BAB 12

Romance Completed 7441

“Ma! Tengok tu. abang bawak balik sapa tu ma??” Irfan bersuara kalut dari sebalik langsir.

“entah.” matanya tak lekang dari televisyen. Tidak peduli dengan keadaan kalut yang Irfan timbulkan. ‘ala.. paling kurang Ilham tu bawak balik kucing kurap tepi jalan. Tu pun nak kecoh ke.’ Detik hatinya.

“ma!! Tengok la…” gesa Irfan. Dia menarik tangan ibunya ke tingkap.

“dia bawak balik kucing kurap kot.” Jawab Puan Maimon selamba. Tiada tanda tanda ingin berganjak. Dia menolak Irfan yang dirasakan mengganggu tumpuannya pada kaca televisyen. Tiba tiba pintu dikuak.

“masukla.” Pelawa Ilham.

Irfan tercengang. Pertama kali tengok perempuan cantik depan mata. Bukan kat kolej dia tak ada perempuan cantik. Tapi selalunya usya dari jauh je. Kali ni.. depan mata kot. Kalau ada jerawat sebiji pun boleh Nampak. Dia telan air liur. Terujanya kalah macam dia menang Lawan Sofbol aritu.

“kucing kurap mana pulak kamu kutip kali ni bang?” Puan Maimon bersuara tanpa berpaling.

Tak mahu terlepas episode penting drama kegemarannya. Xaisserra tersentak. Kucing kurap?? Dia tunduk kebawah. Mencari kucing kurap yang dimaksudkan. Ilham kelam kabut. Dia pandang Irfan. Adik kembarnya itu tiada respon dengan kata kata ibunya. Masih ternganga tengok awek cantik.

“kucing kurap?” soal Xaisserra pelik.

Dia pandang Ilham yang sedang garu kepala. Puan Maimon pelik. Rasanya tadi dengar suara perempuan. Takkan dalam tv kot. Dia berpaling. Terkejut beruk dia. Kucing kurap Ilham bertukar jadi gadis cantik. Takkan macam cerita dongeng Indonesia yang dia tengok tu? ikan tukar jadi manusia. Tapi ni.. kucing kurap?? Manusia cantik???

“sapa ni Ilham?” soal Puan Maimon kalut. Dia memandang Xaisserra dari atas kebawah.

“saya Xaisserra cik. Nur Xaisserra.” Jawab Xaisserra lembut. Ilham pulak yang ternganga. ‘lembutnya suara….’ puan Maimon menyambut huluran tangan Xaisserra. Dia pandang Ilham. ‘pandainya anak aku cari bakal bini. Cantik.

“ni cucu Tuan Haji Halim. Majikan Abang.” Jawab Ilham seakan akan tau apa yang ada dalam fikiran ibunya. Serta merta senyumannya mati. ‘cucu majikan??’ dia telan air liur. Terasa kerdil dirinya saat itu. Dengan rumah yang kecil. Tapi terima tetamu yang besar. Hancur harapan nak buat menantu. Mana mungkin cucu orang kaya ni nak dengan anaknya yang Cuma drebar tu.

“jemput duduk nak.”pelawa Puan Maimon. “maaf la ye. Kerusi buruk je.”

“eh. Tak pe. Ni pun dah cukup.” Baru Xaisserra ingin melabuhkan punggungnya.

“nanti!! “jerit satu suara. Irfan muncul bersama alas kusyen. Xaisserra tersentak.

“lapik ni. baru empuk sikit. Kalau tak, nanti punggung awak sakit.”

Ilham tepuk dahi. Buat dah perangai gila dia bila Nampak perempuan cantik. Sebab tu adiknya sampai sekarang tak dapat dapat tackle awek. Pelik. Irfan tersengih sengih tengok Xaisserra. Sampai Xaisserra tak senang duduk.

“umur awak berapa?” soal Irfan kalut. Tersentak Puan Maimon yang baru nak buka mulut. Puan Maimon menjeling anaknya tajam.

” 20? jawab Xaisserra pendek.

“datang dengan sapa tadi? Sorang ke?” soal Puan Maimon. Xaisserra mengangguk.

“kau tau, dia ada sepupu. Cantik jugak. Lembut je orangnya. Kalau kau nak, aku boleh kenalkan.” Bisik Ilham ketelinga adiknya.

“tak nak. Aku nak yang ni. cantik.” Jawab Irfan tanpa mengalihkan pandangannya pada gadis berambut kerinting depannya. Ilham mati kutu. ‘macam mana ni??

“dia ni garang. Manja. Banyak songeh.” Pujuk Ilham lagi.

“tak pe.”

“dia mengada ngada, selalu buat perangai. Balik tengah malam. Malas.”

“aku tak kisah. tak ada masalah.” Irfan bersuara perlahan.

“masalahnya! Dia ni aku punya!” tengking Ilham secara tiba tiba. Dia yang tadinya duduk terus berdiri. Tersedak Xaisserra yang baru ingin menghirup air. Puan Maimon merenung Ilham pelik.

“kamu kenapa bang?”

“tah abang ni. tiba tiba jerit. Pekak telinga Irfan.” Ilham mendengus. Dia berlalu keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience