Bab 5.5 : Guru II

Other Series 815

Fahziq mula menatap wajah guru Fatin dan membuka Mulutnya

Guru Fatin " boleh saya tahu apa yang akan berlaku jika ada lebih dari 1 penguasaan dalam sebuah kerajaan ?

Sepertinya" itu tidak akan berlaku.....

Andaikan saja ini terjadi ,

Haa..... baiklah menurut saya akan berlaku peningkatan permusuhan

Peningkatan permusuhan ?

Ya" tadi awak kata apa yang akan berlaku jika penguasa dalam kerajaan itu lebih dari 1 , jadi menurut saya pengaruh dalam sebuah kerajaan itu akan terbahagi mengikut jumlah penguasa

..........

Jadi itu semua akan menyebabkan jumlah pemberontak juga akan meningkat , dengan semakin banyak penguasa bertambah pula pihak yang menentang mengikut penguasa yang berbeza-beza

............

Tidak menolak juga mungkin akan terjadi pemecahan antara sesama pi..........

Menyedari sesuatu guru Fatin mula memberhentikan kata-katanya

Betul

Fahziq pula hanya terdiam dan mendengar tapi seperti sudah tahu apa yang ini dikatakan gurunya dia kembali bersuara dan membenarkan kata-kata yang tidak habis keluar dari mulut gurunya

Itu lah ayat yang ditunggu-tunggu keluar dari mulut gurunya itu

“ Pemecahan antara sesama pihak ”

Itu " boleh jadi kunci robohnya sesebuah kerajaan atau empire yang telah dibina beribu-ribu tahun

Baiklah" tidak perlu diterangkan lagi seperti saya sudah faham maksud awak

Sebab Fahziq mempertanyakan soalan tadi kepada guru Fatin supaya gurunya itu faham dan tahu perkara yang akan dirinya katakan disini

Dengan cara itu juga dirinya tidak perlu membazir masa untuk menjelaskannya dengan panjang lebar

Seorang guru memang hebat"

Hmm... jadi sebelum ni adakah awak meremehkan guru awak ini ke Fahziq ?

Saya" tidak berkata begitu

Pujian yang diberikan olehnya malah disangkakan sebuah remehan jadi Fahziq berfikir bahawa dia tidak pandai memuji

Apa-apa lah" balik topik kita tadi

Ya"

Jadi kali ni " giliran saya pula bertanya

Silakan,

Kalau macam tu , selain awak siapa penguasa yang awak maksudkan di kelas E ?

!!

Fahziq sebernanya sedikit terkejut

Dirinya hanya memberitahu gurunya sedikit pembayang masalah yang terdapat dalam kelas E

Tapi guru Fatin terus memahaminya dan ingin mengetahui siapa golongan “penguasa” yang dimaksudkan Fahziq itu

Guru tahu ?

Ya "

Tapi bukan itu yang mengejutkan Fahziq

“ Selain awak siapa penguasa yang dimaksudkan"

“selain awak ”
Perkataan dari guru kelasnya itu terdengar seperti dia sudah ketahui bahawa Fahziq juga terlibat dalam kempipinan kelas

Macam mana guru tahu ?

Sebernanya , saya juga baru tahu perkara ini tadi...

Sama seperti rakan sekelasnya guru Fatin juga mengira bahawa Fahziq hanya lah seorang budak lelaki biasa yang dijumpai di setiap tempat

Awak " tahu ? akhir-akhir ini terdapat banyak gosip yang melibatkan awak Fahziq....

Ouh" begitu......

Bagus" bisik hati Fahziq

Dari awak " yang mensabotaj kelas A sehingga pertarungan awak dengan budak terpandai di akademi ini

Itu hanya sekada gosip, tiada bu....

Buktinya disini "

hmm ?

Kata-kata guru Hanif tadi , dan cara awak menerangkan masalah dikelas kepada saya itu lah buktinya

Belum sempat menyangkal gosip yang dikatakan oleh gurunya Fahziq dikejutkan dengan keterangan buktin tentang dirinya

Sekarang baru Fahziq tahu sebab sikap seperti ketidaktahuan guru Fatin tadi adalah caranya untuk menguji Fahziq mengeluarkan kemampuannya

Jadi saya " termasuk perangkap guru macam tu...

Menurut saya begitu" tapi saya ucapkan terima kasih kepada guru Hanif

Mendengar nama itu Fahziq terus menatap wajah orang yang hanya berdiri diam disana tanpa bersuara

Tanpa bantuan anda " saya pasti tidak dapat menjumpai karya ini

Tiada masalah" asalkan awak tunaikan perjanjian kita

hmm... Ya sudah tentu"

Mendengar itu Fahziq mengetahui bahawa mereka berdua telah sepakat untuk berjumpa dengannya di sini untuj membongkarkan rahsia yang disembunyikan oleh dirinya tentang kemampuannya

Dengan ini Fahziq berkesimpulan bahawa tiada siapa dapat dipercayai di sini walaupun itu guru sekalipun di dalam mindanya

Mungkin tadi dia berfikir akan gembira jika terus disini sedikit lama asalkan ada guru yang baik seperti guru Fatin

Tapi kini berbeza...

Guru juga sama licik macam lelaki itu.....

OUh.... saya tidak menyangkalnya ,

UHUK....UHUK........

??

Dirinya dari tadi hanya melihat dan mendengar perbualan antara murid dan guru tapi sekarang giliran dia pula bercakap

Hanif berpura-pura batuk untuk menarik perhatian mereka

Cukuplah.... penerangan awak hebat Fahziq tapi soalan saya masih belum dijawab

Kenapa " kau nak sangat tahu ?

Kau ? mana sopan santun awak yang tadi Fa....

Aku " tidak ada alasan untuk hormat orang macam korang

Guru Fatin cuba menyelit dalam perbualan mereka dengan alasan ketidakhormatan Fahziq dengan guru , tapi sebelum dapat habis kata-katanya Fahziq pula menyelit dan menyangkal

Mereka sudah merancang untuk memerangkap Fahziq disini dengan menipunya jadi kehormatan Fahziq kepada mereka semakin berkurangan terlebih lagi terhadap guru Hanif

Mendengar itu guru Fatin juga sedar kali ini dia memang sudah agak melebih jadi dia biarkan saja gaya percakapan Fahziq yang sekarang

Kau tahu Fahziq ? aku juga tidak pernah menghormati kau sebagai murid jadi kau bebas untuk hormat aku sebagai guru atau tidak

Kalau macam tu....

Tapi aku " sentiasa hormat kau sebagai seorang yang jenius

Kenapa macam tu ?

Sudah jelaskan ? seseorang itu perlu menghormati seseorang individu yang lebih tinggi darjatnya dari diri nya

Jadi apa kaitannya?

Kaitannya dalam situasi ini , kau sebagai murid sepatutnya menghormati aku kerana aku seorang guru dan ditempat menuntut ilmu guru lah yang memiliki kelebihan kerana lebih berilmu dari murid

Fahziq mula merasa meluat dan jijik dengan guru Hanif dengan kata-kata itu seolah dia sedang mengagungkan dirinya sendiri

Fahziq mula membuka mulut untuk menyangkal tapi sebelum itu Hanif kembali berkata

Tapi , disini di situasi kita ini kerana kau memiliki ilmu dan kejeniusan yang tinggi dari guru tiada sebab kau perlu menghormati aku sebagai guru , jadi tiada sebab untuk kau menghormati aku atau aku menghormati kau

Tadi kau kata " menghormati aku sebagai seorang jenius ? jadi kau akui kekurangan kau ?

Sudah tentu" itu adalah salah satu langkah bijak"

Fahziq kali ini setuju dengan perkataan Hanif

“ Daripada berpura-pura tahu lebih baik aku akui kau supaya aku dapat mengorek ilmu dalam kepala otak kau tu ,

Fahziq terdiam mendengar perkataan itu tadi

Di dalam kelopak matanya dia seperti sedang melihat sosok manusia yang menyeramkan

“ Menggunakan orang lain untuk mendapatkan kejeniusan itulah cara kau "

Dalam hati Fahziq sambil melihat wajah guru Hanif

Fahziq mendapati bahawa guru Hanif sama sama seperti seorang rakab baiknya yang sedang berada di kelas ke 5

Dan orang ini sama bahayanya dengan orang itu

Nampaknya , kau sudah buka mata aku untuk melihat kau sebagai sosok yang layak dihormati

Ouh" kau nak hormat aku ? tak sangka jadi kau hormat aku sebagai apa ?

Fahziq menundukkan kepalanya sekejap dan kembali menatap wajah Hanif dan menjawab

“ SEBAGAI SEORANG ANCAMAN "

Dengan wajah yang agak suram

Tapi guru Hanif langsung tidak terganggu dengan itu sebaliknya guru Fatin yang merasa sedikit ketakutan

Di mata guru Fatin saat Fahziq menjawab pertanyaan guru Hanif tadi seperti ada aura hitam yang menakutkan keluar dari tubuh badan Fahziq

Serentak dengan itu guru Fatin menggerakkan kakinya 3 langkah kebelakang

Jadi " boleh jawab pertanyaan aku tadi ?

Baiklah " aku rasa tidak ada faedah pun kalau aku terus simpan cara aku tu

Betulkan baik kau cerita je......

Kali ini Fahziq setuju dan mula menceritakan perkara yang guru Hanif ingin tahu

Semasa " pengumuman ujian dibuat aku perasan ada keanehan dalam ujian kali ini

Berbeza dengan ujian sebelumnya , ujian kali ini memiliki peratus kegagalan yang agak tinggi berbanding dengan ujian yang lain jadi aku rasa pihak akademi memang mereka ujian ini supaya murid disini gagal

Jadi , kau rasa pihak akademi cuba membuat sesuatu yang akan merugikan murid-murid di sini ?

Ya " dan tidak "

Hmm ?

Guru Hanif sedikit terkejut dengan perkataan Fahziq tadi

Jawapan aku ya , sebab seperti biasa jika ada kelas yang mencapai nilai bawah 60 akan ada 5 murid yang dikeluarkan

Jadi kalau tidak ?

Tidak" kerana itu juga megutungkan kelas

Megutungkan kelas ?

Setiap tempat " menuntut ilmu tidak akan lari dari pada kemasukan murid bermasalah itu terjadi untuk sekolah biasa atau akademi seperti ini

Mendengar itu Hanif tahu dia tidak salah

Jadi " aku berkesimpulan ujian ini dijalankan supaya mengeluarkan murid bermasalah di setiap kelas

Markah kelas dikira dari seluruh jumlah markah kelulusan murid di kelas tapi jika ada murid yang gagal maka nilai markah itu akan di ambil dan ditolakkan dengan markah kelas

Mungkin " ini akan merugikan kelas-kelas seperti A dan B tapi sangat menguntungkan kelas bawah seperti E jadi boleh dikatakan ini adalah suatu ujian untuk merangka pelan jangka panjang

HAHAHAHAHA

Keadaan agak sunyi selepas Fahziq berkata sehingga terdengar bunyi ketawa dari guru Hanif

Kenapa kau ketawa ?

Tidak aku cuma rasa kelakar sebab kau masih ada disini .....

Ha ..... apa maks........

Tapi Fahziq ..... bukan itu saja yang kau lakukan dikelaskan ?

Guru Fatin sekali lagi menyelit dalam percakapan mereka

Fahziq merasakan bahawa guru kelasnya ini memiliki kebiasaan yang teruk

Tapi dia sedar

Ya"

Bahawa ada benda lain yang perlu dia jelaskan kepada guru kelasnya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience