Perasaan berdebar mula mnyelubungi diriku. Aku konfius sama ada nak naik lif ataupun naik tangga.. ini kerana aku cuak kalau2 kejadian yang sama akan berlaku mcm tadi... sumpah aku serik. Jadi aku membuat keputusan untuk naik tangga.
Aku menuju ke tangga.. satu persatu anak tangga aku naik.. perasaan ketika itu bercampur baur .
"Macam mana kalau tetiba ada pontianak ke dok bertenggek kat atas tangga niii... "
kaki ku seakan berat mau melangkah. Dan akhirnya aku tiba juga di tingkat 5. Aku melangkah mnuju ke wad nenek ku.. sebelum tu aku sempat melemparkan sebuah senyuman kepada guard yang jaga kawasan tersebut.
.......................
"Angah ke mana tadi? " tanya nenekku setelah baru sekarang nampak batang hidungku
"Saja ronda2 satu hospital" balasku smbil melabuhkan punggung di kerusi di sebelah katil wan. Penat!!..
"Ouh.. nenek nak tdur .. nty angah bentang lah selimut buat lapik kat bawah okey phtu tutup langsir ni" kata nenek ku..
Aku bangun lalu mengemaskan tempat tidurku.. tirai langsir aku tarik menutupi pandangan kami. Aku baring. Mataku mula pedih tanda mngantuk.
tak lama kemudian aku pun lena dibuai mmpi .
......................... ...
Tepat pukul 3 pagi.. Aku tersedar dr tdurku.. Tubuhku basah dengan peluhku sndri.. Pelik.. Padahal hospital ni dilengkapi dengan pendingin hawa. Huh.. Dr arah tempat pembaringanku aku boleh melihat sedikit keadaan luar . Hal ini kerana langsir tidak labuh smpai ke lantai.
Tak thu knapa.. aku seakan menantikan sesuatu.. Aku kusyuk memerhatikan kaki2 jururawat yang lalu lalang disitu. Namun.. Aku terpandang satu kain hitam bergerak menuju ke arah ku.. Aku tidak pasty.. Siapakah beliau.
Aku cuba memerhatikan setiap langkah dia. Langkah kakinya semakin lama semakin hampir menuju kearahku. Aku mula resah. Dia betul2 berada di depan langsir. Kalau lah aku selak langsir ni.. dah tentu2 aku akan memandang tepat kearah dia. Namun perasaan takut lebih mengatasi keberanian ku...
Aku pejamkan mata dan mula membaca Ayat Kursi dalam hati. Setelah habis ayat suci tersebut aku memberanikan diri membuka mataku semula. Mujurlah lembaga tersebut telah hilang. Aku mengiring ke tepi. Alangkah terkejutnya.. apabila melihat susuk tubuh yang sama baring menghadapku dan melemparkan senyuman ke arah ku. Aku menjerit sekuat hati.
Aku tersedar. Rupanya aku mimpi.. satu badan ku berpeluh. Aku menggapai hensetku yang berada disebelahku. Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Nurse menyelak langsir dan menyuruh aku mandikan nenek ku. Aku hanya membalas ok kepada nurse tersebut. Aku masih terpinga2.. siapakah susuk tubuh itu?... Manusia ataupun hantu???
Share this novel