Budak Yang Digendong

Thriller Series 496

Jam yang tergantung kemas di dinding sempat dikerling olehku sekilas

'Dah nak dekat pukul 10 rupanya' desis hatiku saat melihat jarum jam telah menunjukkan waktu 9.47 malam

"Baru balik kak?" soal pekerja kedai runcit tersebut ramah padaku sambil barang yang telah siap dibungkus dihala padaku

"Ha'ah lambat sikit harini" balasku sambil menghulurkan beberapa keping wang kertas lalu disambut oleh pekerja kedai runcit itu, dan barang tersebut kini telah bertukar tangan

"Terima kasih" ujarku ramah sebelum langkah dihayun keluar menuju kearah motor yang diparking dihadapan kedai tersebut

Sambil menanti bapaku yang masih lagi sibuk berbelanja barangan basah disebelah kedai runcit tersebut mataku meliar melihat keadaan sekeliling

"Tak reti nak balik tidur ke dorang ni? merayap je kerja" omelku sendirian sambil menguap buat sekian kalinya, mengantuk sungguh aku rasa

"Haa ni lagi seekor, malam-malam buta bawa anak merayap, dengan tak pakai baju bagai" bebelku lagi saat kedua manik mataku melihat seorang lelaki bersama anaknya sedang ralit menyusun kerusi dalam gelap diwarung yang ada diseberang jalan

Dalam samar-samar dapatku lihat lelaki tersebut yang sedang sibuk menyusun kembali kerusi yang ku yakin mungkin tadi menjadi tempat lepak si dia bersama rakan-rakannya

Dek kerana warung tersebut tidak berniaga jadi tiada sebarang lampu yang terpasang pada warung tersebut, hanya sekadar berbekalkan biasan lampu jalan dan juga lampu kedai-kedai yang berdekatan sahaja, jadi agak sukar untukku melihat wajah lelaki tersebut

Lalu matamu beralih pada budak lelaki dalam lingkungan 3 atau 4 tahun yang sedang digendong pada bahunya, dalam samar-samar dapatku lihat budak kecil itu tidak memakai sebarang pakaian dan hanya pampers sahaja yang tersarung kemas pada tubuh kecilnya itu

Satu persatu botol dan plastik makanan ringan yang ada diatas meja dimasukkan kedalam plastik untuk dibuang, begitu juga dengan botol kecil yang ada dikaki meja turut dikutip lelaki tersebut

Tidak semena-mena jantungku berdegup pantas saat melihat lelaki tersebut membongkokkan tubuhnya untuk mengutip sampah yang ada dikaki meja tersebut

Budak kecil yang ada dibahu lelaki tersebut diamatiku dengan seksema

'Lain macam je' desis hatiku saat teringat kembali bagaimana budak kecil tersebut tetap teguh duduk dibahu lelaki itu tanpa berpegang pada apapun untuk mengelakkan dirinya dari jatuh mahupun lelaki yang pada mulanya aku sangka bapanya juga langsung tidak menyentuh kanak-kanak tersebut untuk mengelakkan budak itu dari jatuh tersembam ketanah

Dalam hati aku berdoa agar budak kecil tadi tidak berpaling menghadap kearahku, dapatku rasa setiap bulu romaku mulai berdiri tegak

"Ada makanan kucing? " soal bapaku sambil meletakkan plastik yang berisikan barangan yang baru sahaja dibelinya tadi kedalam raga motor

"Ada" balasku sambil menunjukkan plastik yang berisikan barang yang dibeli olehku tadi

Usai sahaja enjin motor dihidup dengan pantas aku menaiki motor tersebut, berharap agar dapat pulang kerumah dengan cepat

Seiring pulangnya kami kerumah sempat aku menoleh kembali kebelakang melihat kearah lelaki tadi

Lelaki tersebut masih lagi sibuk dengan kegiatannya namun kanak-kanak tadi kini tiada lagi dibahu lelaki tersebut

'Habislah Aku'

~Tamat~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience