Tepat pukul 8 malam.
Aku terpaksa menjaga nenekku yang sedang sakit. Tulang dibahagian pinggul nenekku patah.. jadi.. Pinggul Nenekku terpaksa di bedah untuk dimasukkan besi.
Suasana hospital ketika itu riuh rendah.. kedengaran bunyi ambulan, para doktor sibuk menguruskan pesakitnya. Dan aku masih setia menemani nenekku serta duduk memerhatikan keadaan nenekku yang baru sahaja selesai membuat pembedahan.
Aku mula bosan.. jadi aku mengambil keputusan untuk 'melawat' bahagian-bahagian yang terdapat di hospital ini. Aku menggapai beg galasku lalu aku pun beredar dari situ. Aku memandang jam ditangan ku. Jam menunjukkan tepat pukul 9.30 malam. "Masih awal" kata ku sendiri.
Setibanya di laluan yang mana adanya lif untuk turun ke bawah aku lantas menekan button yang menunjukkan anak panah ke bawah. Pintu lif terbuka luas. Entah mengapa aku rasakan seram sejuk pada malam itu. Aku melangkah masuk lif tersebut. pintu lif mulai tutup. Namun, pintu lif terbuka semula apabila ada orang tekan button liff dari luar.
Satu susuk tubuh melangkah masuk ke dalam lif. Dia berpakaian serba hitam. bertubuh sederhana, agak membongkok , tangannya berkedut.. namun mukanya tertutup di balik topi yang dipakainya. Aku merasakan seram sejuk. Terkumat kamit mulutku membaca doa perlindungan diri supaya dijauhkan daripada gangguan makluk halus.
Destinasi ku adalah di tingkat 2 . Setelah tiba di tingkat dua, pintu lif mula terbuka.. aku melangkah keluar lif.. tetapi yang peliknya.. kaki ku seakan berat untuk melangkah. Sebelum pintu lif tertutup rapat..Aku sempat menoleh ke arah susuk tubuh tersebut. Alangkah terkejutnya apabila aku melihat dia senyum kearahku sambil memberi lambaian. Aku menghembuskan nafas panjang.. Aku segera beristigfar kepada Sang Pecipta iaitu Allah.
Share this novel