Bab 1

Drama Series 1308

Deruman enjin kereta semakin mendekat dan aku terus mengundurkan langkah kaki aku secara mengejut ke belakang. Bibir munggil aku tak henti-henti terkumat-kamit menyumpah seranah diri sendiri akibat tidak berhati-hati.

"Maaf, cik. Tiara banyak buat hal lah ini pagi. Saya makan capati tadi pun dia sudah kasi tekan minyak, mana tidak tersedak kuah dal. Aiyoyo!"

Dia tepuk dahi. Wanita itu menggeleng.

"Haih. Kasi repair lagi lah Tiara kamu itu, Ah Chong. Banyak rosak ini macam."

Dia mengangguk. Selesai kami berbual dengan loghat kami yang tersendiri, aku berjalan menuju ke arah gerai sahabat aku. Dia menyapa aku. Bakul di tangan aku diambil lalu dibawa masuk ke dalam ruangan pantri. Aku duduk di atas kerusi plastik itu sambil melepas keluhan lelah.

"Aduh, letihnya."

Sungguh. Sekali lagi hati dia merintih. Embok datang mendekati sahabatnya lalu mengusap telapak tangan wanita itu. Bibirnya menguntum senyum. Kesian, Alin. Apakan nasib. Ada anak tapi tak pandai nak berjasa. Detik hati Embok.

"Sudah, tak baik untuk kesihatan kau."

***

"Aah! Aah! David, sakitlah." aku tepuk bahu sasa dia. Dia tersenyum sumbing. Jaket kulitnya diambil lalu disarung ke tubuh sendiri. Aku berdiri sambil mengesat-ngesat lenganku yang sedikit kebas itu.

"I suntik sikit dah meraung. Manja betullah you ni, Yanie."

Aku tersipu-sipu malu disebelahnya. Ya, David seorang pelatih doktor dan aku ialah kekasih simpanan dia. Bukan kerana hati aku yang mahu, tetapi dia tawarkan sesuatu. Wang. Itu yang aku perlukan. Bukannya lama. Sebulan dua nanti aku mintaklah putus. Tak susah nak mencari duit. Aku sudah mula berangan-angan di dalam hati.

"Mestilah. Sakit tau."

"Kalau you sihat, barulah I senang hati. Lagipun I sayang you sangat-sangat." ikhlas bibirnya berkata-kata. Aku tersengih macam kerang busuk. Punyalah gempak ayat pikat! Kalah Fattah Amin.

"David, I ada kuliah so you kerja betul-betul tau. Apa-apa contact."

Pipi kami berlaga sesama sendiri. Dia cuit hidung aku. Aku cepat-cepat capai tas tangan aku. Tak sampai 5 saat, aku dah pecut lari. Mujur dia tidak mengejar. Termengah-mengah aku dibuatnya.

"Lepasni Zaqwan pulak. Alahai, penatnya."

Jari-jemari aku ligat menghitung sesuatu. Mata aku terbeliak dengan besarnya.

"Harini birthday Haziq kan?!"

Aku melompat setempat. Telefon aku seluk lalu nombor telefon Shasha dan Ika aku dail secara serentak. Mereka membalas panggilan aku dan mereka pun terkejut katak jugak. Tak sangka anak Tan Sri tu dah genap 23 umur dia. Aku ni baru nak masuk umur-umur kacang. 20 tahun kan.

"Dia ada jemput kau tak?" tanya Shasha.

"Pergi mana?" jawab aku yang masih lagi di dalam dunia kebuntuan.

"Lah, birthday party. Kan selalu ada." Ika menyahut bagi pihak Kim Shasha. Aku bulatkan bibir. Tak ada pulak tahun ni. Agaknya jemputan tak diedar guna kad lagi kot. Anak orang kaya lah katakan. Omel aku sambil menggigit jari kuku.

"Woi Jung."

"Eip, nama husband aku jangan buat main." tegas aku bersuara. Aku tau ni cuma gurauan semata-mata. Ika terus melepaskan tawa bom atom dia. Dah lah betul-betul dekat depan speaker hp. Bingit weyh! Aku tekup sebelah telinga.

"Aku Kim Taehyung." sampuk Shasha.

"Korang ni, tak pandai nak membesar. Minum susu Dugro lah."

Punyalah lah banyak cakap kosong. Jam tangan aku tiba-tiba berbibip tak henti-henti. Terus panggilan telefon aku matikan.

"Kenapa ni Gucci? Rosak lagi ke."

Dan saat itulah aku terdengar bunyi derapan kaki seseorang sedang berjalan menuju ke arah aku dari belakang. Air liur kelat aku telan. Peluh cemas menitik di dahi. Jam aku berhenti meroyan.

"Awak." panggil si dia.

Bagaikan masa tengah terhenti, aku pun kaku tak bergerak. Dia sentuh sikit bahu kecil aku. Lagilah aku tak nak bergerak. Aku rasa aku tengah main Ice and Fire nih. Confirm nombor satu!

"Adha, awak ke tu?"

"Saya bukan Adha. My name is Yanie. Awak salah orang ni, encik. Pergi dulu."

Aku terus tergesa-gesa melarikan diri aku. Walaupun aku tak nampak wajah si dia tu, aku berharap sangat dia akan genggam pergelangan tangan aku. Tapi nampaknya dia betul-betul percayakan kata-kata aku. Persoalannya sekarang, macam mana dia boleh kenal aku? Dan.. siapa dia yang memanggil aku dengan panggilan Adha tadi? Cuma ada sorang sahaja yang boleh memanggil aku dengan gelaran itu.

"Aku rindu kau. Sebak pulak."

Di dalam keadaan aku yang tengah berlari ni, aku kesat airmata. Banyak makan CD drama oppa lah aku ni. Aigoo.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience