PART 5

Romance Completed 1772

Keriuhan pagi itu melajukan langkah Layka menuju ke dapur. Senyumannya yang riang beransur hilang apabila matanya menangkap seorang tetamu sedang bersarapan bersama ahli keluarga lain.

"Kak Layka," sapa Fira dengan senyuman sambil menyuap makanan. Layka membalas senyuman sebelum duduk di sebelah Puan Rahimah.

"Kak, class habis pukul berapa?" tanya Syasya yang duduk di sebelah Fira.

"Tengah hari. Kenapa?"

"Kitorang nak jalan-jalan. Tak nak ikut?" ajak Syasya.

"Sya, takkan nak suruh Kak Layka ponteng kelas. Kamu ni..." tegur Puan Rahimah lembut.

"Rugi lah akak. Abang Syakeel pun ikut sekali," usik Syasya lagi.

Layka menoleh, memandang Syakeel yang begitu khusyuk menikmati sarapan "Abang Zafran ada?" soalnya dengan senyuman nakal.

Kunyahan Syakeel terhenti. "Ma, tengok ni... tak habis-habis dengan Zafran. Kahwin je lah dorang tu."

"Eh, abang ni..." Layka mengetap bibir menahan malu.

"Dah, Layka. Tak habis-habis cakap pasal Zafran. Baik kahwin je terus. Tak payah tanya dah lepas tu, sebab dia dah jadi suami Layka. Kan, mama?" sambung Syakeel dengan gelak kecil.

Puan Rahimah menggeleng perlahan. Manusia pun boleh jadi punca gaduh mereka berdua ini.
"Jangan sibuk nak kahwinkan orang. Syakeel tu bila nak bawa kawan jumpa mama?" usik Puan Rahimah pula.

Suup! Terdiam Syakeel. Semua mata memandangnya silih berganti "Mana lah ada orang nakkan Syakeel ni, ma. Kalau ada pun... eh memang takde lah."

"Ada je sebenarnya..." celah Syasya, bahu Fira ditepuk manja. Merah padam muka Fira dibuatnya. Malu sangat bila dikenenkan depan orang macam tu. Puan Rahimah hanya tersenyum melihat reaksi mereka.

"Eh, dah pukul berapa ni. Layka gerak dulu, ma." Tangan Puan Rahimah dikucup kedua-duanya. "Bye."

"Hati-hati bawa kereta tu."

"Ye, ma."

---

Badannya digoncang lembut.

"Zaf, bangunlah... mama nak minta tolong ni."

"Ye, ma..." jawab Zafran separuh sedar, matanya masih terpejam.

"Cepatlah. Mama nak masak. Kita nak makan tengah hari dengan keluarga Syakeel."

Mata yang liat itu tiba-tiba terbuka luas. "Apa, ma?"

"Kita nak makan tengah hari kat rumah dorang Syakeel. Puan Rahimah ajak makan sekali tadi. Zaf pergi belikan mama bahan masakan, mama nak masak bawa ke sana."

Zafran mengangguk kecil. "Ye, ma. Zaf mandi dulu eh."

Berlari anak menuju bilik air. Puan Siti hanya menggeleng dengan senyum kecil. Semangat lain macam ya bila sebut nak ke rumah jiran...

---
Hari berjalan begitu pantas, tanpa dia sedar langkahnya sudah kembali kerumah.

"Assalamualaikum... Layka dah bal-"

Langkah Layka terhenti di ruang tamu. Semua mata memandangnya serentak.

"Layka, sini," panggil Puan Rahimah. Perlahan dia berjalan, menyalami kedua tangan ibunya sebelum beralih kepada Puan Siti.

"Assalamualaikum, aunty."

"Waalaikumsalam. Dah besar dah Layka sekarang... cantik," puji Puan Siti sambil menatap wajahnya lama.

Layka tersipu malu. Tangannya yang tersorok di belakang Puan Rahimah itu mengentel hujung kusyen. "Aunty sihat?"

"Aunty sihat," jawab Puan Siti, masih tersenyum.

"Aunty borak dulu dengan mama. Layka nak salin pakaian kejap," katanya perlahan sebelum melangkah laju ke bilik.

Fuh... berdebar laju jantung .. Mak mentua... Bibir bawah digigit, senyum nakal terukir. Agaknya abang Zafran ada tak eh? Dah lah lapar pula ni...

Cepat-cepat dia menukar baju t-shirt putih berlengan panjang dipadankan dengan palazo coklat. Tudung kelas tadi tak sempat tukar. Dia menuruni tangga semula.

"Ma, Sya dah balik?"

"Tadi lagi dorang dah balik. Ada kat belakang tu."

Layka mengangguk kecil. "Lay tengok dorang kejap."Dia melangkah ke dapur, meloloskan diri dari tatapan Puan Siti yang buatnya bertambah malu.

"Akak!" sapa Syasya ceria, menampakkan lesung pipit. "Akak balik on time tau." Tangannya menarik tangan Layka manja. "Nah, bawa keluar belakang tu. Abang Syakeel nak bakar ayam."

"Akak?"

Serentak Syasya dan Fira mengangguk dengan senyuman nakal. Layka berkerut. Apa yang dorang sorok sebenarnya ni...

Kontena jernih diangkat, dibawa ke luar.

"Abang, nah ayam-"

Langkahnya terhenti. Matanya terus menangkap sosok lelaki pujaannya. Laju dia berpatah balik ke dapur, menahan debaran dada.

"Korang sengaja, eh!" bisiknya sambil mencubit Syasya dan Fira bergilir-gilir. "Asal tak bagitahu akak abang Zafran ada?"

"Akak dah nampak kan mama dia kat dalam..." jawab Syasya sambil tergelak.

"Sya... tu kan bakal-bakal mama Kak Layka jugaaaa..." usik Fira pula.

Layka mengetap bibir menahan geram. "Habis tu... siapa nak hantar ayam ni?" Serentak mereka menunjuk Layka. Ketawa mereka berderai.

"Apa gelak-gelak ni. Ayam mana?" tiba-tiba suara Syakeel bergema. Tangannya diletak di pinggang memandang mereka. "Abang dari tadi tunggu ayam tak sampai-sampai. Yang sorang ni... bila masa balik?" matanya menatap Layka serius.

"Baru je..." jawab Layka perlahan.

"Eh, abang... takpe lah biar Kak Layka yang hantar," ujar Syasya cepat. Kontena ditarik dari tangan Syakeel lalu diserah semula kepada Layka. "Akak, pergilah... selamat maju jaya!" tolaknya tubuh Layka keluar pintu.

"Sya!" jerit Layka perlahan.

"Layka?" sapa Zafran lembut. Layka menunduk, tersipu malu."Ayam ke tu?" tanyanya. Layka hanya mengangguk perlahan."Layka tunggu apa tu? Sini abang bakarkan ayam tu... ke Layka yang nak bakar?"

"Eh, tak. Mana Layka pandai buat semua ni," jawab Layka sambil menyerahkan kontena.

"Nak abang ajar?" soal Zafran, matanya bersinar nakal.

"Boleh ke?"

"Boleh. Layka duduk sini tengok abang buat."

Makin lebar senyum Layka.

"Ni... lepas Layka letak atas pembakar, lebihan perapan ni Layka sapu kat ayam satu persatu, biar rasa dia meresap."

Layka mengangguk. "Minyak tu?"

"Oh, minyak ni nanti... sapu kat ayam juga, bagi berkilat sikit."

"Iye ke?"

"Aik... Layka tak percaya? Layka nak buat ke, atau ada resepi sendiri?" usik Zafran, hampir sahaja ingin mencubit pipi gadis itu.

"Hehe... tak tak. Lama ke nak masak ni?"

"Layka dah lapar?" soal Zafran sambil menatap wajahnya. Perlahan Layka mengangguk.

"Boleh lah..."

"Ehem!" tiba-tiba suara berat menegur. Layka menoleh. Syakeel berdiri di belakang mereka dengan wajah serius. "Dah masak ke ayam tu?"

"Kau ni... baru je aku letak..." jawab Zafran sambil ketawa kecil.

"Masak tengok korang berdua ni..." sindir Syakeel, matanya menjeling Layka dan Zafran silih berganti.

"Nih, ada kambing. Tumpang bakar sekali boleh tak?" tiba-tiba muncul pula dua orang sekepala Syasya dan Fira. Kontena biru diletak atas kerusi.

"Biar abang bakar yang tu," ujar Syakeel.

"Abang pandai ke?" tanya Syasya, menatapnya sinis.

"Tch... tak payah lah macam tu," jawab Syakeel, menolak kepala Syasya perlahan. "Abang tukang bakar kat kuaters tau. Kan, Zaf?"

"Iye lah tu," balas Zafran sambil ketawa, langsung tak menyokong kawan sendiri."Ni... sosej dah masak. Ada nak rasa?"

"Lay... Layka nak rasa," sahut Layka

Diletak sosej atas piring lalu dihulur pada Layka. Semua menanti reaksinya. Usai digigit, dia terbatuk kecil kerana kepanasan.

"Uhuk!"

Serentak dua tangan menghulur gelas air , Zafran dan Syakeel. Layka menoleh mereka silih berganti. Mana satu nak ambil ni...

"Abang ni... Sya nak juga!" tiba-tiba Syasya merampas air dari tangan Syakeel. Mata kecilnya memberi isyarat nakal pada Layka. Perlahan Layka meraih gelas dari tangan Zafran.

"Terima kasih..." katanya perlahan. Suasana terasa janggal tiba-tiba.

---

"Dah masak ke tu?" kedengaran suara lembut menyapa. Serentak mereka menoleh. Puan Rahimah dan Puan Siti berjalan mendekati mereka.

"Belum lagi, ma," jawab Syakeel.

"Ada bakat tak ni?" soal Puan Rahimah memandang Syakeel yang begitu fokus memantau ayam dan kambing.

"Mestilah... mama tanya Zafran," jawab Syakeel cepat, menoleh tajam pada Zafran.

Zafran hanya menggeleng kecil, senyum tipis terukir. Dasar kawan tak guna...

---

Melihat keakraban Layka dan Zafran, hati Syakeel terasa berat. Matanya dipejam seketika.

'Ya Allah, jika itu yang terbaik untuknya, maka kekalkanlah kebaikan itu bersamanya'

Hatinya bagai tak merelakan. Rasa tersaingi. Rasa tersakiti. Rasa seakan dikhianati. Keluhan dilepaskan perlahan.

"Abang Syakeel..." suara lembut menegurnya dari belakang.

"Abang okay?" tanya Fira dengan senyuman.

Syakeel mengangguk kecil. "Fira dah lama kat belakang?"

"Ha'ah... saya ingat abang nak keluar. Sebab tu saya tunggu abang, tapi abang berhenti pula..." gelak kecil Fira.

"Sorry..."

"Takpe..." Fira tersenyum lembut. "Kalau macam tu... cuba abang senyum sikit. Tak baik lah masam terus."

Tercuit hati Syakeel mendengar kata-kata Fira. Perlahan senyuman terukir di bibirnya.

"Ha... macam tu kan manis."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience