Rate

Coklat

Short Story Series 1875

AIR matanya di lap dengan hujung lengan baju, kakinya laju melangkah ke arah taman lalu duduk di buaian semalam.

Dia menghayunkan buaian dengan perasaan sedih. Merajuk dengan si ibu yang tidak henti membela si kakak.

Bunyi tapak kaki menarik perhatiannya kembali, dia melihat lelaki yang dia jumpa semalam di pokok hujung sana yang dikatakan lelaki itu semalam.

Tidak sangka lelaki itu datang, dia bingkas bangun untuk pergi dari situ, tak de mood nak jumpa lelaki tu, lagipun dia bukannya kenal dengan lelaki tu.

"Nadia!" jerit lelaki itu mematikan langkah Nadia, mendengar tapak kaki lelaki itu datang ke arahnya dia langsung berlari pergi. Macam mana pula lelaki itu boleh tahu namanya? Dia ada bagitahu ke semalam?

-----

Adam hanya melihat sahaja Nadia berlari tanpa ada rasa ingin mengejar, hanya sekadar beberapa soalan sahaja yang muncul.

Kenapa dia lari? Apa mukanya sudah berubah hingga gadis itu tidak mengenalinya atau gadis itu memang mahu melupakannya?

Jika betul gadis itu masih setia dengan janji yang pernah mereka buat...datanglah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience