Prolog

Drama Series 1308

"Waalaikumsalam."

Panggilan itu aku sahut. Lama kita orang berbual, aku suarakan pendapat aku. Aku tak kisah sangat pun sebab dia memang seorang yang penyabar. Jadi, dah menjadi kebiasaan untuk dia mendengar segala kata-kata cacian yang aku hamburkan.

"Alah, bukan selalupun along lama-lama dekat sini. Ibu ni pun satu, kisah sangat dengan Yanie. Anak ibu ni okey lah." aku hampir mengeluarkan suara lunak Ziana Zain aku. Sebelah mata aku kenyitkan.

Kedengaran suara lembut ibu sedang melepas keluh lega dia. Aku melompat setempat. Hampir betul kepala aku ni nak terhantuk dekat atas siling. Lengan aku sempat dipaut oleh dua orang sahabat karib aku.

"Nanti ibu 'call' Yanie ye. Yanie lagi tengah sibuk buat 'homework' ni."

Dua perkataan English itu aku sengaja tekan-tekankan. Dia pantas memberi akhirul kalamnya dan tap- panggilan pun dimatikan. Shasha dan Ika menolehkan kepala dia orang ke arah aku.

"Penat weyh."

"Tau takpa. Apatah lagi aku yang tiap-tiap hari nak melayan perangai dia tu."

Shasha urut bahu kanan dengan kiri dia. Ika mengangguk sekali. Sukar betul bila kita ni dah berjauhan daripada 'parents' masing-masing. Tapi bagi remaja yang dah meningkat remaja ni, kebebasan ialah suatu yang mereka betul-betul nakkan.

Ada segelintir mereka yang tak sukakan mana-mana kongkongan. Macam Firyani.

"Erm, latte?"

"Aku nak americano."

"Oklah. Kau belanja ea, Ika. Aku belum masuk gaji lagi bulan ni."

Aku tayang muka seposen. Berharap yang dia orang akan terima alasan aku yang munasabah ni. Tapi, seriuslah! Dah masuk satu bulan ayah aku tak bagi duit belanja. Nasiblah 'aunt' dengan 'uncle' pandai nak uruskan makan minum aku. Lagipun aku ni suka nak diet. So, tak lah menyusahkan.

"Kami faham, Yanie. Don't worry."

"Thanks tau."

"Lah kita kan bestfriend."

"Yaa, nak harapkan ibu aku, satu sen pun dia tak pernah bagi. Kerja dia nak minta duit ayah aku untuk belanja adik-adik aku yang lain. Aku ni tak pulak dia pandang. Tahu dia nak cari salah aku lepastu membebel tak kesudah. Humph!"

Aku cebikkan bibir. Ika dan Shasha saling berbalas pandang sambil menjongketkan bahu di belakang aku.

***

"Alin, jangan dirisaukan sangat. Pandai lah dia nak jaga diri." soal dia lalu mengambil tempat di sebelah tubuh sarat milik isterinya itu. Wanita itu tersenyum manis. Kemeja suaminya digosok-gosok.

"Saya bukan apa, bang."

"Shh- sudah."

"Abang, saya dapat rasakan. Mungkin Tuhan nak beri petunjuk kepada saya. Saya mungkin tampak sihat di luaran tapi saya tak mampu lagi, bang. Alin penat."

Dia merintih di sisi suaminya. Zamani terdiam. Pipi Alin diusap-usap lalu dahi isterinya dikucup dengan kadar yang perlahan. Wajah Alin yang semakin memucat itu diamati olehnya lama-lama.

"Jangan tinggalkan Zam, Alin."

"Tak ada lah, bang."

"Janji ya."

"Iyalah. Jom makan, bang. Acik dengan Usu dah tunggu dah dekat dapur sana." dia mengangguk lalu mereka pun berjalan beriringan menuju ke arah meja makan. Faiz tersenyum tatkala dia melihat kelibat ibu dan ayahnya sedang memasuki ruang dapur.

"Masak apa tu, Acik?"

"Alhamdulillah. Ikan siakap, ibu."

Alin kulum senyum. Rambut panjang milik si Faiz dibelai dengan penuh kasih sayang. Zamani turut menumpang bahagia. Inilah keluarga dia, keluarga yang serba-serbi sederhana dan tidak pernah merungut sesama sendiri. Namun, entah kenapa anak sulungnya bersikap sebegitu. Mungkin kerana pembelajarannya yang terlalu merunsingkan.

"Abang, makanlah. Letih Faiz masakkan. Sedap ni." usik Alin.

"Ish, ibu. Seganlah Faiz." gumpalan nasi putih disua masuk ke dalam mulut sendiri.

"Acik, jangan gelojoh lah."

"Hah! Dengar kata Widha tu, Faiz. Puji sikit pun nak kembang semangkuk." seisi meja tertawa. Termasuklah Alin. Tanpa mereka sedar, seseorang sedang memerhati gerak-geri mereka dari jauh. Hembusan nafas kasar dilepaskan. Giginya diketap. Aku tak akan mengalah. Ini tak adil!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience