Series
622
"Mulut orang memang payah kita nak tutup. Dan, kita takkan mampu nak puaskan hati orang, Riel. Sama macam kamu..." berkerut dahi Riel.
"Sama macam Riel? Maksud mommy?"
"Semua orang persoalkan kenapa Riel tak kahwin-kahwin. Umur dah empat puluhan. Penat mommy nak jawab, tau..."
"Sampai daddy terpaksa menyampuk, Riel, sebab nak pertahankan Riel..."
"Daddy pun?"
"Yelah. Kalau dah sampai ada yang mengatakan anak daddy ni songsang, takkan daddy nak berdiam diri je?"
"Astaghfirullahalazim..." mengucap panjang Riel mendengar kata-kata daddy.
"Riel ni normallah, daddy. Takkanlah Riel ni spesis sukakan kaum sendiri? Riel kawan lelaki pun tak ramai..."
"Daddy tak cakap pun Riel macam tu. Cuma, ada je suara-suara sumbang yang cakap macam tu di belakang daddy, Riel."
"Daddy tak percayakan Riel ke?"
"Daddy percaya anak daddy normal. Tapi, macam yang daddy cakap tadi, mulut orang, Riel, susah kita nak tutup. Nak puaskan hati orang memang tak boleh."
"Sebab tu, daddy cakap tadi, pedulikan pandangan orang lain. Kita jaga Maya sebab kita tak nak apa-apa yang tidak baik berlaku pada Maya."
"Selama hari ni, Maya bebas melakukan apa sahaja, bebas nak ke mana sahaja, asalkan ada yang menemani dan menjaga Maya dari jauh."
"Kata-kata orang ni bukannya dapat bantu kita pun. Silap hari bulan dorang tak peduli apa yang berlaku pada keluarga kita. Yang dorang tahu, busybody jaga tepi kain orang."
"Bukannya daddy tak dengar, ada suara-suara ghaib yang bersuara, mengejek kita tiap kali kita pulang ke kampung."
"Suara ghaib? Maksud daddy?"
"Ala Riel, tahu jelah mak cik pak cik Riel tu. Sibuk tanya bila Riel nak kahwin? Kenapa sekat Maya? Macam-macam Riel. Kalau ikutkan hati mommy ni, memang dorang dah kena."
"Tapi, dorang ni mana makan saman. Jadi, mommy, daddy ambil pendekatan diamkan diri je. Lagi dilayan, lagi menyakitkan hati. Kita diam, lama-lama dorang pun diamlah bila soalan mereka tak berjawab."
"Hurm, tu memang menempah masalahlah tu..."
"Sudah tu. Tak perlu nak bertegang leher dengan orang sebegitu. Buat sakit hati je. Kita dah tahu perangai dorangkan, so, biarkan je..."
"Bukan macam tu, daddy. Mak sedara, pak sedara yang sibuk sangat hal kita, majoriti anak-anak dorang yang bergelar sepupu Riel pun bukan berjaya."
"Hidup masih berharap pada mak bapak? Jadi, kenapa perlu sibuk jaga tepi kain orang?"
"Inilah mentaliti orang-orang kampung, Riel..."
"Kekadang bukan masalah orang kampung, mommy. Ini spesis manusia yang tak boleh tengok orang lain lebih berjaya dari diri dia sebenarnya. Dia rasa tercabar. Tapi, dalam masa yang sama dorang tak pernah berusaha pun nak majukan diri..."
"Hai, dalam maksud Riel tu..."
"Riel dah kena dengan Mak Lang Milah hari tu."
"Mak lang Milah? Bila Riel jumpa dia?"
"Mommy lupa, lima bulan rasanya, lepas kita balik kampung, kahwin anak Mak Lang Milah, si Kamal dengan anak orang kaya tu. Buat kahwin besar-besaran, tapi berhutang."
"Berhutang? Daddy tak tahu pun..."
"Riel dengar dari Mak Teh Aini masa Riel temankan Maya masuk dalam rumah sebab Maya nak buang air. Mula-mula tu, mak lang tanya Riel bila nak kahwin. Lepas tu, mak lang sindir Riel macam-macam."
"Kononnya, dia dah lega lepas Kamal dah berkahwin dengan anak orang kaya. Lepas ni, hidup mak lang dan pak lang dah tak susah sebab ada menantu kaya."
"Riel jawab apa?"
"Tak jawab apa pun, daddy. Riel senyum je walau dalam hati ni rasa nak menyumpah."
"Baguslah tindakan Riel tu. Diam je, Riel."
"Memang Riel diam je, daddy. Riel tahu, Riel menjawab nanti, mak lang kata Riel kurang ajar walaupun, mak lang yang sebenarnya kurang ajar dengan Riel."
"Ingatkan itu je yang mak lang nak tanya. Mak lang menekan-nekan Riel suruh kahwin je dengan pilihan keluargalah. Mak lang siap cakap nak kenalkan Riel dengan anak buah pak lang kat bandar tu. Budak tu baiklah, cantiklah."
"Time tu Riel bersuara. Riel cuma cakap, Riel tak berminat. Mak lang terus cakap Riel ni spesis kunyitlah, pilih jantanlah, suka kaum sejenislah..."
"Waktu tu Riel memang hilang sabar. Tapi, belum sempat Riel bersuara, mak teh dah mencelah."
"Mak teh menyindir, kalau kahwin pun sampai nak kena buat pinjaman, baik tak payah kahwin. Belum tentu anak orang kaya yang jadi menantu mak lang tu mampu nak bantu mak lang bila mak lang susah nanti. Terus mak lang terdiam."
"Hah, eloklah tu. Mak teh kamu tu memang tak suka dengan cara mak lang kamu tu. Asal buka mulut je, memang suka menyakitkan hati orang. Tak berubah langsung. Dah tua-tua ni, sudah-sudahlah tu..." celah mommy.
"Tapikan, mommy daddy, apa yang mak teh cakap tu ada betulnya."
"Apa yang betul?"
"Kamal, anak mak lang kahwin buat pinjaman."
"Dah tu, kenapa?"
"Tak pernah-pernah mak lang atau Kamal call Riel, bulan lepas, lepas mak lang call, Kamal pula call Riel." mommy, daddy bertukar pandangan.
"Mak lang ngan Kamal call Riel? Kenapa tak cakap dengan mommy, daddy?"
"Ala, tak perlu kot. Riel dah handle."
"Dorang nak pinjam duit ke?"
"Apa lagi, mommy? Seumur hidup Riel tak pernah dorang call, tanya khabar. Nak bertegur sapa kat rumah arwak nenek pun tak pernah Tiba-tiba call nak pinjam duit kat Riel. Memang tidaklah..."
"Haish, berani pula bila berkaitan duit, ya?"
"Tulah, mommy. Riel pun terkejut. Nombor dorang pun Riel memang takde. Jadi, masa dorang call, Riel terkejut. Rupa-rupanya, nak pinjam duit."
"Dah kenapa sampai nak call Riel?"
"Mula-mula tu kononnya nak minta maaf sebab abaikan Riellah, buat terasa hatilah. Tapi, dalam masa yang sama, nak pinjam Riel duit. Banyak pula. Ingat Riel ni bank, ke?"
"Berapa banyak tu, Riel?"
"Mak lang nak pinjam lima ribu ringgit. Kamal nak sepuluh ribu ringgit."
"Ya Allah, apa gilanya dua beranak ni?"
"Hari tu bukan main berlagak lagi dengan Riel. Kamal dah kahwin dengan orang kaya, senang hidup mak lang. Sekarang, kenapa sampai nak pinjam duit kat Riel?"
"Lima ribu, sepuluh ribu, banyak tu..."
"Banyak, daddy. Riel pun tak pernah pegang duit banyak tu..."
"Kalau ada pun, Riel memang takkan bagi pinjam. Kalau dah sekali kita bagi dia pinjam, dorang akan sentiasa nak pinjam lagi. Dah jadi habit pula."
"Betul ke apa yang Riel buat ni daddy?"
"Betul apa yang Riel buat tu. Bukan tak nak bantu. Tapi, dari awal dorang dah tunjuk perangai dorang yang bermasalah ni. Alih-alih cari kita semata-mata nak pinjam duit. Orang macam ni tak boleh dibagi muka."
"Pelikkan. Dah ejek, sindir, kutuk Riel macam-macam, lepas tu sanggup tebalkan muka nak pinjam duit..." keluh Riel.
"Patutlah lepas tu, mak lang kamu telefon mommy."
"Mak lang call mommy?"
"Kenapa abang tak tahu?"
"Abang tak yah risau. Saya dah sekolahkan si Milah tu. Sepatutnya, dia cari abang. Abang ni abang dia. Bukannya saya."
"Mungkin sebab mak lang fikir, kalau mak lang pinjam kat daddy, daddy takkan bagi pinjam. Jadi, mak lang cuba call mommy. Manalah tahu, mommy sudi pinjam duit..."
"Oh, tidaklah. Memang mommy takkan bagi dia pinjam. Mak teh kamu dah ingatkan mommy suruh berhati-hati dengan mak lang kamu. Kata mak teh, mak lang tu suka meminjam. Tapi, liat nak bayar. Tu yang mommy teringat tu..."
"Bukan sorang dua yang tuntut duit yang mak lang kamu pinjam."
"Apa yang si Milah tu buat dengan duit yang dia dapat setiap bulan tu? Bukan sikit dia dapat, nak dekat seribu ringgit sebulan..."
"Duit apa tu, daddy?"
"Duit sawah yang dia sewakan kat orang kampung seberang. Kami, adik-beradik ni tak tahu menahu langsung hal sawah tu sampailah mak teh mengadu. Rupanya, dalam diam mak lang kamu sewakan sawah tu."
"Allahuakhbar. Kenapalah sanggup buat macam tu? Itukan tanah abang dengan adik-beradik abangkan?"
"Itu yang abang soalkan. Abang dah cakap takpelah, ambillah duit tu, dengan syarat serahkan bahagian mak teh, mak ngah anak arwah ucu. Dorang berhak ke atas duit sawah tu."
"Dah tu, Milah serahkan tak?"
"Dua, tiga bulan awal tu. Lepas tu, Milah dah sapu semua duit tu."
"Jadi, anak arwah mak cu, mak ngah, mak teh tak dapatlah duit sawah tu?" daddy gelengkan kepala bersama keluhan berat dilepaskan.
"Tapi, setiap bulan daddy tak lupa transferskan sikit duit buat mak ngah, mak teh ngan anak arwah mak cu kamu. Hanya itu yang mampu daddy bantu."
"Tamak! Tamak haloba! Tak cukup ke dengan duit yang dia ada sampai nak makan semua duit orang?" omel mommy dengan nada marah.
"Orang macam ni memang takkan pernah rasa cukup, mommy. Sebab tu dia sentiasa nak pinjam duit sebab perangai beginilah. Seronok makan duit orang. Tamak sangat dengan harta dunia. Sebab tu, sentiasa tak cukup."
"Kalau begini, sampai mati pun mommy takkan bagi pinjam mak lang kamu anak-beranak duit. Biarlah orang kata mommy kedekut. Tapi, kalau dah begini perangainya, emm, takpelah. Baik mommy sedekahkan duit kat rumah anak-anak yatim. Lagi banyak pahala mommy dapat..."
"Sudahlah tu. Lepas ni berhati-hati dengan semua orang terutama mak lang. Biarlah dia cakap apapun pasal kita. Asalkan kita tak macam dorang." ujar daddy sebelum melangkah naik ke tingkat dua di rumah agam itu.
"Err, mommy hari kahwin si Kamal tu, mommy bagi berapa kat mak lang?" bisik Riel.
"Seratus je. Tapi, rasanya daddy bagi lebih kot. Yelah, yang kahwin anak lelaki tunggal mak lang kamu. Riel ada hulur ke kat mak lang?"
"Riel bagi kat Kamal je. Dua ratus dalam angpau."
"Takpelah, Riel. Yang tu kita halalkan je duit tu."
"Memang Riel halalkan. Tapi, lepas ni sorrylah. Takde Riel nak bagi duit lagi. Kalau ada wedding pun, Riel nak bagi hadiah je. Tak kisahlah hadiah tu mahal ke, murah ke. Yang penting no more money for them..."
"Emm, yelah. Mommy nak masuk dapur. Nak masak makan tengahari. Sekejap lagi, daddy tegur pula kita tak sudah-sudah mengumpat hal keluarga daddy."
"Ala, baru nak sambung mengumpat dengan mommy." seloroh Riel.
"Jangan nak mengada. Nak jadi busybody pula ke?" balas mommy dengan jelingan tajam.
"Hihihi... Nak gurau pun tak boleh..." mommy berlaku ke dapur sebelum Riel menatap telefon bimbitnya di mana Kamal baru dua hari lepas menghantar pesanan untuk meminjam seribu ringgit dari Riel.
"Seronok korang anak-beranak makan duit orang, lepas tu nak pinjam duit lagi? Dahlah kutuk aku, sindir aku tak kahwin-kahwin. Kau hina anak buah aku. Alih-alih nak pinjam duit aku. Sorrylah. Go to hell!" bebel Riel sebelum terus memblok nombor telefon Kamal dan mak langnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Macamana, Mal? Dapat ke duit lima ribu tu?"
"Mana nak dapat, mak. Riel dah blok nombor Mal."
"Ish, budak setan tu. Dia memang sengaja tak nak tolong kita."
"Mak tak cuba telefon pak long ke?"
"Mak dah cuba, Mal. Pak long kamu tak nak tolong mak lagi."
"Ala, mak tak pandai pujuk kot. Telefonlah lagi. Cakap elok, merayu bagai. Makkan pandai merayu, berlakonlah sikit..."
"Eh, Kamal. Kamu yang nak guna duit tu. Kamu carilah sendiri. Semua nak mak yang pinjam sana sini, kenapa?"
"Ala, mak... Mana Mal nak cari duit tu?"
"Yang kamu bodoh sangat ikut cakap bini kamu tu, kenapa? Cakap jelah yang kamu tak mampu."
"Kalau Mal tak tunaikan hasrat Manisah, nanti Manisah merajuk."
"Dia punya merajuk, kamu sibukkan. Dah tahu tak mampu, buat cara tak mampu. Nak sangat bini orang kaya, hadaplah..."
"Dah mak yang tolak Dini sebelum nikan? Mak yang cakap tak nak menantu miskin. Nak menantu kaya, senang mak nak tumpang senang nanti..."
"Jadi, kamu nak salahkan mak?"
"Yelah. Memang salah mak. Mal dah nak kahwin dengan Dini, mak halang. Mak yang cakap tak nak Dini sebab dia orang miskin, anak yatim piatu."
"Sekarang, dapat menantu kaya pun mak bising lagi."
"Mana mak tak bising. Bini kamu tu tak reti nak tolong langsung mak kat rumah ni. Bangun dah nak tengahari. Sarapan pun mak yang buat. Nak tolong kat dapur jauh sekali."
"Mak tahukan Manisah tu anak orang kaya. Dia mana pernah masuk dapur. Semua orang gaji dia yang buat kerja kat rumah dia."
"Itu rumah dia. Ini rumah mak. Balik sini, kenalah bantu mak buat kerja. Ini tak, mengangkang je dalam bilik tu. Mak ni mak kamu, Mal. Bukannya orang gaji kamu laki bini!"
"Sebab tulah Manisah tak balik rumah mak ni. Mak tu banyak sangat mengomel. Sesekali kami balik, kami nak gak berehat. Kami berdua penat bekerja, mak."
"Orang lain pun kerja juga. Boleh je tolong buat kerja! Bini kamu tu pemalas!"
last chapter untuk bacaan percuma... bab 5 sehingga penamat akan dilock ya... harap maklum
Share this novel