BAB 4. ASRAMA LAGI?

Family Series 14056

AKU cuba untuk terima apa yang berlaku. Ustaz pernah cakap, tiap makluk yang hidup mesti akan mati. Sekarang, aku hanya mampu sedekahkan alfatihah untuk arwah Salam. Jasa dia akan aku ingat sampai bila-bila.
Selepas aku dapat result UPSR, aku mendapat tawaran untuk bersekolah di sekolah menengah dekat dengan sekolah rendah aku.
"Mak... adik tak naklah sekolah situ dah. Orang yang selalu buli adik tu ramai sekolah situ. Adik tak nak.... adik nak sekolah dekat dengan rumah. Adik tak nak duduk asrama dah," kataku pada ibu-bapaku yang sedang meneliti surat tawaran itu.
"Tapi sekolah yang adik nak pergi ni sekolah budak-budak pandai. Lagipun sekolah tu bercampur dengan orang nampak. Boleh ke adik nanti?"
Aku diam seketika. Mampukah aku nak bersekolah dengan budak-budak normal yang lain? Ahhh! aku nak cuba juga. Kalau asyik fikir tak boleh saja, sampai bila-bila pun tak boleh.
"Erm... adik boleh. Lagi pun, kak Alfa dengan kak Anis ada. Diorang boleh tolong adik dekat sana. Diorang boleh kenapa adik tak boleh pulak? Lagipun diorang pun tak nampak macam adik jugak," panjang lebar aku membentangkan hujah.
Kak Alfa dan kak Anis ni senior aku waktu sekolah rendah. Waktu aku umur enam tahun, kak Alfa berumur 11 tahun manakala kak Anis pulak berumur 10 tahun. Diorang berdua baik. Tak pernah buli aku. Tapi itulah. Aku tak rapat sangat pun dengan mereka.
Mak Seolah berfikir.
"Macam mana, bang?" tanya mak pada ayah yang hanya diam saja dari tadi. Mungkin berfikir.
"Okeylah. Nanti kita cuba buat rayuan. Kita boleh cakap dekat dengan rumah walaupun tak adalah dekat sangat. Dalam 20 30 minit jugak nak sampai sekolah tu."
Keputusan ayah dah buat aku senyum bahagia. Tak sabar nak bermula belajar dekat sekolah baru. Ahhh! nanti semua aku nak benda baru. Kasut baru, beg baru, baju baru. Tak sabarnya.

PAGI isnin itu, aku gembira luar biasa. Nak masuk sekolah barulah katakan. Pukul 4 pagi aku dah bangun kejutkan mak ayah aku. Lepas ni, aku bolehlah berlagak dengan sepupu-sepupu aku yang aku dah duduk rumah macam mereka. Tak tinggal di asrama lagi dah. Aku bosan tinggal dekat asrama. Rasa terkongkong sangat. Mungkin sebab dari umur lima tahun aku dah kena tinggal kut. Mungkinlah.
Waktu pendaftaran tu, aku hanya diam. Dengar saja apa yang cikgu beritahu pada mak dan ayah. Aku tak faham sangat perbincangan mereka.
"Wanie ni kena duduk asrama ya. Sebab semua yang blind pun duduk asrama. Senang warden nak pantau."
Apa? Aku kena duduk asrama juga? aku tahan dari keluarkan airmata.
"TApi rumah dia dekat aje dari sekolah, cikgu."
Mak aku cuba memujuk cikgu di hadapan kami ini.
"Tak boleh, puan. Memang dia kena tinggal dekat asrama. Sebab kami akan pantau pembelajaran budak-budak ni dari semasa ke semasa."
Aku nak menjerit! aku nak memberontak! aku tak nak tinggal dekat asrama. Kenapa cikgu tu buat aku macam ni? Tahu tak yang dari kecik aku dah duduk dekat asrama tu. Takkanlah bila naik tingkatan satu aku kena duduk asrama juga? Kalau macam tu, lebih baik aku sekolah dekat sekolah lama aku tu balik.
"Okeylah cikgu. Nanti kami balik ambik baju dia."
Keputusan ayah membuatkan airmataku jatuh. Mak dengan ayah memang tak sayang aku. Sebab tulah mereka nak aku duduk asrama.
"Adik tak nak, mak... ayah." aku menangis teresak-esak setelah keluar dari bilik guru. Mesti budak-budak lain sedang tengok aku menangis, kan? Ahhhh! biarkan.
"Dah tu, nak buat macam mana.... dik? memang undang-undang dah macam tu. OKU cacat penglihatan kena duduk asrama jugak," pujuk ayahku lembut.
"Tapi adik tak nak!" bentakku keras.
"Kak ngah dengan kak su pun duduk asrama sekarang ni," kata mak merujuk pada kakak-kakak aku yang sekarang belajar di universiti.
"Tu kak ngah dengan kak su. Ni adik. Adik tak naklah duduk sini. Adik nak balik, tak nak sekolah."
Sungguh! hilang teruja untuk masuk sekolah baru. Yang ada, penyesalan demi penyesalan.
"Eh, tak bolehlah macam tu," kuat suara mak. Mungkin terkejut dengan ayat aku.
"Mak dengan ayah memang tak sayang adik! sebab tulah dari kecik hantar adik masuk asrama, kan?"
Aku terlepas cakap juga sudahnya. Aku tahu aku dah mengguris hati mereka. Tapi aku tak dapat berfikir dengan waras. Yang aku tahu, aku nak melepaskan kemarahanku agar mereka faham. Aku tak nak duduk asrama!

Hai semua pembaca tersayang. Berminat nak membaca novel-novel hebat dari penulis-penulis hebat yang bergelar Exclusive Author? Pembaca boleh memilih karya-karya hebat dari penulis-penulis hebat dibawah ini: Rafizah. -ErraElla. -Lentera Maya. -Azzalea. -Mandakz. -Dreamy. -Fatih Tieha. -Syahdu Olva. -WiNWiN. -Wahida. -WaneyZack. -Ayana Zehra. -Nurul_MataPena78 -Che Da(Ayunifalin) -PinkRose -Atiqah 15 -Hairah/ Happy reading semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience