Rate

Bab 2

Romance Series 2497

Pukul 8:17 aku sudah sampai di warung Pak Yus.Penatnya tak payah cakap lah.Nasib baik cuaca masih tak panas lagi.

"Assalamualaikum Pak Yus.Reen bawa makanan ni."sapaku mesra apabila Pak Yus mendekatiku.

"Waalaikumussalam,ingatkan tadi tak datang sebab kamu tu selalunya pukul 8 dh terpacak kat sini.

"Hehehe.Tadi pagi ibu masak makanan kegemaran Reen tu pasal lah Reen lambat sikit sebab asyik bertambah je"balasku sambil tersengih menampakkan gigiku yang putih ini

"Ouh yelah"ujar Pak Yus sambil mengambil bakul itu dari tanganku lalu dia ke belakang.Beberapa minit kemudian Pak Yus keluar sambil memegang duit daripada hasil masakan ibuku semalam dan menyerahkannya kepada ku.Aku mengucap terima kasih lalu berlalu pergi.

Aku ingin ke kedai runcit sebelah gerai Pak Yus untuk beli barang yang ibuku sempat pesan kepadaku masa di meja makan tadi.Ibu minta aku beli lengkuas,gula pasir,serbuk penaik dan serai.

~~~~~~~~~~~

"Bonda,Zack dah nak pergi"kataku sambil menyalam bonda

"Ok hati2 jalan"balas bonda

Tadi nenda suruh dia pergi beli tepung,serbuk penaik,gula dan telur sebab katanya nak buat kuih.Kuih apa ,dia tak tahu.Dia sebetulnya tak suka duduk di kampung dah lah panas lepastu wifi pun macam chipsmore sekejap ada sekejap tak ada.Yang buat dia makin panas hati sekarang ni sebab dia call tunangnya sampai sekarang tak dapat.Sudah berpuluh kali dia call.

Sampai sahaja di kedai runcit itu, dia pergi ke bahagian yang menempatkan serbuk penaik.Serbuk penaik terletak di bahagian paling atas rak dan dia ternampak seorang perempuan sedang terjengket-jenket untuk mencapai serbuk penaik itu.

"Hishh Pak Mat ni,kenapalah pergi letak serbuk ni tinggi2 ingat aku sampai ke" ngomel Aireen sendirian.Pak Mat merupakan pemilik kedai runcit tersebut

Entah macam mana sedang dia cuba untuk mencapai serbuk penaik itu tiba2 kakinya terseliuh dan bukkk..

'Aikk tak dengar pon bunyi gedebuk ...apasal aku rasa ada tangan kat pinggang aku ni'katanya dalam hati.Perlahan -lahan dia buka mata dan nampak seorang lelaki yang hensem.1saat..2saat..3saat baru dia tersedar yang dia telah TERrenung anak teruna orang.

'Uishh cantik gak minah ni muka ala2 pan asian gitu' kata Zack dalam hati.Dia tersedar apabila Aireen melarikan anak matanya dan memintanya untuk melepaskan rangkulannya di pinggang Aireen.

Aireen yang malu tahap gaban tu hanya menunduk.Aireen dapat rasakan yang dirinya diperhatikan dan telahannya betul apabila dia mengangkat wajahnya dan Zack sedang merenungnya.

"Oiii nak pandang tu boleh tapi jangan lama2 nanti dosa" ujar Aireen untuk menyedarkan Zack.

Zack yang termalu sendiri berkata "Bila masa aku pandang kau,perasan je lebih. kalau muka kau cantik takpe lah juga ni muka macam hantu kak limah".

Ada ke dia cakap muka aku macam hantu.Ini tak boleh jadi."Amboi2 sedapnya cakap muka orang macam hantu kak limah ,dah tu kau tu apa duk meraba-raba pinggang aku tadi,dasar pervert"balas Aireen padu sambil tersenyum sinis

Ada ke minah ni cakap aku pervert ,muka aku terlalu hensem kot tak sesuai ah nak jadi pervert.Dah lah aku tolong dia ,lepastu tak cakap thanks pulak tu."Suka hati kau je kan cakap aku pervert.Aku siap tolong selamatkan kau dari mendapat malu lagi .Bukan nak cakap thank you,hmphh".Zack merengus

"Wahai mamat pervert terima kasih sebab tolong aku tadi.Bye2" ujar Aireen lalu pergi ke kaunter pembayaran sambil melambai tangannya .Nasib baik kaunter tak ada orang jadi cepatlah proses pembayaran ini berlaku.Hulur sahaja duit dia terus pulang ke rumah.Tadi dia bagi duit cukup2 jadi tak perlu lah dia tunggu untuk mendapatkan baki .

~~~~~~~~~~~

"Assalamualaikum" ucapku dan terus mencapai tangan ibuku untuk menyalamnya

"Waalaikumussalam.Kenapa lambat balik? " tanya Puan Ilyana

"Ouh tadi ada orang gila yang Reen nak kena layan"balasku

"Ishhh ada2 ajalah kamu ni"kata Puan Ilyana.Aku terus masuk bilik dan baring di atas katil untuk mengurangkan penatku.

'Nak buat apa ah sekarang'katanya bosan.Dia memandang segenap ruang biliknya dan tertancap kepada baju kotor yang bertimbun dia dalam bakul baju kotor.'Cuci baju lah lepastu nak pack barang untuk pergi Kuala Lumpur'katanya dalam hati.Dia terus bangun dari katil dan angkat bakul baju kotor itu ke dapur untuk dicuci.Ada beberapa pakaian yang ingin dibawanya ke Kuala Lumpur tetapi masih belum dicuci.

Sambil menunggu mesin basuh berhenti dia membuka telefonnya dan mencari iklan yang meminta pekerja di KL.Ada beberapa surat juga yang hantar ke syarikat di KL untuk meminta kerja tapi semuanya masih belum berbalas.Tiba2 matanya tertancap kepada iklan untuk menjadi PA kepada CEO AZ Holding.

'Hmmm , boleh mohon ni.Gaji pun ok gak'.Terus dia tulis surat untuk memohon kerja itu dan menghantarnya di emel yang ditulis di laman web itu.

~~~~~~~~~~~

Sedang dia menonton cerita mission impossible:rogue nation tiba2 ada getaran dari telefon Iphone xr nya menandakan ada emel atau mesej yang baru masuk.Terus dia membuka telefonnya dan menekan aplikasi mail.'Ouh surat nak minta kerja rupa-rupanya'.

Matanya tertancap kepada nama pemohon tersebut 'hmm Aireen Nur Emilia' entah kenapa dia tertarik dengan nama itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience