"Tasya, maafkan aku. Aku....."
"Semua pun sudah berlaku. Kau tak pernah salah",kata Tasya.
"Kau tak marah aku?",tanya Naetaly.
"Tipulah kalau aku tak marah.Tapi arwah selalu berpesan jangan biarkan amarah menguasai diri. Arwah berpesan jangan menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Sebelum arwah pergi, dia mendermakan hatinya pada Aula. Dia tak pernah pergi, dia akan tetap tinggal di hati kami selama-lamanya,"ujar Tasya sambil memeluk Aulia.
"Izinkan kami untuk membantu urusan pengebumian...",Kata Encik Zulkifli yang datang bersama Aizal. Tasya tersenyum. Dia memandang Aizal yang masih lemah.
"Aku harap Aizal yang akan mengurus semua urusan pengebumian arwah",putus Tasya.
"Tapi..",Datin Nasuha cuba mencelah.
"Aunt, arwah yang berpesan pada aku. Dia minta Aizal yang mnguruskan pengebumian sebab dia mahu Aizal yang menghantar dia di alam sana dan Aizal dapat terima semua yang berlaku. Aizal, aku tahu kau sedih. Aku pun sedih. Dia satu-satunya sepupu yang sangat aku sayang. Dia dah terlalu menderita.",Tasya menarik nafas dan menyambung kata-katanya.
"Aula dan Aulia anak angkat arwah. Arwah dermakan hatinya untuk Aula. Aku minta kau kuat Aizal untuk arwah, Aulia dan Aula.",Tasya mengesat air matanya. Amat sulit untuk dia mengambil Aula dan Aulia sebagai anak angkat. Keluarganya selama ini tak menyukai Rania. Mereka akan membantah dia menjaga Aula dan Aulia.
Aizal tersentak.
"Ya Allah, maafkan aku. KepadaMu, aku meminta kekuatan melepaskan Rania."Bisiknya dalam hati.
"Aulia, mari sini. Daddy akan jadi Daddy untuk Aula dan Aulia. Daddy akan jaga kalian",janji Aizal. Aulia terus memeluk Aizal.
"Jangan nangis, sayang.",pujuk Aizal. Semua yang melihat berasa terharu. Puan Fardhiah perlahan-lahan meninggalkan mereka. Ada rasa sesal mula menghantuinya.
"Maafkan mama, Zal. Ini semua salah mama. Rania wanita yang baik, mama tuduh dia macam-macam. Mama menyesal. Sebabkan harta dan darjat, mama hina Rania. Tapi Rania, hatinya sangat suci. Dia tak memberitahu kamu supaya kamu tak bergaduh dengan mama. Dia lebih faham Aizal berbanding mama. Mama minta maaf. Bang, izinkan aku pergi sementara. Aku ingin memperbaiki diriku dan meminta keampunan Dia Yang Maha Kuasa",rintih Puan Fardhiah.
Share this novel