Series
622
"Tapi, Riel tak nak bakal isteri Riel campur urusan Riel bila berkaitan keluarga."
"Riel takut, bakal isteri Riel tak mampu terima kehadiran Maya. Sedangkan Maya kita dah jaga dari saat dia dilahirkan."
"Itu salah, Riel." tegur mommy, lembut penuh dengan sifat keibuan.
"Bila kita berkahwin dengan seseorang, kita bukan berkahwin dengan diri dia je. Kita berkahwin dengan seluruh keluarga dia. Bermaksud, keluarga dia, keluarga Riel juga. Begitu juga, keluarga Riel, keluarga dia juga."
"Jadi, Riel tak boleh cakap keluarga adalah priority Riel. Mommy tak pernah setuju dengan sikap orang begini. Bila kita dah berkahwin, bermaksud, pasangan kita adalah priority."
Tapi..."
"Cuma, jangan abaikan ibu bapa dan keluarga kita. Itu je... Riel faham apa yang mommy katakan ni?" Riel lepas keluhan.
"Faham, mommy..."
"Mommy bukan nak ajar Riel yang bukan-bukan. Cuma, dalam perkahwinan ni, kejujuran, komunikasi, toleransi adalah asas utama. Takde benda ni semua, pincanglah sesebuah perkahwinan tu."
"Mommy dah boleh jadi pakar motivasi..." usik Riel.
"Dahlah. Malas mommy nak cakap dengan Riel ni. Mommy penat berbebel bagi nasihat, boleh pula dia usik kita." Riel tertawa kecil.
"Mommy ni pun, Riel belum nak kahwinlah..."
"Tapi, tak salahkan mommy bagi nasihat?"
"Salah tu tidak. Tapi, mommy buat Riel seram..."
"Hish, bertuah punya budak. Malas mommy nak layan Riel. Baik mommy ke belakang tengok kebun bunga mommy tu..." Riel tertawa kecil dengan telah mommy.
"Eh, mommy dah minum ke?"
"Kamu makanlah dulu, Riel. Mommy tunggu daddy kamu turun. Sibuk sangat dengan telefon dia sejak pagi tadi..."
"Ada projek baru kot?"
"Yelah tu. Tadi, Datuk Hamid yang call. Lepas tu, Datuk Shamil... Ah, pening mommy. Dahlah, Riel minum dulu. Mommy nak tengok kebun bunga mommy tu."
"Nak tunggu bunga kembang dalam rumah ni, entah bilalah mommy boleh tengok..." sindiran mommy mengenai batang hidung mancung Riel.
"Mommy ni sindir Rielkan?" mommy jongketkan kedua bahu sebelum berlalu. Riel lepas keluhan.
Bukan Riel tak mahu mencari teman hidup. Sudah dua orang wanita yang Riel tolak selepas keduanya hanya mahukan kesenangan hidup selama bercinta dengan dirinya.
Bahkan, kedua-duanya enggan menerima Maya walau mereka bakal berkahwin dan duduk serumah. Itu yang membuatkan Riel mengambil keputusan untuk terus membujang.
Bagi Riel, tidak menerima Maya bermaksud mereka tidak menerima syarat-syarat yang telah Riel tetapkan. Syarat Riel, Maya lebih penting dari menjaga hati orang lain termasuk bakal isterinya.
Cinta pertamanya, Rozana, Riel kenal ketika kedua-duanya belajar di luar negara dalam jurusan yang sama. Berjanji akan bersatu usai tiba di tanahair.
Namun, percintaan mereka hanya bertahan selama empat tahun sebelum putus di tengah jalan gara-gara Rozana enggan menerima kehadiran Maya yang dikatakan mengganggu privasi hidup mereka berdua kelak.
Riel akui dirinya dengan Maya cukup rapat bagaikan seorang bapa dengan anaknya. Tetapi, Rozana tetap enggan menerima Maya. Bagi Rozana, dia hanya cintakan Riel dan bukan keluarga Riel.
Apatah lagi, Riel mahu mereka berdua menetap di banglo keluarganya sebaik mereka bersatu nanti. Permintaan Riel ditolak mentah-mentah oleh Rozana sehinggakan Rozana memaksa Riel membuat pilihan antara dirinya dan Maya.
Riel yang berada di dalam situasi keliru dan serba-salah mengambil keputusan untuk memutuskan percintaan mereka tiga bulan sebelum tarikh pertunangan yang telah dijanjikan kedua-dua keluarga.
Memang pada awalnya, Riel begitu kecewa dengan keputusan ini. Tapi, Riel tetap optimis, akan ada insan yang mampu terima Maya dan keluarganya dengan ikhlas suatu hari nanti.
Cinta kedua Riel juga gagal di tengah jalan dan hanya bertahan kurang setahun. Walaupun, sudah mengenali Ashira sejak dari zaman sekolah menengah, itu bukan tiket untuk mereka bersatu.
Ashira, pada mulanya dapat menerima kehadiran Maya dan keluarga Riel. Namun, hati Ashira berubah saat melihat keakraban Riel dan Maya tak ubah seperti pasangan kekasih sekaligus membuatkan Ashira merasa kurang senang.
Flashbback #
"Sorry, sayang... I lambat sikit..." ujar Riel sebaik muncul di depan Ashira di cafe kegemaran mereka berdua sejak mula bercinta. Satu kucupan dilabuhkan di pipi Ashira.
"It's okay... I pun baru je sampai..." balas Ashira seraya menyilangkan kaki sehingga menampakkan paha gebunya.
"Sejak bila you berani 'daring' macam ni?" soal Riel saat terpandang paha putih Ashira. Selama hampir setahun menyulam cinta, Ashira yang Riel kenal, tidak pernah memakai pakaian yang menjolok mata. Tetapi, berbeza hari ini.
"I memang selalu pakai macam ni. Cuma, selama dengan you I jaga pemakaian I..." Riel kerut dahi. Riak wajah Ashira seolah-olah menyimpan seribu kesakitan yang hanya Ashira yang tahu.
"Well, apa yang penting sangat you nak jumpa I sekarang? I kan dah janji nak jumpa you malam nanti..." Ashira simpan senyum.
"Riel, do you love me?" berkerut dahi Riel dengan soalan yang Riel rasakan Ashira tahu jawapannya.
"What do you mean, sayang? Kenapa tiba-tiba tanya soalan ni? You tahukan I memang cintakan you. I sayangkan you..."
"Tapi, I tak rasa semua tu, Riel..."
"Apa maksud you, sayang? You...you ada orang lain ke selain I?" lambat Ashira gelengkan kepala.
"I rasa you, Riel. You ada orang lain selain I dalam hidup you..." tersentak Riel.
"Apa yang you merepek ni, sayang? I takde sesiapa selain you."
"Sayang, apa yang mengganggu you ni? You ada masalah ke? Mind to share?" tangan Ashira cuba dipegang. Namun, cepat-cepat Ashira tarik tangan dari disentuh Riel. Riel tersentak dengan tindakan Ashira.
"Sayang, kenapa ni? Apa masalah you ni?"
"Masalah I is you..."
"I? Apa yang I dah buat, sayang? Boleh tak you straight to the point. I tak faham..." Ashira tarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya perlahan-lahan.
"Sayang, kenapa ni? Boleh tak jangan buat I takut..."
"I nak kita putus, Riel..." melongo mulut Riel.
"I tak nak lagi ada apa-apa hubungan dengan you..." perlahan, namun masih dapat Riel dengar.
"Tapi, kenapa sayang? Apa salah I? Kita dah nak bertunang lagi tiga bulan."
"I...I tak boleh bersama you, Riel..."
"Tapi, kenapa? Atas alasan apa? Kalau I salah, tegur I. Bukan terus buat keputusan terburu-buru begini..."
"Sayang, jangan buat I macam ni. I sayangkan you..."
"Kalau you betul-betul sayangkan I, lepas nikah, kita duduk sendiri. I tak kisah kalau terpaksa duduk di rumah flat sekali pun. Asalkan kita berdua je..." Riel mati diksi.
"I tak minta lain, Riel. I hanya nakkan privasi antara kita berdua tanpa family you. Lagi-lagi, anak buah kesayangan you tu. Sumpah, I tak selesa sangat..." Riel masih membisu.
"I tahu permintaan I ni takkan mampu you penuhikan? Sebab tu, I buat keputusan untuk putuskan hubungan kita."
"Cukuplah sepuluh bulan ni kita bersama. Kalau permintaan kecil I tu pun you tak mampu nak penuhi, I minta maaf, Riel. I memang tak mampu nak terus bertahan dengan you."
"Belum kahwin pun, you dah buat keputusan tanpa berbincang dengan I. Bayangkan kalau I dah jadi isteri you nanti. Dahlah kena duduk kat rumah family you." Riel hanya mampu mendengar luahan hati Rozana.
"I kena hadap family you, anak buah you lagi. I...I tak mampu, Riel."
"I puas bersabar dengan karenah family you, anak buah you. Tapi, I bukan manusia penyabar, Riel. Melihat keakraban you dengan anak buah you tu, buat darah I mendidih. I jadi bengang, menyampah, meluat..."
"I tak nak terus simpan perasaan dendam dan marah pada you sekeluarga. Jadi, ini jalan terbaik untuk kita berdua, Riel. Takde siapa akan halang you untuk bermesraan dengan anak buah kesayangan you tu..."
"Jadi, selama ini you tak ikhlas dengan I?"
"Jangan perangkap I dengan soalan yang bakal memakan diri you sendiri, Riel..."
"I tak tahu apa hubungan you sebenarnya dengan budak yang you katakan anak buah you tu..."
"She's my niece, Ashira! Maya anak arwah abang I yang I dah bela sejak lahir. Kenapa you tak percayakan I, Ira?"
"Anak buah? Itu anak buah? Tapi, layanan you kat Maya melebihi layanan you pada I!"
"Ira, please..."
"Keputusan I muktamad! Kita putus! We're over, Riel!" Riel hanya mampu memandang tanpa menahan Ashira berlalu pergi.
Flashback end #
"Eh, Dinda... Kau ni, kenapa? Monyok je muka kau dari tadi. Kau tak sihat ke?"
"Aku okey je. Cuma, pening kepala sikit."
"Maybe sebab cuaca panas ni kot..."
"Ya kot. Nasib baik kau ajak gi tempat air terjun ni. Takde rasa panas sangat."
"Aku sebenarnya nak ajak gi pantai. Tapi, aku fikirkan cuaca panas ni. Nanti, habis kulit aku. Dahlah kulit aku tak macam kulit kau..."
"Apa pula nak bezakan kulit aku dengan kulit kau? Kulit kitakan sama je..."
"Tak samalah. Kulit kau cerahlah, Dinda. Jealous aku tau..."
"Takde maknanya, Maya... Kulit kau pun cerah."
"Tapi, tak se'glowing' kau..."
"Mana punya bahasa kau guna ni? Se'glowing'..." usik Dinda seraya tertawa kecil menampakkan barisan gigi putihnya.
"Emm, Maya... Aku nak tumpang tidur kat rumah kau dua hari ni boleh tak?"
"Kau nak tumpang tidur?"
"Ha'ah... Ibu ngan babah aku nak balik kampung. Dorang nak guna kereta. Jadi, aku kena tinggallah sebab kalau aku ikut, tak selesa pula adik-adik aku tiga orang tu..."
"Aku faham. Jadi, sebab itulah kau tayang muka cemberut ni?" Dinda tersengeh.
"Aku seganlah, Maya. Aku dah selalu susahkan kau..."
"Kau ni, Dinda. Aku gigit kau nanti, baru kau tahu. Dah banyak kali aku cakap, jangan sesekali kata kau susahkan aku. Aku tak sukalah..."
"Kita dah lama berkawan, Dinda. Dari sekolah rendah lagi. Kalau aku ada masalah, kau yang selalu tolong aku. Kalau aku tak tahu nak cari jawapan, kau yang bantu aku."
"Kita dah macam adik-beradik lain mak bapak je..." tertawa kecil Dinda dengan bebelan Maya yang mencuit hati.
"Kau memang bercita-cita nak jadi pelawak, eh?"
"Ala, kau macam tak biasa pula. Kau tahukan aku tak suka tengok muka cemberut kau tu. Dahlah. Jom, kita mandi. Kita ada lebih kurang sejam sebelum times up..."
"Tapi, kau confirm ibu babah kau dah izinkan kau tidur kat rumah aku?"
"Dah. Ibu babah pun rasa malu sebab..."
"Dah, dah. Jangan nak sambung bebel benda yang sama. Aku tak suka. Nanti kau inform parents kau, bagitahu kau tidur kat rumah aku."
"Terima kasih, Maya. Aku tak tahu nak cakap macamana lagi..."
"Tak payah cakap. Tutup mulut. Jom mandi..." Dinda lorek senyuman sebelum membontoti Maya ke kolam buatan.
Buk!
"Auch!" terjelepuk Dinda ke lantai sebaik bertembung dengan Riel yang jauh lebih besar dari tubuhnya.
"Kau siapa?" soal Riel tatkala tidak dapat menatap wajah manusia yang sudah bertembung dengannya sebentar tadi.
"Aduh, sakitnya punggung..." adu Dinda seraya menggosok punggungnya.
"Uncle Riel?" Dinda mendongak.
"Dinda?" Dinda mengangguk seraya menganggukkan kepala. Tangan masih menggosok punggung degan kerutan di wajahnya.
"Bangun, Dinda. Sorry, uncle tak perasan. Bila dinda sampai?" Riel membantu Dinda bangun. Walaupun Dinda segan, tapi, Dinda terpaksa lantaran masih terasa sakit di bahagian punggungnya.
"Tadi, dengan Maya. Maaf, Dinda tak minta izin dengan uncle nak tumpang dua malam kat sini. Ibu dan babah bawa adik-adik Dinda balik kampung. Kereta tak muat."
"Takpe, uncle faham. Lagipun, Dinda bukan tak biasa kat rumah nikan?" Dinda simpan senyum.
'Comel' getus hati Riel melihat senyuman Dinda.
"Dinda okey tak ni?"
"Okey... Sakit sikit je..."
"Betul ni? Nak uncle bawa pergi klinik?"
"Eh, takpelah uncle. Tak serius mana pun. Maaf, Dinda nak masuk bilik."
"Hati-hati, Dinda..."
"Baik, uncle..." entah kenapa Riel rasa selesa dengan kehadiran gadis itu. Ini bukan kali pertama Riel bertemu dengan Dinda.
Sejak Maya bersekolah rendah, Dindalah yang paling rapat dengan Maya. Ke mana sahaja, mereka akan berdua. Malah, merka digelar belangkas kerana keakraban mereka.
Baik Riel mahupun mommy dan daddynya, mereka kenal dengan keluarga Dinda. Jadi, tiada masalah jika Dinda kerap tidur di rumahnya menemani Maya.
"Eh! Budak bertuah ni. Terkejut uncle..." terkejut Riel saat menoleh, Maya berada di sebelahnya. Entah sejak bila Maya berada di situ, Riel pun tidak perasan.
"Hai, lama tenung anak dara orang..."
"Jangan nak mengarut. Dinda terjatuh tadi."
"Hah? Terjatuh? Kat mana?"
"Kami bertembung. Tak sengaja dan tak perasan."
"Mesti uncle sengaja nak langgar Dindakan?" terjongket kening Riel.
"Jangan nak buat fitnah. Pergi tanya Dinda sendiri. Dari uncle sengaja nak langgar Dinda, baik uncle sengaja kiss Dinda. Lagi gempak..." ulah Riel dengan nada selamba. Melongo mulut Maya.
"What? Serius uncle nak kiss Dinda? Maya cakap dengan Dinda..."
"Eh, eh, Maya!" terhenti langkah Maya yang berura-ura mahu mencari Dinda.
"Uncle guraulah. Takkanlah uncle nak kiss Dinda..."
"Dinda tu kawan baik Mayakan?"
"Manalah tahu citarasa uncle dah berubah nak cari sugar baby pulakkan?"
"Budak bertuah!"
bab kedua. masih boleh dibaca secara percuma
Share this novel