BAB 5

Romance Completed 7441

Ilham merenung adegan didepannya. Sakit hati betul. Rasa macam nak tarik je rambut kerinting tu masuk kereta. Xaisserra kelihatan sedang mengejar seseorang sebelum jalan beriringan dengannya. Ilham mendengus. Dia menepuk nepuk dadanya.
‘Cool Ilham. Cool!’ namun tak boleh. Rasa sakit betul. Menusuk nusuk kejantungnya. Bukan sekali dia tengok Xaisserra kejar lelaki tu. banyak kali da. Selalunya dia boleh halang. Tapi tadi….
“eiii.. bodoh la perempuan tu. tak Nampak ke yang aku ni lagi hensem. Dok tergedik gedik gak kejar mamat tu.” rungut Ilham bengang sambil merenung gelagat Xaisserra bersama Izham.
“hai abang. Lama tunggu?” soal Musfiera. Dia merenung lelaki dihadapannya. lelaki yang betul betul menggegar tangkai jantungnya. Boleh tak kalau dia nak cakap, yang dia dah jatuh cinta dengan mamat depan ni??
“abang??” panggil Musfiera lagi. Dia memandang kearah tempat yang direnung Ilham. Gaya macam tak puas hati je. ‘Xaisserra.. kenapa Ilham renung Serra macam tu??’ “abang..” Musfiera melambai lambai depan mata Ilham. Namun ditepis. Musfiera diam. Direnungnya wajah itu.
“eh cik Fiera. Bila sampai?” soal Ilham kabut setelah agak kira kira 3 minit Musfiera merenungnya. Musfiera menggeleng.
“baru ja.” Jawabnya sebelum masuk kedalam kereta.
“la…. kenapa cik duduk depan? cik tak malu ka duduk sebelah drebar?” soal Ilham. Musfiera menggeleng. Sekali lagi.
“nak malu buat apa. Bukan duduk sebelah orang gila.” Jawab Musfiera selamba. ‘erm… kan best kalau Serra yang cakap macam ni.’ detik hati Ilham. Perlahan enjin dihidupkan.
Ilham memandang sekilas wajah disebelahnya. Diam seribu bahasa. Mata bundar itu leka merenung keluar. Ilham turut diam. Takut nak bersuara.
“cik Fiera..”
“abang..” panggil mereka serentak. “abang cakap dulu la.”
“eh tak. Cik dulu. Ladies first.” Musfiera diam.
“tak de pape la. Dah lupa nak Tanya apa.” Musfiera sengih. Satu sengihan yang dibuat buat.
“erm.. kalau macam tu, biar saya Tanya la. Cik kenal dengan lelaki yang Cik Serra selalu kejar tu?” soal Ilham. Musfiera diam sebentar.
“kenal. Izham.” Jawabnya pendek. Bukan dia tak kenal lelaki itu. Lelaki cinta pertamanya masa sekolah menengah.
“cik Serra suka sangat dengan dia tu ye?”
“entah.” Ilham diam apabila Musfiera kelihatan tidak mahu melayan
pertanyaannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience