Bab 49 Masalah Ikwan Sebenarnya

Drama Completed 216264

Jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari. Kedengaran bunyi kereta masuk ke dalam garaj di rumah Samsiah. Kelihatan Haziq membuka pintu untuk keluar dari dalam kereta. Seperti biasa Haziq pulang untuk makan tengahari bersama mak dan isterinya Izara.

Dengan perasaan ceria Haziq membuka daun pintu untuk masuk.Pintu di buka tetapi sang isteri tidak muncul di muka pintu untuk menyambut dirinya seperti selalu. Hanya Samsiah yang menyambut Haziq di muka pintu.

"Mak,mana Zara? Biasanya Zara akan sambut Haziq dan bukakan pintu" tanya Haziq sambil memadang pada maknya itu.

"Pagi tadi mak Zara datang ambil Zara." kata Samsiah memberitahu.

"Zara tak bagitahu Haziq pun" kata Haziq agak hairan.

"Mak dah bagitahu pada mak Zara tentang status kamu dan Zara" kata Samsiah serba salah.

Haziq terdiam sambil jari-jari tangannya meramas rambutnya.

"Apa reaksi mak Zara bila dia dapat tahu?" tanya Haziq pada maknya itu.

"Mak tengok dia macam kecewa bila dapat tahu Zara dah kahwin. Paling dia kecewa kerana kamu tak mengaku Zara tu isteri kamu," kata Samsiah pada anak lelakinya itu.

"Biarlah Zara tinggal dengan mak dia dulu," kata Haziq sambil kakinya mula ingin melangkah ke arah anak tangga menuju ke biliknya.

"Haziq kamu tak mahu pergi ambil Zara ke dekat rumah mak dia? Kamu boleh bincang elok-elok dengan mak mentua kamu untuk bawa Zara balik ke rumah ni," kata Samsiah cuba memberi pendapat.

"Haziq rasa Zara lebih selamat tinggal di rumah mak dia" kata Haziq.

"Zara tu isteri kamu,tak baik buat macam tu. Pergilah ambil dia,tunjukkan yang kamu tu ambil berat tentang dia. Mak rasa lepas mak habis edah. Mak nak buat majlis resepsi untuk kamu dan Zara. Biar semua saudara mara belah mak tahu yang kamu dan Zara suami isteri," kata Samsiah memberi pendapat pada anak lelakinya itu.

"Haziq tak mahu ada orang tahu Zara tu isteri Haziq" kata Haziq.

Samsiah agak terkejut mendengar kata-kata anaknya itu.

"Kenapa kamu takut sangat dengan Ikwan tu. Ikwan tu tak jahat mana pun. Kamu je yang terlalu risau," kata Samsiah agak sedikit kecewa.

"Mak,Haziq kenal Ikwan tu macam mana orangnya. Ikwan tu sakit sebenarnya. Haziq biasa tengok dia mengamuk tak boleh nak control perasaan dia. Bila dia marah dia tak boleh kawal emosi dia. Abang Haikal dan Haziq je yang tahu tentang ni. Abang Haikal pernah bawa Ikwan pergi jumpa psikiatri tapi selepas abang Haikal meninggal Ikwan tak pernah pergi lagi jumpa psikiatri",kata Haziq berterus terang.

" Mak tengok Ikwan tu normal je. Dia sembang dengan mak elok je"kata Samsiah seperti tidak percaya dengan kata-kata Haziq.

"Haziq dah biasa ikut abang Haikal pergi balai polis untuk ikat jamin Ikwan kerana masalah memukul orang sampai luka. Di sebabkan kes tu la Haziq dan Haikal tahu Ikwan ada masalah.Haziq tak mahu Ikwan buat sesuatu yang boleh bahayakan Izara," kata Haziq.

"Kenapa selama ni kamu tak pernah cerita tentang masalah Ikwan tu pada mak dan ayah dia?" tanya Samsiah pada anak lelakinya itu.

"Ikwan tak mahu ada sesiapa tahu tentang masalah dia tu. Mak tahukan masa Haziq kena pukul dengan Ikwan dekat hospital semasa Maisarah masuk hospital tu. Kalau tak ada orang tolong leraikan mungkin Haziq dah mati kena belasah dengan Ikwan. Ikwan memang nampak normal macam orang lain. Penyakit dia akan datang bila dia terlalu emosi dan marah dia akan mula mendengar suara-suara bisikan yang menyebabkan dia bertindak di luar batasan," kata Haziq.

Samsiah terdiam mendengar kata-kata Haziq anaknya itu. Samsiah tidak menyangka Ikwan anak adiknya itu mengalami masalah mental. Kerana Samsiah melihat Ikwan itu seperti normal sahaja. Malah Ikwan sangat menghormati dirinya dan arwah suaminya. Agak sukar untuk Samsiah percaya dengan penjelasan dari mulut anaknya itu.

"Mak jangan risau la. Nanti bila Haziq dapat pujuk Ikwan untuk berjumpa dengan pakar psikiatri. Barulah Haziq akan bawa Zara tinggal dengan kita. Buat sementara ni biarlah Zara tinggal di rumah Mak dia dan Nadirah," kata Haziq.

Tanpa Haziq dan Samsiah sedari ada sebuah kereta masuk ke dalam halaman rumahnya. Kereta tersebut boleh masuk ke dalam pagar kerana bibik berada di luar dan kebetulan kereta tersebut datang,membuatkan bibik membuka pintu pagar tersebut. Kereta tersebut tak lain adalah kereta Ikwan.

Semasa Ikwan masuk ke dalam rumah tidak sengaja Ikwan mendengar perbualan Haziq dan Samsiah. Ikwan terlalu emosi dan marah bila mendapat tahu Haziq menceritakan masalah mentalnya. Dan paling ia marah bila mendapat tahu Haziq dan Zara adalah suami isteri.

"Kau tuduh aku gilakan Haziq. Aku akan tunjukkan kegilaan aku sebenarnya. Beraninya kau kahwin secara diam-diam ya" kata hati Ikwan sambil kakinya melangkah kembali untuk keluar dari rumah Haziq.

Bibik yang melihat Ikwan yang keluar kembali dari rumah agak kehairanan.

"Kenapa sekejap sangat masuk?" soal bibik sambil melihat pada Ikwan yang berjalan ke arah keretanya.

Tapi Ikwan tidak menjawab dan menyahut dengan pertanyaan bibik tersebut. Ikwan terus masuk ke dalam keretanya lalu ia memandu keretanya keluar dari kawasan rumah Haziq.

Bibik yang sudah siap melakukan kerja di luar. Bibik pun melangkah kakinya masuk ke dalam rumah. Bibik melihat Haziq dan Samsiah masih berada di ruangtamu tidak jauh dari pintu Ikwan masuk tadi. Kelihatan Haziq ingin melangkah kakinya menaiki anak tangga untuk ke biliknya.

"Kenapa Ikwan masuk sekejap je tadi? Ada yang tak kena ke?" tanya bibik pada Samsiah majikannya itu.

"Ikwan...Ikwan ada datang ke tadi?" tanya Haziq agak terkejut.

"Iya,tadi Ikwan ada datang dia sudah masuk dalam rumah ni.Tapi belum lama mana dia sudah keluar balik dan terus masuk kereta dan balik.Kenapa ada masalah ke dengan Encik Ikwan tu?" tanya bibik agak kehairanan.

"Mungkin dia dah dengar apa yang kita dah bualkan tadi. Haziq kena pergi jumpa Zara sekarang juga. Takut Ikwan bertindak yang bukan-bukan" kata Haziq sambil kakinya berpatah balik untuk keluar dari rumah.

"Haziq kamu hati-hati. Rasanya Ikwan tak akan buat benda buruk dekat Zara," kata Samsiah cuba menenangkan anaknya itu.

Haziq terus berjalan ke arah keretanya terparking. Haziq membuka pintu keretanya itu lalu ia pun masuk ke dalam kereta dan mula memandu keluar dari kawasan rumahnya.

Di dalam fikiran Haziq sudah tidak tenang memikirkan Izara isterinya. Mungkin apa yang di takutkan olehnya akan terjadi. Kerana Haziq tahu Ikwan bila tidak dapat mengawal emosinya mula ia akan mendengar bisikan di telinganya. Bisikan itu yang akan membuatkan diri Ikwan hilang kawalan dirinya.

"Ikwan aku percaya kau boleh kawal fikiran kau. Tolonglah jangan kau lakukan perkara yang bukan-bukan dan tolong jangan kau ambil peduli dengan bisikkan di telinga kau tu," luah Haziq di mulutnya.

----------

Sementara Ikwan sedang memandu keretanya menuju ke rumah Nadirah bekas tunang Haziq dulu. Ikwan tahu mak Izara adalah ibu tiri pada Nadirah. Kerana pada hari ia menumpangkan Izara hari tu Samsiah mak Haziq tidak sengaja memberitahu pada Ikwan,tentang ibu tiri Nadirah adalah mak Izara.

Ikwan tahu di mana rumah Nadirah kerana Ikwan pernah mengekori Nadirah ketika Nadirah menjadi tunangan Haziq dahulu.

"Kau kata aku gila Haziq. Kau tu yang gila, sebab kau lah adik aku mati. Aku tak akan biarkan kau hidup dengan tenang Haziq," luah Ikwan pada dirinya sendiri.

Bersambung...

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-10-19 09:51:37 

hi dear. tqvm update awal. love you


NovelPlus Premium

The best ads free experience