Allyn keluar pada waktu malam.Seperti yang dia jangkakan, berjalan pada waktu malam sangat membahagiakan.
Puas berjalan di sekitar bandar dan sempat ke pasar malam. Allyn memandu keretanya pulang ke rumahnya.Semasa perjalanan balik kereta Allyn rosak.Dia turun dari kereta ingin melihat apakah yang rosak namun dia tidak pandai dalam kemahiran membaiki kereta.
"bukan ke ini kereta baharu,jadi kenpaa....!"
Terdengar suara erangan membuatkan Allyn meremang.
Belum sempat sampai ke tengah lorong, mata Allyn terbeliak apabila melihat seorang lelaki mengerang kesakitan sedang duduk bersandar di dinding dengan darah keluar di bahagian kiri baju putihnya. Dia berlari ke arah lelaki itu, melutut di sebelahnya.
Allyn menutup mulutnya secara dramatik, a-itu, darah!"
"Sudah tentu ia darah, bodoh."
Allyn tidak begitu mendengar makian lelaki itu kerana dia agak terkejut.
"A-apa yang patut saya buat?" Rungut Allyn, namun telinga lelaki itu masih boleh mendengarnya. Dan lelaki itu berasa pelik dan keliru kerana kerisauan gadis di hadapannya.
"Anda perlu pergi ke hospital atau anda akan berdarah dan mati di tempat seperti ini." Allyn memandang serius lelaki di hadapannya.
"Jangan pergi hospital, aku takkan mati sebab tikaman tu tak dalam. Darah yang keluar pun tak banyak," jawabnya dengan perasaan pelik sebab kenapa dia bersusah-payah menerangkan dengan selamba ini. gadis di hadapannya.
"T-tapi awak masih terluka. Kita..."
Kau sedang mempermainkan aku?" marah lelaki itu
"A-apa maksud awak? Saya cuma nak tolong." Allyn menjeling tidak percaya, niat baiknya dikira jahat.
"Sudahlah! aku dah muak. kau tak ada niat nak tolong aku, kau mesti ejek aku dalam hati sebab saya terluka macam ni, kan? aku tahu fikiran kau perempuan licik, jauhkan diri dari pandangan aku si*l. ."
"Tapi-"
"Pergi sekarang." Lelaki itu mengeras, rahang menekan setiap ayat, pandangan tajamnya menyala di lorong yang redup.
Lelaki itu hendak menolak Allyn, tetapi kerana cedera, sedikit pergerakan yang dilakukannya menyakitkan.
"Argh!"
Dia mengerang kesakitan di perutnya, darah semakin banyak mengalir membuatkan Allyn panik.
Allyn tidak sedar yang dia mengalirkan air mata.Dia trouma dengan darah kerana akibat kemalangan jalan raya yang dihadapi hampir meragut nyawanya.
Allyn sebelum ini memang hidup dalam persekitaran yang dingin dan empati, yang menjadikannya seorang yang pasif dan tidak mengambil berat tentang orang di sekelilingnya. Tetapi membunuh seseorang tidak pernah terlintas di fikirannya.
Share this novel