"Haihhh.." Nafas dihela buat sekian kali oleh siti
Berkali - kali tubuhnya dibolak balik dari mengiring ke kiri bertukar ke sebelah kanan, dari terlentang bertukar kepada meniarap
Semuanya gara - gara gadis itu cuba untuk mencari posisi yang selesa ketika berbaring agar dirinya segera diulit mimpi namun hasilnya masih hampa
Meskipun rasa mengantuk menghimpit diri namun sukar sungguh untuk siti melelapkan mata
Sekali lagi telefon pintar yang ada disisi dicapai buat sekian kali, skrin layar gajet tersebut acapkali disentuh
Berbagai aplikasi yang ada di telefon pintar itu dibuka silih berganti, cuba untuk membuang masa agar dapat ia membuatkan kedua manik matanya segera melabuhkan tirai lalu dapatlah siti singgah kealam mimpi
Namun hasilnya tetap hampa, entah kenapa pada malam ini sukar sungguh untuk siti melelapkan mata tidak seperti hari biasa
Jika pada malam sebelumnya pasti telah lena gadis tersebut diulit mimpi namun tidak pada hari ini, rasa tidak sedap hati terus - menerus mengusik dirinya sejak dari tadi
Mungkin barangkali kerana tempat baru, jadi dirinya masih tidak dapat menyesuaikan diri lagi teka siti sambil memujuk hati apabila ia teringat semula bahawa dia dan keluarganya telah berpindah ke rumah baru pada 3 hari lepas
"Adoii aku mengantuk" ujar siti sambil menguap lebar
Butang kecil yang ada disisi kiri pada telefon pintarnya ditekan siti membuatkan skrin layar yang awalnya terang menyuluh kini bertukar menjadi gelap gelita dalam sekelip mata sebelum gajet tersebut diletak semula pada sisi katil
Selimut yang menutupi separuh tubuhnya ditarik hingga menutupi keparas bahu, lantas mata dipejam serapat mungkin
Dapat siti rasakan dadanya menjadi semakin berdebar, perasaan tidak sedap hati yang gadis tersebut rasakan sejak dari tadi kini semakin membuak, siti rasakan seolah - olah dirinya sedang diperhatikan
Meskipun sejak dari awal lagi gadis itu telahpun menyedari akan perasaan tersebut namun acapkali ditepis oleh siti dan mengangap ianya hanyalah sekadar mainan perasaan sahaja, namun kini perasaan tersebut semakin lama semakin jelas dirasakan oleh beliau
Mata yang awalnya ditutup rapat kembali dibuka perlahan
Terkebil - kebil kedua manik matanya meliar melihat setiap penjuru ruangan bilik tidur yang berada dalam keadaan gelap
"Ya Allah!" ucap gadis tersebut, nafasnya kian menjadi tidak keruan saat manik matanya ternampak kelibat bayang seperti seseorang sedang berdiri dihujung sudut bilik
Berdiri tegak seolah - olah sedang mengamati setiap gerak gerinya
Meskipun perasaan takut menjalar namun rasa mengantuk yang dirasakannya lebih mendominasi diri, entah dari mana datangnya keberanian hingga membuatkan gadis tersebut nekad tidak mahu meninggalkan bilik tidurnya
"Aku nak tidur la, jangan kacau aku" Ujar siti gugup, selimut pantas ditarik menutupi seluruh tubuh
Ia benar - benar nekad tidak ingin meninggalkan bilik tersebut
'Aku taknak keluar so kau yang kena keluar' Batin siti nekad meskipun hakikatnya si gadis tersebut sedang dirundung perasaan takut
Berbagai surah suci ayat al quran dibaca dalam hati sambil menanti waktu berlalu, sementara tubuhnya masih lagi berbalut selimut yang menutupi hujung kaki hingga kehujung rambutnya
Gadis itu yakin sebentar lagi kelibat yang dilihatnya itu tadi pasti akan pergi meninggalkan ruangan persegi tersebut
Namun perasaan meremang yang dirasakannya sejak dari tadi tidak sedikitpun berkurang malah ianya kian membuak, malah membuatkan tubuhnya kini mulai menggigil ketakutan
Perasaan seolah - olah sedang diperhatikan sungguh jelas terasa menjadikan dirinya semakin tidak keruan, ayat - ayat suci yang awalnya lancar dibaca kini semakin tidak jelas, lidah kian menjadi kelu dan tekak jelas terasa kering dan perit
"Kalau macam tu biar aku je la yang keluar" Ujar siti sambil bangkit dari perbaringan, tangannya pantas mencapai bantal dan selimut lantas kedua kakinya terkocoh - kocoh meluru menuju ke muka pintu tanpa menoleh sedikitpun kearah sudut dinding dimana kelibat tersebut berada
Entah samada ia masih kekal disitu ataupun tidak siti juga tidak tahu, malah gadis tersebut tidak ingin tahu sama sekali, ia hanya ingin keluar dari bilik ini dengan secepat mungkin
"Ibu abah!" Jerit siti sambil berlari menuju kearah bilik orangtuanya, bantal dan selimut yang digenggam kemas turut diheret pergi
~Tamat~
Share this novel