dipeluk erat. Hasnah duduk di atas sofa manakala Halim hanya berdiri. Terbit rasa kasihan melihat anak majikannya. Selalu diabaikan. Daripada kecil , Ayla tidak pernah merasa kasih sayang ibu bapanya. Halim juga turut kasihan. Ayla anak yang baik dan sangat manja. Walaupun agak garang dan kasar , tapi dalam hatinya menyimpan pelbagai kisah sedih.

Tiba-tiba telefon Ayla berdering. Hasnah dan Halim tersentak. Tertera "Mummy" . Hasnah mencapai telefon Ayla lalu punat hijau ditekan.

"Hello Puan".

"Hello Hasnah. Erm tolong cakap pada Ayla yang kami berdua akan balik lambat sikit. Masih banyak kerja yang belum selesai. Terima kasih".

"Baik puan".

Terus diletak semua telefon Ayla di atas meja.

Hasnah mengusap kepala Ayla lembut.

"Kesian kan bang. Saya pun sedih tengok keadaan Ayla ni". Wajah dan suara Hasnah bertukar sayu.

"Saya pun . Tapi nak buat macam mana. Dahla jom masuk tidur. Biar Ayla tidur dekat sini. Dah lena sangat tu". Hasnah mengangguk.

Mereka berdua berjalan pergi dari situ meninggalkan Ayla yang sedang tidur ditemani air mata. Memang itu rutinnya setiap hari. Setiap malam.

ada sesiapa kesian kan Ayla tak ? Korang rasa Afiq suka tak dekat Ayla ? Hehe happy reading>_<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience