Rate

Coklat

Short Story Series 1875

MALAM ini boleh tahan sejuk, mungkin kerana siang tadi hujan, Nadia memutuskan untuk ke taman sahaja memandangkan taman tidak jauh dari rumahnya. Dia duduk di buaian yang ada lalu mengayunkan sendiri.

Dia menatap ke tanah dengan perasaan sedih, tanpa sedar air mata mulai turun.

"Ng?" dia mendongak memandang empunya tangan, dia terus mengalihkan pandangan sambil mengelap air matanya itu.

"Tak nak ke?" tanya lelaki itu masih setia menghulur coklat itu. Nadia tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

"Ambil je, saya tak culik awak pun, lagipun tak de sebab saya nak culik awak." kata lelaki ini masih memujuk, Nadia yang malas hanya menurut mengambil, lelaki itu tersenyum lalu duduk di buaian sebelahnya.

"Makanlah, kalau makan coklat nanti awak dah tak sedih dah." kata lelaki itu masih setia tersenyum. Nadia tergelak kecil mendengar kata-kata lelaki itu.

"Kau dah besar tapi masih percaya tentang tu." kata Nadia, agak terasa juga lelaki itu tetapi masih cuba tersenyum.

"Kerana itu saja yang boleh buat orang lain tak bersedih?"

"Siapa cakap kat kau?"

"Aruah mama dan kawan baik saya." sedikit tersentak Nadia mendengar jawapan lelaki itu.

"Maaf-"

"Tak pe, aku dah biasa kehilangan, makanlah jangan sedih." Nadia hanya mengangguk lalu makan, sengaja cuba mencari cara supaya tidak bercakap dengan lelaki yang tidak dikenalinya itu.

"Jangan sedih! Kalau sedih makan aje coklat."

"Kalau kau nak coklat perisa mint kegemaran kau tu bagitahu je, aku boleh bagi." tambah lelaki itu lagi.

"Eh, macam mana-"

"Saya pergi dulu, kalau awak tak sibuk esok, pukul 3:00 petang kita jumpa di situ." kata lelaki itu menunjukkan tempat yang di ajak jumpa esok. Banyak-banyak tempat kenapa mesti di bawah pokok hujung taman itu juga?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience