Bab 19

Romance Completed 1280357

Usai menyelesaikan urusan ubat dan mc, Danish menghantar Nurlisa ke lobby. Sudah puas dipujuk untuk Danish menghantar Nurlisa ke kondonya, tapi Nurlisa enggan. Nurlisa tidak bersedia untuk berkongsi alamat tempat tinggalnya kepada staffnya. Cukuplah mereka tahu yang Nurlisa hanya tinggal berdekatan dengan pejabat.

“Cik Lisa boleh panggilkan grab dah, handbag Cik Lisa dah otw kebawah. Saya minta tolong Adibah hantarkan,” beritahu Danish kepada bossnya itu. Tidak pernah Danish melihat sisi Nurlisa yang sangat lemah seperti hari ini.

Selama dia bekerja dengan Nurlisa, dia kelihatan sangat bersemangat, terbuka dan tidak pernah ada masalah. Danish bersyukur kerana Nurlisa pengsan di pejabat, kalau di luar, entah bagaimana lah keadaannya. Dengan zaman teknologi terbuka kini, pasti ramai yang merakam dan nasib tidak baik boleh menjadi viral.

Kelihatan Nurlisa termenung dengan tiada penghujung. Seperti dia berada di dalam dunianya sendiri. Terlihat dengan jelas kening berkerut kerut. Airmata juga bertakung di kelopak matanya

Tiba tiba kedengaran hon kereta dari lobi bangunan itu. Danish terus mencuit Nurlisa untuk memberitahu kalau kalau grab yang di pesan sudah sampai. Danish pantas mendail nombor Adibah untuk menanyakan keberadaanya.

“Cik Lisa, naiklah, I hantarkan,” suara kasar itu menyapa, sambil membuka pintu kereta BMW nya itu.

Sekali lagi Nurlisa tersentak

‘Kenapa Syed Arman ada disini, senangkan tadi dia bersetuju untuk aku balik terus, dan dia akan terus ke pejabat CEO, apa lagi yang dia nak dari aku’ lisa kehairanan sambil membetulkan pernafasannya.

Nurlisa bimbang takut takut dia akan jatuh pengsan lagi sekali.

Nurlisa mengagak pasti Syed Arman ingin masa berdua dengannya dan menoktahkan apa sepatutnya.

Nurlisa harus bersedia..

“Danish, nanti you update kan CEO on the event progress ya..Biar I yang hantar kan Cik Lisa you. Nanti kalau pengsan kat mana mana pulak, kita juga yang susah,” kali ini suaranya sedikit kendur, tidak kasar seperti tadi.

Dada Nurlisa kembali berombak, kembali beraksi ganas. Peluhnya kembali datang bertandang

“Tuan Syed, I boleh naik grab, tak yah susah susah, I ok jer, betul betul ok,” Nurlisa cuba menyakinkan Syed Arman. Nurlisa tidak berani untuk berduaan dengan dia, Nurlisa tidak bersedia.

“Lisa, jangan tolak apabila orang nak menjaga awak, saya ikhlas. Saya risau sebab Dr Kamal kata awak lemah tadi. Jangan fikri lain, kalau staff lain pun, saya akan buat perkara yang sama,” ujar Syed Arman.

Syed Arman tidak mahu Nurlisa fikir yang bukan bukan tentang kebaikan yang di hulurkan. Dia masih rasa bersalah dengan peristiwa di biliknya tadi. Bertambah bersalah apabila melihat bunga lily segar di atas mejanya.

‘Dahlah aku tak cakap terimakasih, marah pulak kat dia’ Syed Arman mengomel di dalam hatinya.

“Shall we?,” Syed Arman masih setia di pintu kereta itu, tercegat di situ dengan senyuman yang ada 10 kilo gula. Alahai

‘Aku memang akan kalah dengan dia, dari dulu lagi, aku tidak boleh kata tidak’ Lisa memarahi dirinya sendiri. Nurlisa sedar kelemahan paling besar adalah terlalu obsess dengan lelaki ini. Bukan sahaja obsess, tapi dah masuk level taksub. Nurlisa akur.

“Cik Lisa, saya setuju Tuan Syed hantar Cik Lisa. Saya pun risau jugak. Cik Lisa lemah lagi, biarlah Tuan Syed Arman hantar ya,” pujuk Danish. Dia mahu mengikut menghantar, tapi dia perlu berjumpa CEOnya.

Dengan perlahan Nurlisa menapak ke kereta mewah itu, duduk di sebelah pemandu. Walaupun dia teragak agak, ajakan Syed Arman itu sesuatu yang sangat manis baginya. Betapa dia rindukan susuk tubuh itu, bau itu.. Allah sahaja yang tahu tahap kerinduan itu.

Kesakitan jiwa dan hatinya di tinggalkan seketika. Nurlisa tahu dia harus berkali kali memaafkan dirinya. Dia tahu itu, dia tidak pernah berlaku adil kepada hatinya.

Nurlisa masih memandang Syed Arman menutup pintu keretanya. Wajah Syed Arman beriaksi sangat santai, seolah olah Nurlisa tidak pernah di kenali, seperti pertemuan yang pertama. Nurlisa mengeluh perlahan, seperti biasa, harga diri Nurlisa terletak di level yang paling bawah, di tempat sampah yang paling kotor.

Dengan perlahan, Nurlisa mengesat airmatanya. Sedari tadi Nurlisa perasan Danish kehairanan dengan apa yang terjadi pada dirinya. Danish juga perasan yang Nurlisa mengesat airmata mengunakan tisu di tangannya. Danish nampak semuanya. Danish tahu sesuatu yang berlaku pada bossnya, kalau tidak masakan dia airmata sangat murah hari ini.

Syed Arman mengambil tempat di sebelah pemandu. Cara Syed Arman cukup membuat Nurlisa terkesima. Seperti dulu, lengan baju di singsing ke paras lengan, dua butang baju di buka, menampakkan dadanya yang kiraan Nurlisa sangat seksi.

Dada seksi itu juga yang membuatkan Nurlisa bertindak gila 5 tahun dulu. Lisa meraup muka perlahan.

Selepas beberapa meter kereta bergerak, alarm untuk memakai seat belt berbunyi. Syed Arman memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia tahu Nurlisa tidak perasan tentang bunyi itu kerana fikiran Nurlisa menerawang jauh. Dia pasti itu..

“Cik Lisa, alarm seat belt berbunyi. Cik Lisa kena pakai dulu seat belt ni, nak I tolong ke?,” ujar Syed Arman menguatkan sedikit suaranya. Nurlisa terpana dengan wajah Syed Arman memandang tepat ke wajahnya.

Tetapi tiada reaksi di wajah Nurlisa. Dia seperti terpaku memandang Syed Arman, pandangan matanya tidak berganjak.

Syed Arman kehairanan dengan tingkah laku Nurlisa.

‘Kenapa dari tadi dia memandang aku seperti nak makan’ Syed Arman sungguh hairan.

“Cik Lisa, ada apa kat hidung I, atau saya tak cukup handsome ke?,” Syed Arman tidak punya pilihan kerana mata Nurlisa tidak berganjak sedikit pun.

“ouhhhh, maafkan I, maaf…apa yang Tuan Syed cakap tadi?,” Nurlisa mengalihkan pandangannya kebawah. Nurlisa seperti balik ke dunia nyata. Wajah merah merona, bibirnya terkatup sedikit selepas ralit memandang Syed Arman tadi.

“Cik Lisa kena pakai seat belt,” ujar Syed Arman dengan senyuman manis. Dia terhibur dengan reaksi spontan staffnya.

‘Pandai pulak abang Adam mencari assistance aku, cute…. ‘detik Syed Arman di dalam hati.

Nurlisa mencapai seat belt dan cuba memasang tetapi gagal. Tali itu seperti tidak bergerak apabila di tarik, berkali kali dicuba tapi masih gagal. Syed Arman melihat perlakuan Nurlisa. Bibirkan spontan tersenyum, sekali lagi Nurlisa kelihatan sangat comel di matanya.

“Biar I tolong, you penat sangat ni….,” kedengaran suara Syed Arman sangat lembut di telinganya. Bau perfumenya juga menusuk hidung Nurlisa. Tanpa disedari, Nurlisa sekali lagi masuk didalam dunia khayalannya. Bau perfume itu seperti menghasutnya, tangannya perlahan lahan bergerak untuk memegang lengan Syed Arman.

Tetapi dia tersentak apabila tangan Syed Arman bergerak ke kirinya dan kedudukan itu seperti Nurlisa berada di dalam pelukan Syed Arman. Dia terasa ingin memeluk tubuh yang terlalu lama di rindukan itu. Dia teringin untuk memeluk lengan itu, seperti 5 tahun dulu.

Nurlisa kian lemas, lemas dengan aliran cinta yang tidak pernah padam. Nurlisa tidak sedar yang Syed Arman sudah menyelesaikan tugasannya memasang seat belt itu. Dia masih belum pulang dari khayalannya. Nafasnya di tarik dalam, seperti sedang menikmati cinta itu. Akhirnya airmatanya tumpah, kerana di hujung khalayan itu, Nurlisa merasa sangat sakit. Dia dapat melihat dirinya berada di dalam bilik kosong, dan dia menangis teresak esak.

‘Hinanya aku’ Nulisa pantas sedar siapa dirinya.

Syed Arman melihat semua perilaku Nurlisa dengan jelas dan terang, tapi dia memilih untuk tidak bertanya. Dia memilih untuk memberi ruang kepada Nurlisa. Dia tidak tahu hujung pangkal, tapi dia tahu sesuatu yang berat berada di dalam jiwa Nurlisa

“Cik Lisa kena share address dengan I, kalau tak kita tak sampai rumah nanti. Atau kita gi makan dulu, dari tadi Lisa tak breakfast kan?,” lembut tonasi suara itu.

Nurlisa balik ke dalam dirinya. Dia harus professional. Sedangkan Syed Arman boleh berlagak normal, apa lagi dia.

Nurlisa kembali mengambil senyuman daripada dalam jiwanya.

‘aku harus kuat, aku harus berkorban untuk jiwa aku, diri aku, jangan tewas’, Lisa menarik sisa sisa kekuatannya.

“Kalau Tuan Syed tak kisah, I nak balik terus, I makan kat rumah nanti. Maaf, I susahkan you dari tadi. On on first day work, you nampak I pengsan pulak, maaf again. Normally I tak macam ni, today tak sure kenapa boleh pengsan pulak,” Nurlisa cuba menahan air matanya dari keluar.

‘Dear airmata, janganlah keluar, tolonglah behave. Tolonglah jaga air muka aku’ Lisa memohon bersungguh sungguh.

Setelah Nurlisa share location kondonya, kereta Syed Arman bergerak laju. Mereka bersepi di dalam kereta. Tidak kedengaran suara pun, cuma nafas mereka berdua. Tiada muzik, tiada perbualan, tiada apa apa..

Mengikut waze, kondo Nurlisa berada 3 km kedepan. Sepatutnya kalau berjalan kaki tidak sampai 15 mins, tapi kalau berkereta akan mengambil jalan yang jauh. Syed Arman melihat Restaurant Mcd di hadapan. Syed Arman mempunyai akal untuk membeli Nurlisa bubur mcd. Syed Arman harus membeli jiwa pekerjanya. Dia pasti itu resepi Babanya untuk menjadi boss yang baik.

Setelah memberhentikan kereta di tepi landasan jalan, tanpa memberitahu Nurlisa, Syed Arman terus keluar dari kereta dan melangkah ke restaurant terkenal itu. Dia tersenyum lagi. Di hari pertama, dia cuba berbaik dengan pekerjanya. Dia yang sekarang cuba untuk memberi bahagia kepada baba dan uminya, cuba untuk menyelesaikan kusut mimpinya.

Nurlisa hanya membiarkan Syed Arman berlalu tanpa bertanya. Nurlisa tidak habis habis lagi mencari jati dirinya. Nurlisa sudah mendapat sedikit kekuatan, tanpa dia sedar dia bangga kerana dalam situasi yang sangat kritikal, dia mampu memberi ruang kepada jantungnya mengepam oksigen. Dia sedikit santai selepas oksigen mampu berkawan dengan jantungnya.

Dalam 15 minit, Syed Arman masuk ke dalam kereta. Dia menghulurkan bubur itu kepada Nurlisa dengan senyuman manis. Senyuman yang bukan di buat buat.

“Cik Lisa nanti makan ya, I ajak makan tak nak. Jangan lupa makan ubat. Kita kena kerja keras untuk coming event this weekend. This is your first project kan?,” tutur Syed Arman sangat lembut, sangat berlainan..

Nurlisa cuma menganguk kepalanya. Tiada suara kedengaran daripada gadis cantik itu. Sesampai di kawasan kondo, Syed Arman memberhentikan Nurlisa di lobby kondo. Walaupun berkali kali Syed Arman ingin menghantar hingga ke depan pintu, Nurlisa menolak lembut. Dia harus rahsiakan dimana tempat tinggalnya.

Walaupun sudah sampai, tiada satu patah perkataan pun yang menjurus kepada cerita lama mereka. Nurlisa kehairanan dengan sikap Syed Arman.

Nurlisa perlu mencari jawapan kenapa Syed Arman berlagak formal denganya. Matanya tiada tanda benci atau marah. Kenapa dia terlalu santai, seolah olah dia tidak pernah kenal siapa Nurlisa.

Selepas mengucapkan terima kasih, Nurlisa keluar dari kereta itu dan berlalu ke lift. Dia tidak menoleh ke arah Syed Arman yang menunggu di luar kereta sehingga bayangan Nurlisa hilang daripada matanya.

‘Cantik, anggun, hebat, manja, semuanya manis’ Syed Arman memberitahu hatinya tentang Nurlisa. Dia tersenyum.

“Abang, aku on the way balik office. Dah dah..aku dah hantar dia. Selamat dah aku tengok dia masuk lift. Yang kau risau sangat dengan dia kenapa? Suka lah tu,” kedengaran suara Syed Arman bercakap dengan Syed Adam di teleponnya.

Bersambung

Tolong aku lipatkan lengan baju aku, tak selesa bila aku menaip, then aku nak coffee - Syed Arman

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience