Bab 6

Romance Completed 8975

Huh penatnya! Hanna menghempaskan badan kecilnya ke atas katil. Melihat rakan sebiliknya lena tidur. Melihat jam berjenama WD milik Hanna sudah menunjukkan pukul 3 petang. Matanya sudah mengecil. Terus dia mencampak baju bengkel yang dipakainya. Sungguh merimaskan.

Cepat-Cepat dia mencapai iphone miliknya.Dia mencari kenalan bernama Nora rakan sekuliahnya. Dia sudah berjanji mahu ber 'chatting' .. laju jarinya mengetuk skrin papan iphonenya.

Mana malam ni? - Hanna
Ikut aku lepak MBMB malam ni- Nora
Tgok mat rempit? Bosan la Nora - Hanna
Hahaha.. hah kita overnight pergi PD nak? - Nora
Ok boleh pukul 10 - Hanna

Chat mereka berhenti seketika apabila Hanna terlena dibirai katil.

" First day aku kenal kau sampai sekarang banyak kau dah berubah ", tegur Faqihah setelah melihat Hanna bersiap-siap. " halar qihah aku tak kacau kau janganlah kacau aku. Aku bukannya teruk macam orang lain. Aku cuma keluar apa semua hari minggu je. Esokkan tak ada kelas tak salahkan aku keluar", balas Hanna tidak selesa. " aku tahu lah tapi tak boleh ke kau duduk bilik. Solat kau pun entah kemana ", bidas Faqihah. " dah lah aku nak gerak dah.. esok pagi aku balik tau macam biasa. Bye", laju Hanna keluar dari bilik. 'Apalah nak jadi dengan kau Hanna', keluh Faqihah mengenangkan nasib rakan sebiliknya.

Suasana tepi pantai yang tenang, angin pagi yang sejuk membuatkan hati Hanna jadi tenang. Melihat dari jauh Nora duduk berdua-duaan dengan kekasihnya. Hari ini lelaki lain hari esok lelaki lain. Nora tukar pasangan seperti tukar baju. Geleng kepala Hanna seketika melihat rakannya sibuk bergurau manja pagi-pagi ini. Hatinya tidak lagi tertarik dengan mana-mana lelaki . Sejak dia asyik dipermainkan Oleh beberapa lelaki sejak belajar di bandaraya bersejarah itu.

Terdetik tiba-tiba.. kenapa aku jadi macam ni. Teringat kata-kata Faqihah dibilik semalam dan ya lelaki yang pernah dia kenal dulu. Lelaki yang telah menarik hatinya. Pertama kali berjumpa di program sahsiah pelajar. Ya abang berjanggut . Ciri-ciri lelaki idaman dan boleh menjadi bakal suaminya. Abang Safuan engineer yang berjaya di Utem. Selalu datang memberi ceramah kecil-kecilan di sana. Lelaki itu juga yang menegurnya dahulu. Minat melihat Hanna yang berwajah manis. Pandangan pertama membuat Hanna sudah jatuh cinta. Lemahnya hati perempuan ni.

" pelik orang macam awak ni ada kawan tak sama macam awak?", tegur Safuan setelah selesai sahaja memberi ceramah kepada pelajar sem 3 itu. Tergaman Hanna melihat lelaki yang digilai semua pelajar Utem itu terutama perempuan. Termagu Hanna seketika. " saya Tanya awak ni Myra Hanna sedap nama awak", Safuan mahu berkata dengan budak comel didepannya.
" macam mana abang tahu nama saya ?", Hanna mengaru kepalanya yang tidak gatal cuma kehairanan menyorok rasa terkejutnya sebentar tadi. " haha ", Safuan tergelak kecil sambil menunjuk pada kad matrik yang tergantung dileher Hanna. Hanna terus membuat muka Malu. " apalah awak ni kata student U tapi macam tak ada otak.", pedas sungguh ayat Safuan ni. Panas telinga Hanna mendengar. " abang ni kenapa ya?", Tanya Hanna. " saya nak minta nombor telefon awak senang sikit saya nak contact awak ya Hanna ",kata Safuan selamba. Hanna tidak semena-mena memberi sahaja. Kerana rasa teruja dalam berkenalan dengan lelaki yang di idam- idamkan akhirnya menegurnya. Sudahlah hensem berkerjaya pula tu. Safuan pergi begitu sahaja setelah mendapatkan nombor telefon budak kecil itu. Pelik Hanna apabila soalan pertama Safuan itu berlegar-legar difikirannya. Kawan huh. Mesti dia sudah nampak siapa Hanna berkawan mesti Nora diperkatakan. Dia biarkan sahaja begitu dan pulang ke hostel untuk berehat.

Ting.. ting.. ting
iPhone Hanna berdering. Melihat di skrin telefon nombor yang tidak dikenali. Hana biarkan sahaja. Berbunyi lagi. Dia geram dia terus mengangkatnya.

" Assalamualaikum.. Myra Hanna. Kenapa lambat angkat call Safuan", suara Safuan tegas.
" walaikumsalam. Hah ya Safuan.. sorry sorry tak perasan tadi", Hanna mula menipu. " malam ni awak free tak boleh kita kenal lebih rapat lagi ", kata Safuan. Hanna terkejut cepat dia bersetuju tanpa alasan.

Cepat-cepat dia bersiap. Safuan sudah menunggu di tempat meletak kenderaan. Berpakaian blouse labuh berwarna peach dan bertudung creep berwarna merah jambu. Menaiki kereta Honda city milik Safuan.

" lama Safuan tunggu ", suara Safuan serius lagi. " sorry again. Ingat tak sampai lagi ", kata Hanna rasa bersalah. " haha don't worry .. Safuan tak makan orang. Ok let we go our destination ", sungguh Safuan berkata-kata. Hanna tergelak kecil.

Lama mereka berborak hingga larut pagi. Dari Adik-beradik sampailah alam perkerjaan. Semua ya positif. Safuan lelaki yang baik lelaki yang membina. Bagi semangat kepada Hanna. Menasihati Hanna. Lelaki yang pertama baik pada Hanna selepas ayahnya. Dia tahu Safuan baik bukan seperti lelaki lain. Banyak kali mereka keluar bersama untuk berkongsi cerita.

Namun, suatu hari lelaki tu membuka hati Hanna untuk berubah lagi baik. Tapi safuan datang seperti angin baginya. Sebab lelaki itu mahu kahwin. Dia hanya menganggap Hanna sebagai Adik yang perlu dinasihati tidak lebih dari itu. Punah hatinya seketika. Mereka sudah lama tidak berhubung. Sedihnya sehingga dia mula membuat perangainya seperti dahulu. Keluar bersama Nora sehingga pagi.

Hatinya kali ni tercuit kembali dengan kata-kata Safuan. " jangan bosan Bertaubat meski sering melakukan maksiat, seringlah bertaubat sehingga kau bosan bermaksiat ". Kata-kata tu terpahat dalam hatinya sehingga kini.

Lamunan tersentak apabila tangannya ditarik dari belakang. " Hanna jom balik da dekat subuh ni ", kata Nora dengan muka mengantuk. Hanna cuma mengikut arahan Nora tanpa berkata apa-apa. " kawan you tu kena sampuk hantu ke? Diam je ", Tanya azrul kekasih Nora. " no la you. She need rest coz tired je ", Nora membalas malas. Mereka beredar dari situ pulang ke Melaka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience