Bab 1

Romance Completed 8975

" Bilalah nak habis sekolah ni , serabut aku dengan SPM lagi huh tak bebas " merungut Myra dengan kehidupannya yang serba serbi macam Rapunzel dan kadang-kadang seperti Snow White kerana dikelilingi oleh Abang-abangnya seramai tujuh orang. Dia lah seorang anak perempuan dalam kalangan adik-beradiknya yang lain. Ayahnya suka mengongkong malah ibunya pula terlalu garang. Sikapnya keperempuanan bukan lah tomboy cuma dirinya dilayan seperti 'Sinorita' di dalam keluarganya. Myra inginkan kebebasan bukan mahu dilayan dalam cerita dongeng yang selalu didengarnya waktu kecil-kecil dahulu. Sungguh merimaskan.

" Kamu nak pergi kemana tu Myra?" Tnya ibunya , Puan Salmah yang sedang membuat karipap " tak kemanalah ibu . Myra nak ke sekolah ada latihan drama lagipun pertandingan semakin hampir..malulah sekolah kalau kalah ibu " kata Myra dengan tergesa-gesa. " baiklah hati-hati suruh abang kamu hantar " kata ibu dengan tegas . " leceh betul la suruh Abang ni " nada Myra tidak berpuas hati .

" Myra petang ni kau free tak?" Tnya Aisyah kawan baiknya . " free lah bukan aku buat apa-apa pun dirumah " jawab Myra dengan tenang. " Ikut aku jom kita pergi sungai kampung sebelah Cari Air Batu Campur (ABC) dengan cendol . Aku teringin sangat dari haritu " kata Aisyah dengan 'excited' . Myra cuma mengangguk dia tahu dia tak akan dapat ikut kerana ayah dan ibunya tidak mengizinkan . Latihan drama diteruskan setelah Iman kawannya merangkap ketua pelajar memanggil mereka. Ayahnya , Encik Halim guru Sekolah Menengah Bukit Siantan memerhatikan Dari jauh anaknya Myra berlatih di Dewan terbuka sekolah tersebut.

Keesokan harinya, Myra pergi kesekolah seperti biasa menumpang ayahnya kerana mereka satu sekolah. Ayahnya tidak membenarkan Myra menaiki motorsikal menumpang Aisyah ke sekolah kerana ia tidak elok untuk anak dara seperti Myra. Di sekolah Myra dan rakan-rakannya berlatih drama seperti biasa kerana esok sudah pertandingannya di High School. " Myra ada orang cari kau " kata Nabilah rakan sekelasnya. " Siapa ?" Tanya Myra dengan terkejut. Nabilah menunding jarinya menunjuk ke arah perpustakaan. Dengan Cepat Myra menuju ke perpustakaan. Tepat pandangannya kearah bekas kekasihnya yang selama empat tahun berkenalan iaitu Akmal. Lelaki yang tinggi lampai berpakaian seragam sekolah serba putih segak dengan rambut urban straight nya dari jauh tersenyum kearahnya. Dari tingkatan satu Myra sudah famous di sekolah dengan anak cikgunya malah bercinta dengan bekas ketua pelajar iaitu Akmal." Myra sorrylah kacau Myra berlatih. Akmal cuma nak wish good luck dekat Myra " kata Akmal dengan nada teruja. " kita kan dah tak ada apa-apa lagi. Apa yang mengarut ni Akmal. Pergi lah nanti ada orang tengok lah " marah Myra dengan lelaki itu tidak habis-habis kerana menganggu dia setiap hari. Sikap Akmal yang suka mengongkong juga dengan alasan kerana sayang tidak menyenangkan Myra. Monkey love! Akmal tua setahun darinya. Kini dia belajar di tingkatan enam. Susahlah sikit mereka hendak berjumpa. Kali ini Akmal nekad nak berjumpa dengan Myra. " apa salah Akmal sampai myra layan Akmal macam ni?" Sayu pertanyaan Akmal . " hey.. perjalanan kita masih jauh lagi.. Mengarutlah semua ni. Myra sibuklah Akmal . Lain kalilah Akmal ya" pergi Myra begitu Sahaja. Akmal mengenggam erat tangan nya " tunggu Kau Myra aku akan dapatkan kau balik sebab aku tak ada salah dengan kau sehingga kau layan aku macam sampah.tunggu Kau!", pergi Akmal dengan dengusan yang kuat.

" kita tak ada rezeki nak menang weyh " kata Aisyah dengan nada sedih. Myra hanya mendengar sahaja dia tidak mampu untuk berkata apa-apa. Sedih ada perasaan takut pun ada apabila pagi tadi Akmal datang ke sekolah memandangnya dengan muka yang tegang. Melambung baju yang dipegang olehnya apabila Iman menyergah Dari belakang. " gila ea kau " Myra mengurut dadanya. " termenung sebab kalah ke sebab putus cinta " sindir Iman. " diam lah . Kemas la cepat kita dah nak balik da ni " bangun Myra dari tempat duduknya. " you make me disappointed with that result " teacher Suzy terus berlalu pergi. Guru iringannya yang selama ini membantu dari awal Hingga hari pertandingan kecewa dengan kekalahan mereka. Masing-masing mendapatkan teacher Suzy untuk memujuk kembali. Akhirnya, mereka berjaya memujuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience