Bab 4 : Sistem Pemusnah

Other Series 815

Ouh" baik baik kerja bagus!

Bell menyindir Rena yang berehat di atas sofa akibat kepenatan.

Grmmmmm...... Kenapa aku je kena kemas !!!

Dah kau yang hancurkan bilik ni, kau lah kena

grkkkkk...

Rena menggertak gigi-giginya tanda geram

Tapi bukan Yazid dengan Abby tolong kau malam tadi kan ?

Ye" lepas tu diorang balik sebab ada hal

ouhh.....

Selepas pergaduhan dengan niat membunuh Yazid dan Abby bilik asrama milik Fahziq dan Bell hancur akibat perbuatan Rena.

Baik" tengah lubang peluru je kan ? sudah pergi sana esok settle kan sampai habis

Kenapa " perkataan kau macam nak halau aku dari sini....

Mana ada " dah pergi sana nanti lambat ke kelas siu...siu....

Siu.... Siu..... ? kau ni memang nak KENA!!!!

Eh" kan baru je kemas nak tambah kerja lagi ke ?

Grmmmmm!!!

Rena yang terus diejek oleh Bell mencuba mengambil pistol di lilitan pinggangnya tapi dia tidak mahu menghabiskan masa di bilik Fahziq hanya untuk mengemas semula kerosakan yang dirinya lakukan.

Akibat didesak pergi oleh Bell Rena pun mula kemas-kemas barang biliknya dan berjalan ke pintu keluar.

Tapi dirinya berhenti betul-betul di depan pintu

Macam" mana dengan kau ? nanti lambat ke kelas baru kan baik cepat bersiap

Nanti dulu aku kena jaga sensei biar dia tidak curi-curi masuk ke kelas

Curi-curi ke kelas? lepas apa yang jadi dia masih nak ke kelas ?

Entahlah" apa yang ada dalam fikiran dia aku pun tak tau, padahal lagi baik kalau dia terus berehat

Lepas apa yang jadi, aku pun sokong apa kau kata

Dia " sekarang tidak diterima di kelas bahkan rakan sekelasnya pun menjauhkan diri dari sensei

“Apa yang aku dengar dia sampai dijahili di kelasnya

Ya" walau dia si Fahziq yang hebat tapi seeloknya dia menjaga dirinya mental dah fizikal

Serentak padangan mereka bersamaan terkunci di sebuah bilik yang di dalamnya orang yang mereka bualkan berada .

Sementara itu Fahziq yang berada di dalam bilik memeriksa telefon bimbitnya kerana terdapat notifikasi

Dalam masa 2 hari ini Fahziq jarang memeriksa telefon bimbit kerana tiada keperluan

Lampu notifikasi telefon bimbitnya selalu menyala tapi itu kebiasaan mesej yang dihantar kepada Fahziq dalam bentuk cacian oleh rakan sekelasnya jadi Fahziq selalu mengabaikannya

Akan tetapi mesej yang satu ini tidak dapat dia abaikan

Kita perlu berjumpa.

Itu adalah sebuah mesej dari guru kelasnya Fatin Liyana

Baik

segera Fahziq membalas mesej itu

grikkkkkk

Bell dan Rena yang sekarang berada di koridor terdengar bunyi gesekan dari dalam bilik itu

“ Bunyi apa itu ?

Jangan-jangan.....

“ Bell kenapa ?

Dengan bergegas Bell lari ke arah bilik Fahziq dan menarik tombol pintu

Disebalik pintu tiada lagi hawa keberadaan bilik itu kosong dengan tingkap yang terbuka

Sial" padahal aku hanya leka sekejap

Kata hati Bell

Mana" Fahziq ?

Grmmmmm.... INI SALAH KAU !!!!!

EHHHhhhhh!!!!!?

“ KALAU KAU BERAMBUS CEPAT DARI SINI IMI SEMUA TIDAK AKAN TERJADI!!!

Marah Bell kepada Rena

Kurosaki Momo merasa kan telefon bimbitnya bergetar dari poket seluar miliknya

Momo " ada Apa ?

Tanya Chin yang heran Momo secara tiba-tiba memeriksa telefon bimbitnya

Bell mesej aku , Fahziq lari lagi dari bilik dia

ouh " apa dia cuba masuk ke kelas lagi ?

Entah ” aku pun tak tau

Hmm .... Momo apa kau dah dengar tentang Fahziq yang sabotaj kelas dia sendiri ?

Ouh.... dah.....

Kau rasa apa motif dia agaknya ?

Di sini Momo terdiam sambil melihat kebawah

eh Momo .. eh Momo MOMO!!!

Ah " apa dia ?

Aduh " aku tanya pasal motif Fahziq kau rasa apa motif dia sabotaj kelas dia sendiri

Ouh" haa.... entah lah...

Momo kau ni kenapa ? berangan pulak

Aku rasa" mungkin sebab penat , kita baru habis ujian 2 hari lepas jadi mungkin aku masih penat sebab tu

Yelah" tu

Di jeda tadi Momo berfikir memang tiada keuntungannya bagi sesiapa mensabotaj kelasnya sendiri tapi alasan remeh seperti dengki atau tidak berpuas hati dengan rakan sekelas mungkin boleh dipertikaikan jika orang itu bukan Fahziq

Semasa ujian pertengahan tahun 2 hari lepas terdapat humor jika salah seorang dari murid di dalam sebuah kelas gagal dalam ujian maka seluruh murid di kelas tersebut akan gagal

Di kelas E iaitu kelas dimana Fahziq ditempatkan terdapat budak bermasalah dalam mata pelajaran tertentu untuk itu satu kelas nekad mencari kertas soalan bocor untuk murid bermasalah itu

Entah macam mana salah seorang dari mereka berjaya mendapatkannya dengan itu seisi kelas merasa mereka telah lulus .Tapi di hari ujian berlaku perkara di luar jangkaan

Fahziq melaporkan bahawa terdapat kertas soalan bocor di kelasnya dan seisi kelas digagalkan dalam ujian tersebut melainkan Fahziq yang dikenakan pengecualian atas tindakan yang dikira cemerlang dalam kalangan guru.

Tapi , itu tidak bererti apa-apa

Jika tujuan dia ingin naik ke kelas C itu tidak mungkin kerana mesti dia tahu syaratnya adalah 3 pelajar terbaik di ujian akhir tahun saja yang akan naik kelas

Jadi, posisi nombor 1dia di dalam kelas tidak bererti apa-apa

Tapi" Momo sebelum itu kan dah ada khabar angin terdapat pertarungan minda antara Fahziq dengan Amira arisu dari kelas A menurut kau apa ada kaitan dengan motif Fahziq?

Aku" rasa mungkin,

Mungkin ?

Yup" contohnya syarat menangnya adalah dengan menjatuhkan sebanyak mungkin murid di kelasnya sendiri

Ermm " tapi aku rasa kalau syarat menangnya macam tu bukan ke merugikan kelas dengan diri sendiri?

Sebab" tu aku kata.......apa itu rancangan dia ?

Kenapa " Momo ?

Tak" ada apa-apa

Tapi dengan banyaknya murid yang gagal dalam sebuah kelas markah yang diperoleh tidak akan sampai 60 kan Momo ?

Betul" mungkin situasi kelas E sekarang boleh dikatakan dihujung tanduk

Markah kelas adalah sistem dimana markah di ambil kira dari purata markah murid di dalam ujian sebuah kelas

Jika markah di bawah 60 bererti akan ada hukuman yang dikenakan

Bentuk hukuman itu sendiri adalah 5 murid dengan markah terendah akan dikeluarkan dari pada akademi

Dengan semakin ramai murid yang dikeluarkan semakin susah untuk sebuah kelas mencapai nilai 60 dan jika itu berterusan mungkin sesebuah kelas itu akan dibubarkan

Ini sudah diterangkan di hari pertama sekolah

Momo kau ada nampak guru Fatin ?

Kedua gadis itu Momo dan Chin tersentak apabila seseorang yang menjadi topik perbualan mereka secara tiba-tiba muncul dari selekoh menuju ke block C yang menempatkan kelas angkatan 3 yang dipisahkan oleh sebuah jalan menuju ke asrama dengan kelas mereka ditempatkan iaitu block D

Tidak" aku rasa mungkin dia berada di pejabat

Tadi" aku dah cari di sana tapi dia tiada

Mungkin" di atap tempat biasa dia berehat

Ok

Fahziq mula mengangkat kakinya untuk pergi dari situ

FAHZIQ!!!!

Mendengar namanya disebut dengan kuat menarik perhatiannya untuk menoleh ke arah suara itu

Tapi bukan Momo yang memanggil nama Fahziq dengan kuat

Chin yang berada di sebelah Momo lah yang memanggil nama Fahziq dengan kuat

Setelah Fahziq menatap wajahnya benak fikirannya mula kaku untuk bersuara dikeranakan takut dengan wajah Fahziq yang menyeramkan

Dia pernah mendengar Fahziq memilih wajah yang agak tampan tapi memiliki wajah begis yang menakutkan juga

Tidak dia sangka wajah Fahziq benar-benar sangat menakutkan dengan jarak yang begitu dekat seperti ini

Apaaaa mmooo...... tiffff

Apa yang kau nak kata ?

Suaranya tidak terkeluar akibat sangat takut dengan wajah Fahziq yang sangat dekat dengan dirinya

Dirinya mula melangkah kebelakang dan kembali mengumpulkan keberaniannya

Momo yang berada di sampingnya merasa heran dengan tingkah laku Chin

Apa motif kau?

Akhirnya suaranya yang jelas terkeluar juga dia berbangga dengan itu

Fahziq hanya diam dan kembali menoleh ke belakang dan mulakan langkah kakinya

Tapi hanya secara tiba-tiba dirinya berhenti

kalau motif tidak dapat aku bagitahu tapi yang aku boleh bagitahu

Tiada apa-apa "

Dan Fahziq kembali berjalan

Eeeee...... geramnya aku , dah lah aku beranikan diri untuk bertanya tapi jawapan dia macam tu je
tapi hebat juga kau boleh berbual dengan dia macam biasa muka Fahziq tu menakutkan lah.....

Entah" mungkin sebab dah terbiasa kot

Terbiasa " dengan ketakutan....... hebat juga kau

Hehehe.... tapi mungkin sebab utama aku masih boleh bergaul dengan Fahziq kerana dulu aku pernah lihat sisi baik dia

Sisi baik ?

Mungkin kau " susah percaya dulu Fahziq tu orang yang ceria dan sangat baik

Wahh" sikap yang macam tu dengan wajah tampan Fahziq huhuhu mesti jadi pujaan perempuan

Chin berkata begitu sambil meledek Momo

Betul aku" dulu sangat terpegun dengan Fahziq tapi Fahziq yang sekarang berbeza sikapnya berubah selepas kami berpisah agak lama

Kalau" macam tu maknanya dia dah lalui pelbagai jalan berduri sampai sikapnya berubah

Momo melihat Fahziq yang berjalan terus menuju ke tangga

Sejak dia berubah aku tidak lagi faham jalan fikirannya masa di Another World , Crystal war ,motif dia sabotaj kelas sendiri bahkan sampai perkataan dia yang tadi “ tiada apa-apa ” aku tidak faham apa yang difikirkannya

Kata hati Momo

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience