Rakan Baru Yang Tidak Diterima..?

Fanfiction - KPOP Series 2461

Irene merebah tubuhnya diatas katil.
Memikirkan lelaki tadi.

"Muka macam Min Taehyung tapi badan dia lain...dia nampak tinggi..."

...

Irene berlari mencari tempat sembunyi.
Dia pergi ke arah semak dan dia ternampak Taehyung.

"Mian...saya cari tempat lain.." ketika Irene ingin pergi...tangannya di tarik.

"Kat sini je..."

Irene hanya menurut dan menyorok di belakang Min Taehyung.

"Dia datang..." Min Taehyung bergerak ke belakang sedikit.

Irene terkejut tetapi hidungnya menangkap bau wangi dari belakang leher Min Taehyung.

"Wanginya...minyak wangi ataupun sabun mandi..?" katanya sendiri.

Irene mendekatkan wajahnya tetapi pada ketika itu Min Taehyung memusing kepalanya ke belakang.
Mereka bertatapan mata.

...

"Irene.." Yeri dan Hani duduk dihadapan Irene.
Irene senyum tetapi mereka buat hal masing masing.

Yeri memeriksa wajahnya melalui cermin kecil manakala Hani menaip sesuatu ditelefonnya.
Irene rasa janggal sekali.

"Wendy..." Irene,Yeri dan Hani memandang Wendy di belakang bersama seorang pelajar lelaki.

Wendy yang membawa bekal hanya senyum.

"Nak saya teman awak makan tengah hari...?" tanya Jeonghan.

"Tak apa lah..saya makan dengan kawan saya.." kata Wendy lembut.

"Oh..okey..bye"

Yeri mendengus geram.

"Dia tu tak habis habis berlagak cute...dia ingat dia tu comel sangatlah.."

Irene bangun.

"Girls aku nak pergi café...nak ikut tak..?"

"Sekejap lagi kitaorang datang...kau pergilah dulu.." kata Hani.

"Okay"

...

Irene berjalan menuju ke café.
Langkahnya terhenti apabila terlihat Wendy makan seorang diri.
Ringan kakinya melangkah dan mendekati Wendy.

"H-hai Wendy.."
Wendy mendongak sedikit dan tersenyum.

"Hai.." manis saja ukiran senyuman diwajah Wendy.

"Ermm..tadi kat kelas saya dengar awak nak makan dengan kawan awak...tapi kenapa awak makn seoeang diri je kat sini..?" tanya Irene pelik.
Wendy tergelak.

"Saya mana ada kawan...semua orang menjauhkan diri mereka.." kata Wendy sedih tapi cuba mengelak perasaan sedih itu.

"Mian..."

"Tak apa...awak tak perlu minta maaf.." Wendy menyeluk poket uniformnya.

"Nah..." Wendy menghulurkan keychain telefon arnab yang comel kepada Irene.
Irene mengambil keychain tersebut.

"Untuk apa ni..?"

"Ermm..saya ada 2..kalau awak tak kisah..awak ambil lah.." kata Wendy dan menunjukkan lagi satu keychain ditelefonnya.

"K-kamsahamnida.." Irene membelek keychain tersebut dan terlihat jam tangannya.

"Saya dah lambat...kena pergi..between thanks for this keychain.."

"Your welcome.." Irene berlari ke café dan meninggalkan Wendy sambil mengenggam keychain tersebut.

"Roti habis pula.." Irene membelek keychain itu berkali kali.
Tiba tiba bahunya terlanggar seseorang dan keychain terlepas dari tangannya.
Irene mendongak.
Terkejut.

"Jalan tu pakai mata.." Kim Taehyung mengambil keychain milik Irene.

Irene geram.

"Awak tu yang langgar...nak marah pula.." Irene merampas keychain dari tangan Taehyung.

Kim Taehyung tersenyum sinis.
Irene segera beredar ke kelasnya.

"Lambat.." Hani menegur sebaik sahaja Irene duduk di hadapannya.
"Ada hal lah.." mata Yeri memandang keychain yang berada pada tangan Irene.

"Mana kau dapat..?" tanya Yeri.

"Ni..? Ermm...Wendy bagi tadi.." Hani dan Yeri memandang Irene serentak.

"Kau terima..? Tak faham aku.." kata Yeri dan kembali membelek wajahnya menggunakan cermin.

Irene memandang keychain tersebut.

...

"Yahh Kim Taehyung.." Kim Taehyung memandang Hoseok dan Namjoon.

"Wae..?" tanya Kim Taehyung.

"Tadi..kau ada terserepak dengan Irene kan...?" tanya Namjoon.
Kim Taehyung hanya menganggukkan kepalanya.

"Untunglah.." kata Namjoon dan duduk dihadapan Taehyung.

"Wae..?"

"Irene tu dah lah cantik,cute..bukan senang tau nak bercakap dengan dia.."

Kim Taehyung memandang kearah tingkap.
Memang tak dinafikan...walaupun sudah 3 tahun berlalu...Irene tetap seperti dulu.
Kim Taehyung terbayang wajah Irene yang tersenyum riang apabila mereka keluar bersama pada waktu dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience