Rate

Bab 1

Romance Series 2497

Kringggg! Dengan bantuan jam loceng warna hitam itu aku dapat bangun tepat pukul 6:30 pagi.Terpisat-pisat mataku ingin membukanya.Untuk seketika aku duduk di birai katil sambil perhatikan beg beroda berjenama Polo yang ingin aku bawa ke Kuala Lumpur lusa.Sejurus selepas itu ,aku ambil tuala yang berada di penyidai tuala sebelah bilik airku lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Selepas habis menunaikan solat subuh,aku pergi ke dapur sebab dari tadi lagi perut aku dah berkriak kriuk .

Masuk sahaja ruangan dapur mata aku terus tertancap kepada tudung saji warna peach yang bersifat lut cahaya yng berada di atas meja makan.Aku buka tudung saji dan nampaknya makanan favourite ku yang terhidang di atas meja.

"yeayyyy! Ibu buat tomyam campur"jeritku riang.Mungkin suaraku ini kuat sangat sampai Puan Ilyana a.k.a ibuku yang berada di belakang rumah pun berlari-lari anak ke dapur sebab ingatkan ada apa-apa yang terjadi kepadaku.Aku hanya tersengih sahaja apabila ibu memarahiku.

Apabila ibu sudah berlalu pergi. Aku terus ambil mangkuk daripada rak tempat letak pinggan dan menyenduk tomyam campur itu.'ahh nikmatnya rasa dapat makan tomyam ni..dah lama tak makan' .Sedang aku tengah makan tiba2 ibuku memecah kesunyian.Entah bila ibu masuk pun aku tak perasan.Yelah sebab syiok sangat makan ni

"Reen,kamu jadi ke pergi ke Kuala Lumpur tu nanti" tnya Puan Ilyana yang sambil itu sedang mencuci tangan di sinki mungkin untuk membasuh semua kotoran yang ada ditangannya akibat daripada bercucuk tanam.Ibu memang suka bercucuk tanam awal2 pagi.Katanya masa awal pagi pokok baru bangun jadi apa salahnya kita melayan pokok itu seperti siram pokok dan membersihkan kawasan sekitar tanaman itu.

"Jadi ibu,lusa Reen pergi..nanti Reen pergi dengan Nia" jawabku sopan sambil membasuh mangkuk yang aku guna tadi.Aku tahu ibu berat hati nak lepaskn aku pergi.

"Tak boleh ke kalau Reen kerja kat sini je.Klau tak sihat pun ibu dengn ayah ada"pujuk Puan Ilyana.

"Ibu bukan ke kita dah bincang pasal ni.Kat Kuala Lumpur kan peluang untuk Reen dapat kerja lgi besar.Lepastu mana tahu, terjumpa jodoh kaya pula kat sana,kan dah senang tak payah Reen nak kena cari kerja sebab dah ada suami.Hehehe "ujarku lembut sambil buat lawak hambar.

"Aikk Reen jangan macam2 ,Reen baru 21 tahun tau.Tak payah nak fikir pasal kahwin.Gataii eh Reen...Nanti cakap terima kasih kat Nia tau sebab sudi ambik Reen lepastu siap bagi tempat duduk free lagi" ujar Puan Ilyana.Kata Nia kalau dah dapat gaji baru bayar kalau tak dapat lagi tak payah bayar.Inilah namanya kawan sejati yang ada ketika susah bukan ketika senang je.

"okay ibu" balasku sambil buat jari tanda ok.

Nia Karlisya merupakan kawan baik aku dari kecil .Dah lah daripada tadika sampai ke tingkatan 6 dapat masuk sama kelas.Nampak tak chemistry antara kitaorg smpai orang kampung selalu cakap yang kami ni kembar.Cenggitulah rapatnya kami.

Lepas sahaja Puan Ilyana masuk ke dalam bilik mungkin untuk membersihkan diri yang sudah melekit-lekit.Aku terus naik ke bilik dan memakai tudung bawal warna hitamku.Aku hanya menggayakannya dengan menyelempangkan satu bahagian tudungku ke belakang dan pin.

Selepas itu,aku ke dapur dan mengambil bakul yang sudah penuh diisi dengan makanan yang sudah dibungkus.Sudah menjadi tugasku untuk menghantar makanan yang ibu masak itu ke warung Pak Yus untuk dijadikan pendapatan sampingan.

Sedang aku pakai kasut baru aku teringt yang aku tak salam Puan Ilyna lagi .Tapi dah tak sempat sebab sudah 7:45 dan aku sepatutnya hantar pukul 8.Perjalanan ini mengambil masa setengah jam sebab aku berjlan kaki .Klau naik motor 20 minit sudah boleh sampai tapi motor ayah,ayah sudah bawa ke masjid . Jadi terpaksalah aku berjlan kaki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience