BAB 12

Short Story Completed 1956

Di suatu sudut, Naetaly menangis. Dia betul-betul diburu rasa bersalah.

"Naetaly, kenapa tak jenguk Aizal",tegur Puan Fardhiah.

"Maafkan aku aunt, aku akan membatalkan pertunangan aku dan Aizal."

"Tapi...."

"Aunt, please. Aku tak dapat maafkan diri aku sendiri. Aku penyebab Rania mati. Aku benci diri aku. Aku....",Tangis Naetaly.

"Jangan cakap begitu. Aunt tetap mahu kamu jadi menantu",tegas Puan Fardhiah. Lagipun Rania dah mati, tiada sebab untuk dia membatalkan pertunangan anaknya dengan Naetaly.

"Aunt, bagaimana aku teruskan hidup bersama orang yang aku hancurkan kebahagiannya. Aku buat Aizal kehilangan Rania selama-lamanya. Aku tak mampu menghadapi Aizal sesaat pun. Kenapa Aunt tak faham? Aunt nak Aizal menderita lagi? Cukuplah, Aunt. Aku memang sayangkan Aizal tapi aku tak mampu sayangkan dia seperti mana Rania sayangkan dia. Walaupun aku dan aunt serang dia, maki dia dan hina dia, dia tak pernah memberitahu Aizal. Dia putuskan hubungannya dengan Aizal sebab dia tak mahu Aizal derhaka dengan mamanya. Dia tipu Aizal, dia cakap dia tak cintakan Aizal. Aizal percayakan kata-kata Rania kerana dia tak mahu Rania bersedih. Aku penyebab semua ini",raung Naetaly. Ibu bapa Naetaly yang baru sampai mengalirkan mata.

"Fardhiah, aku minta maaf. Aku batalkan pertunangan antara anak kita. Naetaly, mummy minta maaf, kalau mummy beri perhatian......"Datin Nasuha mengesat air mata.

"Mummy, ini semua salah Naetaly".

"Daddy pun minta maaf, nak. Daddy akan bantu Naetaly. Daddy akan urus pengebumian arwah",Dato Ardy mengambil keputusan.

"Jom kita lawat dia untuk kali terakhir",ajak Datin Nasuha sambil memapah Naetaly.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience