Pertemuan Semula...?

Fanfiction - KPOP Series 2461

Hujan mula membasahi bumi dengan lebatnya.

Irene berlari secepat yang mungkin untuk mencari tempat berteduh.
Irene berteduh di perhentian bas lama.
Dia memandang kiri dan kanan...jika jalan lagi 30 minit sampai lah dirumahnya.
Tetapi pandangannya teralih ke belakang kerana terdengar suara seseorang yang mengeluh.
"Macam kenal je..."

Lelaki itu memandang Irene dan mereka bertentangan mata.Namun dengan segera mereka mengalih pandangan.
Irene cuba memecahkan kesunyian.

"Ermm...nama siapa..?"

Lelaki itu memandang Irene dan wajahnya berona merah.

"M-min Taehyung.."

Irene menganggukkan kepalanya.

"Saya Irene...saya macam pernah nampak awak kat sekolah...awak kelas mana..?"

"K-kelas 1" Taehyung memandang tanah yang sudah dibasahi dengan hujan.

"Ohh...budak pandai rupanya" bisik Irene dalam hati.

"Saya kelas 3..."

Sekali lagi kesunyian melanda.Hujan semakin lama semakin lebat.
Dengan perlahan Taehyung mendekati Irene.
Irene menoleh.

"Ermm..k-kalau awak tak kisah...awak boleh pinjam payung saya.." Taehyung menghulurkan payung kepada Irene.

"Tapi nanti macam mana awak nak balik..?" Irene mengambil payung dari tangan Taehyung.

"Rumah saya dekat je..." Taehyung tersenyum.
Irene membalas senyuman itu.
"Gomawo~"

...

Irene bukanlah seorang yang suka berbual tetapi dia digilai ramai belajar lelaki.
"Dia tu harap kan rupa je..." bisikan bisikan itu membuatkan Irene merasa dirinya tidak diterima disekolah itu.
Disebabkan itu juga Irene tidak mempunyai rakan rapat walaupun di dalam kelasnya.

Irene berjalan seorang diri namun langkahnya terhenti.
"Min Taehyung..?"

"Seriuslah kau dah couple dengan adik aku..?" tanya Namjoon.
Hoseok hanya menganggukkan kepalanya.
"Dia ni..." lengan Namjoon yang panjang merangkul leher Hoseok.
"S-sakit.." jerit Hoseok tetapi berselang seli dengan gelak ketawa.
Min Taehyung turut gelak bersama.

Taehyung nampak rendah berbanding dengan kawan sekelas dia.
Dan bila dia gelak....dia nampak comel.

Min Taehyung menoleh kearah Irene.Tetapi dia menunduk kebawah.
"Muka dia...merah lagi.."

...

Semakin lama...Irene dan Taehyung semakin rapat.Walaupun ramai mulut yang mengata tetapi Taehyung buat tak tahu.
"Ermm...Irene malam ni...awak free tak..?"

"Free...kenapa..?"

"Ermm...saya nak awak tunggu dekat Taman Q pukul 7 malam ni..."

"Okay..."

....

"Irene...aku nampak kau asyik berkepit je dengan Taehyung.." Irene mula menghindarkan dirinya.
Tetapi Jaebum mengejar.

"Korang couple ke..? Korang bercinta diam diam ke..? Ke kau yang menggedik kat Taehyung..?" perli Jaebum.

Irene menghentikan langkahnya.
"SEBAB NI AKU BENCI DENGAN LELAKI..!!!" jerit Irene.
Pada ketika Taehyung yang baru keluar dari kelasnya...dia terdengar jeritan Irene.
Irene memandang Taehyung.
"T-taehyung..."
Taehyung menundukkan pandangnya dan berlalu pergi.

Irene menunggu Taehyung ditempat yang dijanjikan.
Jam sudah menunjukkan pukul 8:30 malam.

"Dia tak datang ke..? Tak apa...aku tunggu dia lagi 10 minit..." Irene menghayunkan tangannya.

...

3 tahun kemudian

"Roti coklat,kaya,kepala dan kacang...biar betul kau makan semua ni..?" kata Hani.
Irene menganggukkan kepalanya.
Dengan mengubah penampilannya...personalitinya...semakin rapat dengan rakan barunya.

"Wei..tengoklah budak tu..."

Yeri menundingkan jari telunjuknya.
Wendy yang selalu bersendirian.

"Semalam aku nampak dia dengan budak dari kelas sebelah...dia buat apa tu aku tak tahu.." bisik Yeri.

"Dia harapkan muka je comel...tapi menggedik dengan orang lain.." tambah Hani.

Irene memandang Wendy yang hanya mendiamkan diri di tempat duduknya.
Irene terbayang dirinya yang dahulu..situasi yang sama dilalui dengan Wendy.
Dia menggelengkan kepalanya.

"Korang aku nak pergi tandas.." Irene bangun.
"Okay...jangan kau melencong pergi beli roti pula.." kata Yeri.

"Okay.."

Irene berjalan perlahan and dia menoleh ke belakang.

"Min Yoongi.."
"Perkataan cikgu jangan lupa..." marah Min Yoongi.
"Sorry...ni latihan semalam.." seorang pelajar lelaki menghulurkan buku latihannya.
Yoongi mengambil buku tersebut dan pelajar itu beredar.

"Min Yoongi..." bisik Irene perlahan.

Tiba tiba teringat pada Taehyung.Sudah 3 tahun berlalu...dia masih lagi berharap agar Min Taehyung berada di hadapannya.
Irene berselisih dengan seseorang.

"Perfume ni..." Irene menoleh ke belakang.

Min Taehyung...? Irene mula mengejar lelaki itu.
Tak mungkin Taehyung dah kembali..? Bila..? Kenapa...?

Irene mengejar lelaki itu hingga ke kawasan dewan.
Ketika dia ingin memanggil...tetiba...

"Yahh...Kim Taehyung.." langkah lelaki itu terberhenti dan dia menoleh.

"K-kim Taehyung...?"

Kim Taehyung mengukir senyuman sinis...dan matanya memandang Irene.
"Lajunya kau jalan..." namun mata Kim Taehyung memandang Hoseok.
Dan mereka berjalan bersama meninggalkan Irene sindiri.

"Sikit lagi..." Irene merasakan dia adalah Min Taehyung tetapi...fizikal dia lain daripada Min Taehyung yang aku kenal.

Min Taehyung seorang yang rendah,comel,clumsy dan selalu mengukirkan senyuman yang berbentuk kotak.
Tapi Kim Taehyung...dia tinggi,bahu yang lebar dan hensem..?

Irene kembali semula ke kelasnya.
Mengelamun.

"Kau dah kenapa Irene..?" tanya Yeri.

Namun tiada balasan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience