Bab 73

Romance Completed 1445138

Syed Arman berhenti membaca, kepalanya berdenyut, dia masih tidak ingat walaupun dia memaksa ingatannya.
Di dalam ingatannya, dia masih ingat tentang sikap barannya dan arak itu, tetapi dia tidak ingat tentang kisah mereka di rumah agam itu,
Membaca tulisan Nurlisa membuatkan dia tersenyum, rindunya pada Nurlisa membuak buak, rindunya untuk memeluk Nurlisa tidak dapat ditahan lagi.
Syed Arman teringat tentang mata cinta Nurlisa apabila memandangkan, bagaimana body language Nurlisa apabila mereka bersentuhan, kini dia faham kesemuanya.
Dia tidak mahu lagi menunggu ingatannya pulih, dia akan fight untuk Nurlisa, dia akan berjumpa dengan Babahnya, dia akan berterus terang tentang situasi sekarang.
Di dalam bacaannya, dia membayangkan bagaimana keadaan mereka ketika itu, dia yakin dia jatuh cinta dengan kepolosan Nurlisa. Dia tidak sangka dia boleh jatuh cinta dengan gadis kampung berusia 18 tahun, tapi malangnya dia telah merosakkan gadis itu dengan ingatannya yang hilang ini.
Dia merasa sangat bersalah, merasa tidak berguna kerana membiarkan isterinya terkontang kanting.
Dia mengosok diari itu perlahan, dia mengucupnya, seolah olah dia sedang mengucup bibir seksi Nurlisa.
Sumpah, dia rindukan Nurlisa yang ghairah melihatnya. Nurlisa yang sangat manja dengannya.
Dia yakin dia akan dapat menghabiskan semuanya malam ini. Dia harus bertabah, kerana selepas subuh, dia berniat untuk tidur selama 2 jam dan terus bergerak mencari Nurlisa.
Pertama yang dia harus lakukan esok adalah mencari siapa Pak Leman, kerana mungkin Pak Leman akan dapat membantunya menjejaki Nurlisa.
Tidak pernah terlintas untuk dia memeriksa tempat kelahiran Nurlisa. Kalau dia tahu, pasti dia dapat menjangka Nurlisa pasti ada kena mengena dengan kisah silamnya.
Dia pasti ada Allah punya sebab untuk mengambil ingatannya. Dia pasti Allah punya rencana yang baik untuk dirinya.
Buat masa sekarang, dia perlu mencari Nurlisa, dia perlu meminta maaf tentang segalanya. Dia sanggup melutut kalau itu membuatkan isterinya kembali kepadanya.
Dia sudah punya isteri, sampai sekarang dia masih tidak sangka Nurlisa itu isterinya. Dia bersyujur kerana Allah mengurniakan isteri yang terbaik untuk dirinya.

~suatu malam yang tenang, aku sedang membaca novel daripada Indonesia, novel yang menceritakan tentang kisah cinta yang hebat, aku mendengar bunyi bising lagi dari atas, kali ini bunyi balingan itu berserta dengan tangisan yang sangat hiba. Tangisan yang membuatkan jiwa aku terkedu, aku tahu sesuatu yang besar berlaku kepadanya. Dia pasti sangat terluka~
~Aku beranikan diri ke biliknya, aku membawa Yassin, aku harus memperdengarkan bacaan AlQuran ke telinganya. Masa ku masuk, dia sedang berbaring dengan menyelimutkan badanya sehingga ke kepala, tapi aku masih mendengar tangisan hibanya~
~Aku memberi salam, tapi macam biasa, tiada jawapan, aku mengemaskan biliknya, botol arak yang sudah pecah, aku kemaskan dengan perlahan, aku sapukan semua sisa sisa kaca itu, bimbang terkena kakinya, semasa aku menghabiskan kemasanku, aku mendengar dengkuran halus dari selimut itu. Dia terlena rupanya, aku lega, biarlah dia tidur, kerana tidur yang cukup akan membuatkan dia akan tenang~
~Selesai tugasan, aku mengambil wuduk dan duduk kerusi kecil di sebelah katilnya. Ya..aku membuka Yassin dan mula membacanya, didalam bacaanku, aku menjadi hiba. Aku hiba kerana aku teringatkan kesunyian aku apabila ibu dan ayahku pergi. Mungkin dia sunyi, tiada yang ada dengannya semasa di dalam situasi yang sukar~
~Selesai menghabiskan bacaan Yassin, aku mengangkat tangan dan berdoa “Ya Allah, aku tahu Kau menguji setiap hambaMu dengan tahap mereka yang akan mampu, tetapi untuk hambaMu yang ini, aku merayu untuk Kau buangkan semua kesakitannya, Kau buangkan kesemua dendamnya, Kau Kembali rasa bersyukurnya, Kau kembalikan rasa taatnya padaMU Ya Allah, aku memohon Kau buangkan semua kepedihannya, aku tidak kenalnya, tapi aku ingin melihat dia bahagia~
~Entah kenapa , aku menangis semasa bercakap dengan Allah. Allah memberi ujian kepada hambanya dalam keadaan yang berbeza, Allah itu Maha Mengetahui. Dia masih tidur semasa aku keluar dari biliknya, aku pasti dia tidur lena, pasti dia penat dengan kesakitannya~
~Hai diary, dah 5 hari aku tak menulis kan? Aku nak simpan cerita ini di sini, satu masa nanti aku tahu ianya akan menjadi momen buat aku. Dia mabuk lagi, tapi kali ini tiada lagi balingan atau jeritan, ini kerana aku melihat botol arak yang kosong di biliknya. Aku tidak tahu kenapa dia tidak berbuat bising, mungkin penat atau sudah tiada tenaga suara yang tertinggal~
~Ini adalah sesuatu yang buat aku menjadi lebih takut dengannya. Ini cerita semalam. Dia meminta aku menghantar tuala bersih ke biliknya. Semasa aku masuk, dia berdiri di tepi tingkap, aku melihat matanya merah, aku 100% pasti dia mabuk~
~Ya…dia mabuk lagi~
~Semasa aku menghampirinya, dia menarik tanganku kasar, memelukku juga dengan kasar daripada belakang. Tangannya menutup mulutku kemas, aku hampir lemas. Semasa dia memeluk, aku dapat merasakan sesuatu yang keras berlaga dengan punggungku. Dia menciumku bibirku kasar dan tangannya menjalar keras kedadaku. Aku sangat takut, dia menolak aku ke katilnya, menindih aku kasar. Sekali lagi aku merasa sesuatu yang keras dari seluarnya. Kekerasan itu menyakitkan pehaku. Aku ketakutan, dengan kekuatan yang aku ada, aku menolak dadanya kuat, melurutkan badanku kebawah katil. Aku terus keluar dari bilik, berlari dan nasibku malang apabila terjatuh di tangga paling bawah. Allahuakbar~
~Aku dapat bangun dan masuk ke bilikku, mengunci pintu kemas. Allah menolong aku, kalau tidak, apa yang akan terjadi denganku pun tidak tahu. AKU SELAMAT~
~Seharian aku takut untuk keluar bilik, rasanya dia juga tidak keluar dari biliknya, agaknya dia sedar atau tidak yang dia cuba untuk mencalar maruah aku~
~Selepas aku selesai solat maghrib, aku mendengar pintu bilik di ketuk dari luar, aku takut nak bukak, manalah tahu dia tengah mabuk, aku takkan biarkan sesiapa yang mengambil daraku, daraku hanya untuk suamiku~
~Aku dengar suara dari luar, “aku minta maaf sebab perbuatan aku kat kau. Aku minta maaf. Aku salah. Tapi boleh masakkan untuk aku tak? Aku lapar~
~kesiannya dia, mahu tak lapar kerana dia tidak makan apaa apa sedari tadi~
~Aku beranikan diri untuk keluar dari bilik. Apabila membuka pintu, aku melihat dia terduduk di tepi bilikku. Keadaannya sangat lemah. “Aku nak tea panas, aku tahan diri dari minum, jadi aku nak makan yang sedap, sementara kau masak yang berat, buatkan aku roti telur dulu. Aku lapar sangat”~
~Kali ini arahan itu berubah, masih kasar tapi aku mendengar sangat romantic, yeeeeee….aku aku suka kesemua yang berkaitan dirinya~
~Dan malam itu segalanya bermula, dia masih berlagak bagus, ikut kepala dia, tapi dia membuka ruang untuk aku masuk dalam hidupnya. Aku mengajaknya solat, aku mengajarnya berdoa. Aku terpaksa balik ambil kain pelikat ayah untuk dia pakai. Aku ajarnya mengaji~
~Dia cuba beberapa kali untuk memegangku, memelukku, menciumku dengan nafsunya yang menyinggah, tapi aku tidak akan sesekali benarkan. Jiwaku, badanku, dan maruahku adalah untuk suamiku. Dengan berani aku memberitahunya, zina adalah dosa besar dan aku tidak halal baginya~
~Ya, aku tidak halal baginya~
~Diari, aku akan mulai tulis apa yang ada di dalam jiwaku, hatiku, perasaanku. Aku tak nak sorok lagi. AKU JATUH CINTA PADANYA, cinta itu mulai teguh apabila dia memandang mataku dengan seribu misteri, apabila dia mula mengendurkan suaranya, apabila dia belajar untuk menjadi imam, apabila dia mula membuka helaian ALQuran dan apabila dia membuang semua botol araknya~
~Aku jatuh cinta apabila suatu malam aku mendengar dia menangis, meminta ampun dengan segala dosanya, meminta Allah membuka jalan taubatnya~
~Aku jatuh cinta kepada tahap yang paling berat apabila dia meminta untuk menghalalkan aku, walaupun percakapan sangat kasar, walaupun dia hanya ingin mengauliku. Dan dia memberitahuku dia tidak boleh tidur malam apabila teringat akan bibirku, teringat akan segalanya tentangku~
~Aku tulis ya, bagaimana dia propose padaku, tanpa bunga dan cincin seperti dalam drama korea, tetapi dengan suasana yang biasa dan terlihat aku sangat BODOH, tetapi aku melihat dia ingin menjaga maruahku~
~Semasa aku menemaninya makan di biliknya, selepas aku menghantar minuman petangnya, dia berkata sesuatu yang tidak akan mungkin aku lupakan. Suaranya keras, lengokkan badannya juga kasar, tidak nampak kasih sayang, cuma nafsunya mengunung~
~”Aku nak jadikan kau halal bagi aku, tapi taraf kau cuma untuk layan nafsu aku. Kau tidak boleh tuntut hak kau sebagai isteri. Dan aku boleh ceraikan kau bila bila masa bila aku tak nak guna khidmat kau. Kau tak boleh mengandung kerana taraf aku sangat tinggi dimata masyarakat. Tujuan aku halalkan kau kerana aku dah tak tahan tengok kau, nafsu aku macam nak meletop” – itulah ayat yang keluar dari mulut dia~
~Aku BODOH kan? sebab aku mendengar suara dia itu tidak pernah mengiha maruah aku. Kalau abang long tahu, pasti aku akan dilempang cukup cukup~
~Diari, entah kenapa, aku bahagia apabila dia mahu menghalalkan aku. Aku bahagia sangat, bahagia itu tidak dapat aku nyatakan. Dia beri masa untuk aku berfikir dalam 24 jam and kalau aku tak setuju, dia minta aku berhenti kerja, kerana untuk mengelakkan perkara yang buruk berlaku~
~”Ganjaran RM10k, sebagai tebus dara kau. Aku akan beri nafkah RM3k sebulan selama kau jadi isteri aku. Tapi aku nak ingatkan, hubungan ini berlandaskan nafsu, tiada cinta langsung dan takkan ada cinta. Aku akan kahwin pilihan keluarga aku~
~Diari, aku dah sewel ke? aku telah dan sedang jatuh cinta dengannya, sumpah aku boleh terbang ke bulan dengan cintanya~
~Diari, nama penuhnya Syed Arman Ziyad Binti Syed Awaludin. Umurnya 23, and birthday dia Dec sama denganku, wahhh, suamiku berwajah mat salih and keturunan Syed. Esok aku nak pergi melawat ibu dan ayah, nak beritahu mereka aku akan berkahwin, selepas balik dari kubur, aku akan beritahu jawapan, yang sememangnya aku sudah bersetuju~
~Hari ni aku bahagia~
~Hari ini aku bahagia~
~Hari ini aku bahagia~
~Esok adalah harinya, dia kata sudah dapat semua info tentang pernikahan, aku cuma perlu bawa passport dan ic. Yang lain dia dah uruskan. Dia kelihatan sedikit lembut dalam bercakap, walaupun masih ber aku dan kau. Selepas hari esok, aku ada suami yang akan menjagaku, biarlah status gundik, tapi tetap isteri sah di sisi Allah. Tapi tadi dia warningku, berita pernikahan hanya aku yang akan simpan. Dia tidak akan menyimpan apa apa di tangannya. Aku tahu dia tidak mahu terikat denganku dan dia ingin bebas. Aku faham dan aku setuju~
~Diari, dah 6 hari aku tak menulis. maaf aku busy dengan suamiku. Tak cukup masa aku nak menulis tentang kisah aku. Tapi aku nak simpan momen disini. Supaya nanti aku boleh baca dengan senyuman yang manis~
~Semalam adalah malam pertama kami, setelah 5 hari bernikah. Kenapa selepas 5 hari? Entahlah, aku pun takt ahu, aku sudah bersedia untuk semua kemungkinan selepas akad nikah, walaupun ada ribut petit di dalam hatiku~
~Aku tahu dia serba salah untuk mendekatiku, kerana aku cuma 18 tahun, jadi dia cuba meyakinkan dirinya, dia sangat bertimbang rasa, aku tahu dan cintaku padanya membuak buak, cintaku padanya melimpah ruah~
~Malam tadi dia mengarahkan aku tidur di biliknya, dia belikan aku baju tidur yang super seksi. Dia malarang aku memakai apa apa, cuma baju tidur itu. Dia mencampak baju itu ke katilku, kasar kan? tapi matanya memandangku dengan penuh nafsu romantik~
~Dia cuma beri aku 15 mins untuk naik ke biliknya. Aku sempat mandi dan bersiap, sempat juga aku basahkan rambutku dan mengeringkan. Semasa masuk ke biliknya, aku mengigil. Tanganku kekejangan, kaki ku kesejukan. Sumpah aku takut sangat, tapi aku bertahan, aku tidak mahu suamiku nampak aku dalam ketakutan~
~Diari, ini adalah perkataan pertama yang dia suarakan, semasa aku mula melangkah. Aku akan ingat sampai bila bila~
~”Tutup lampu dan get ready, aku nak mandi kejap. Make sure pintu kunci and on music”~
~Sebab dah biasa dengan dengannya yang suka mendengar lagu, aku teruskan dengan lagu kegemarannya dan duduk di sofa di sebelah katilnya, sumpah aku tak tahu nak buat apa. Aku cuma menunggu, aku berharap dia melayan aku dengan baik, itu sahaja harapan aku. Padan muka aku sebab gatal sangat. Kan dah mendapat~
~Dia keluar dari bilik air dengan tuala yang dipakai separa pinggang. Dan dia kelihatan sangat seksi. Dia terus ke meja di tepi katilnya dan menyemburkan perfume. Wangi dan bau itu membuat debaran dadaku bertambah kuat. Aku mendengar derapan kakinya menghampiriku. Aku meraup wajahku perlahan~
~Dia menarik tanganku untuk berdiri, mencium ubun ubunku dan aku mendengar dia membaca doa. Suaranya sangat sayu dan aku terasa sangat dilindungi. Selesai membaca doa, dia memelukku sarat dan membisikkan ke telingaku~
~”Jangan takut, aku akan pastikan kau tidak sakit, aku akan buat kau enjoy dengan aku dan aku nak kau makan pil perancang yang aku dah beli. Kau kena makan setiap hari, masa kau period jer kau stop, only 4 hari then continue balik. Aku tak nak kau mengandung. Get ready untuk malam ini, kita takkan tidur sampai pagi, aku nak kau bayar balik 5 hari yang aku tak sentuh kau”~
~Suamiku memulai dengan bismillah, pertama kali aku menikmati ciumannya, pertama kali aku menikmati sentuhannya dengan nafsu yang menggila. Aku terbang ke awan yang kami cipta sendiri, rasa yang tidak pernah aku rasa sebelum ini. Sentuhannya buat aku ingin menikmatinya dengan rasa cinta penuh di dadaku. Yaaa… aku menjadi isterinya yang benar pada malam itu~
~Dan aku cuma dibenarkan balik ke bilikku selepas kami mandi bersama dan solat subuh bersama~
~Diari, kau bayangkan berapa lama aku bersamanya. Aku sudah beberapa kali meminta dia izinkan aku untuk berehat, tapi dia masih meneruskan. Terlihat dia sangat bahagia, aku perasan matanya memandangku dengan rasa cinta, aku bukan syok sendiri, aku tahu dia mula menyintai aku~
~Diari, aku sakit yang amat sangat, aku berjalan ke bilik air pun sakit, teramat sakit. Ari ariku terasa seperti ingin tercabut. Ruangan bawahku juga sangat sakit, aku berjalan terkangkang. Aku ketiduran tanpa sedar apa apa sehingga dia kejutkan aku sebab lapar. Melihat aku yang kesakitan, dia membawaku ke klinik dan doctor di kilink itu tersenyum memandang kami~
~Aku MALU, sumpah MALU~
~Dan aku BAHAGIA, rasa bahagia itu sukar untuk aku gambarkan. Aku sangat bahagia~
***********************************************
Syed Arman mengesat airmata perlahan, dia seperti menikmati setiap bait bait ayat yang dia baca di diari itu.
Kini dia faham tentang besarnya cinta Nurlisa kepadanya. Dia terlalu sangat ingin meningati apa yang terjadi antaranya dengan Nurlisa. Membaca diari itu membuatkan jiwanya turun naik. Dia terasa sangat bahagia.
Dia juga ingin menikmati saat malam pertama itu. Pasti dia sangat menyintai isterinya.
Syed Arman melihat jam di tangannya, jam menujukkan pukul 2 pagi. Dia mendengar whatapp masuk ke telepon.
Dengan pantas dia mencapai telepon dan membacanya. Melihat isi text itu dia bangun daripada pembaringannya.
Dia sangat terganggu membaca text itu, tangannya mengigil apabila membayangkan Eusoff dengan Nurlisa
~Bro, stop looking for Nurlisa, aku akan make sure Lisa tak balik kat kau. Apa yang kau buat kat Lisa sangat melampau. Don’t test me, you know my limit kan?~
Keseluruhan badannya sakit apabila membaca text itu dan dia pasti Nurlisa bersama Eusoff di kala ini.
~Aku akan make sure Lisa tak akan pandang kau, dia akan jadi isteri aku dalam masa terdekat~
Syed Arman memegang kepalanya, luluh dia membaca text itu, dia mendail number Eusoff dengan dengusan yang kasar.
Selepas beberapa kali deringan, panggilan itu masuk voicemail.
Eusoff tidak menjawab panggilanya, dia perlu memberitahu Eusoff tentang status Nurlisa. Eusoff perlu tahu Nurlisa adalah isterinya.
BERSAMBUNG

Share this novel

Shima Wfq
2021-06-30 08:04:01 

best sgt cita ni..baru baca

Syakira Ieyra
2021-03-23 19:51:06 

update plss

Hawani Hashim66
2021-03-23 17:36:33 

mana CikSyid ni...


NovelPlus Premium

The best ads free experience