Bab 27

Drama Completed 4604

Masa berlalu dengan pantas tanpa mereka sedari sudah hampir seminggu Allyn duduk di rumah setelah balik dari hospital.

"Allyn"

Allyn menoleh memandang sang empunya suara yang telah memanggilnya.Terlihat Adam yang berjalan semakin menghampirinya sambil tersenyum ramah.

"Ha ye kenapa?"

Mereka menjadi semakin rapat kerana sering luang kan masa bersama walaupun selalu bergaduh atau berpangkah lidah.

"Kau nak tak kahwin dengan aku?" Secara tiba -tiba menanyakan soalan yang agak serius tetapi ditelinga Allyn itu terdengar suatu gurauan baginya.

Adam melihat respon Allyn yang beranggapan bahawa dia bergurau.Adam terus bersuara,"Aku serious ni Allyn bukan main-main.Kita bukan budak kecik yang akan main-main soal perkahwinan."

Allyn agak terkejut setahu dia Adam telah menyukainya perempuan lain iaitu Freya.Apa yang sedang terjadi sekarang?Adam menyukainya atau sekadar niat ingin melindungi.

"Kau tiba-tiba nak kahwin dengan aku kenapa? Kau suka aku? Mustahil."ujarnya dengan was-was.

Adam menghembuskan nafas berat."Cinta itu hadir tanpa dipinta dan cinta itu hadir semakin kuat kerana aku nak melindungi insan yang aku sayang.Ye,bagi kau mustahil sebab kita selalu bergaduh tapi itu lah salah satu punca yang membuatkan aku tidak mahu kehilangan kau.Cinta ni boleh berubah kepada sesiapa yang berhak menakluki hati aku.Siapa insan yang menakluki hati aku? Jawapan nya kau Allyn."wajah Adam terlihat tulus setelah melontar isi hati nya.

Allyn hanya mencerna apa yang telah keluar dari mulut Adam.Jujur dia juga selesa tetapi dia hanya tidak mahu merosakkan hubungan sebagai sepupu.Dia selalu ingin bersama Adam walaupun baginya sikap Adam menyampah.

"Nanti aku fikirkan ,kalau aku sudah menemukan jawapan yang tepat.Aku sendiri yang akan datang jumpa kau."
_________
Hubungan mereka semakin renggang.Adam semakin menyesal kerana meluahkan isi hatinya.

"Aghhhh, kenapa semakin kacau situasi sekarang!Aku tidak mahu dia menjauhkan diri daripada aku."

Dia tidak mahu kehilangan orang yang dia sayang justeru itu dia mengungkapkan apa yang dirasakan.Namum pilihan nya salah Allyn semakin menjauh dari nya.

Adam memecut laju kereta yang dinaiki.

Sementara Allyn tengah memikirkan adakah pilihan untuk menjauhi Adam adalah pilihan yang baik?Dia tidak mahu merosakkan hubungan persaudaraan mereka.Allyn ego tidak mahu mengakui sebenarnya dia juga sayangkan Adam lebih dari seorang sepupu.Adam selalu ada ketika dia susah,Adam menjadi sosok lelaki kedua yang memberikan kasih sayang dan perhatian setelah ayahnya.

Telefon Allyn berbunyi menandakan ada panggilan masuk.Tentera disitu nombor yang tidak dikenali.Awalnya Allyn mengabaikan kerana risau scamer namun nombor itu masih menghubunginya.Allyn menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum,adakah ini ahli keluarga Adam Mikail bin Mazlan?Saya dari pihak hospital ingin mengabarkan bahawa encik Adam mengalami kemalangan jalan raya.Dia sedang dirawat di unit kecemasan.Mohon datang dengan segera."ucap orang yang dari tadi menghubungi Allyn.

Allyn terkejut tangannya yang menggigil kerana takut dia akan kehilangannya Adam dalam hidupnya.Ya ego nya telah runtuh setelah mendengar bahawa Adam mengalami kemalangan yang agak serius.

"Hello!"

"waalaikumussalam,ya saya sepupu Adam nanti saya akan segera kesana.Terima kasih kerana memaklumkan kepada saya "Allyn cuba menenangkan diri.Adam kuat dia percaya Adam tidak akan tinggalkan dia.

Sesampai di hospital.

Allyn memandang Adam yang terbaring di hospital dalam keadaan sayu.Banyak luka di seluruh badannya,dari maklumat yang Allyn dapat Adam kemalangan disebabkan dia membawa kereta dengan kecepatan yang melebihi had.

"Adam,kau jangan tinggalkan aku.Kau janji nak kahwin dengan aku dan jaga aku sampai hujung nyawa kau.Aku terima lamaran kau kalau kau bangun Adam."tangisan Allyn memenuhi ruang bilik kecemasan itu.

Tiba-tiba pintu bilik wad dibuka.Ahli keluarga yang terdekat telah sampai kerana Allyn menghubungi mereka sebelum datang kesini.Mereka menjadi menguat Allyn agar sabar atas ujian yang diberikan kepadanya.

Evan memeluk puteri kesayangan bagi menyalurkan kekuatan supaya anak nya kuat.

"sabar ye nak nanti klay awak lemah macam nie siapa nak jadi kekuatan buat Adam?,kamu kena kuat supaya Allyn dapat menjadi kekuatan buat Adam.Jangan menyalahkan diri sendiri dengan apa yang terjadi"Evan mengusap kepala anaknya dengan lembut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience