Usaha Bukan Tangga Tetapi Lif Kejayaan.

Other Completed 690

Selepas kau fikir dan pilih rezeki yang kau nak, kemudian kau USAHA untuk dapatkan apa yang telah kau fikir dan pilih. Usaha bermaksud kau usaha sebaik mungkin untuk mendapatkan rezeki yang kau fikir dan pilih.

Maksudnya, kau boleh pilih dan usaha untuk dapat rezeki yang baik dan halal, kau juga boleh pilih dan usaha untuk dapat rezeki yang buruk dan haram. Kalau nak dapat rezeki yang halal dan baik, apa usaha yang kena buat? Antaranya adalah ;

·      Kau taat perintah Allah dan jauhi laranganNya sungguh-sungguh.

·      Kau jaga amal soleh sebaik mungkin.

·      Kau jaga solat sunat seperti tahajjud, solat dhuha, dan sebagainya.

·      Selalu istighfar dan bertaubat pada Allah.

·      Hampir setiap hari beri sedekah dan bayar zakat.

·      Selalu tolong orang yang dalam kesusahan.

·      Jaga hubungan dengan ibu ayah, adik beradik, suami isteri.

·      Jujur dalam urusan jual beli walaupun ada peluang nak menipu besar.

·      Tidak menipu dalam urusan kerja walau ada peluang nak rasuah dan curi tulang.

·      Tidak menipu dalam peperiksaan walau ada peluang untuk dapat A++.

Dan sebagainya. Banyak lagi usaha untuk dapat rezeki yang baik dan halal insyaAllah. Macam mana pula nak usaha dapat rezeki yang buruk dan haram?

·      Kau langgar perintah Allah dan buat laranganNya sungguh-sungguh.

·      Kau jangan peduli amal soleh. Itu semua orang baik je yang buat.

·      Banyak tidur, banyak makan dan banyak menyusahkan orang.

·      Jangan bertaubat, teruskan bermaksiat. Seronok tu.

·      Sedekah itu apa? Tak pernah ada dalam kamus hidup. Bayar zakat tu bukan standard diri.

·      Selalu tolong orang untuk memberi kesusahan.

·      Hubungan dengan mak ayah, suami isteri dan adik beradik hancur.

·      Menggunakan segala peluang tipu menipu untuk kaya cepat. Sebahagian kecil orang Melayukan suka untung cepat dan tak susah.

·      Selalu curi tulang dengan alasan minum kopi.

·      Selalu bawa “toyol” untuk memastikan kecemerlangan prestasi diteruskan.

Dan banyak lagi cara nak dapatkan rezeki yang buruk dan jahat. Pendek kata, rezeki ini dah ditetapkan, tetapi wajib adakah persediaan untuk dapatkan rezeki.

            Formulanya adalah :

            Ikhtiar dan usaha atau persediaan dapatkan rezeki = wajib

            Keyakinan yang Allah dah tetapkan rezeki = wajib.

Diruang yang kita boleh buat pilihan, kita boleh pilih rezeki yang ikut syarak, dan langgar syarak. Boleh pilih yang jalan pahala, atau jalan dosa. Boleh pilih yang jalan halal, atau jalan haram. Sebelum saya tutup bab ini, saya ada satu teka teki. Premis manakah di antara yang di bawah adalah betul?

“Rezeki ni milik Allah, tapi kita kena usaha..”

“Kita kena usaha, tapi rezeki ini milik Allah..”

Ok saya malas nak teruskan teka teki sebab kau lambat. Jawapannya adalahBERGANTUNG PADA keyakinan dan keimanan kita.

Ada orang yang dah bekerja, dia bekerja bertungkus lumus pagi petang siap malam. Tetapi sayangnya, dia bekerja sampai MELEWATKAN dan MENINGGALKAN solat.

Ada orang belajar, dia belajar sungguh-sungguh sehingga bengkak mata dan penuh kopi dalam biliknya. Tetapi sayangnya, dia belajar sampai MELEWATKAN dan MENINGGALKAN solat.

Sebab apa mereka lewatkan malah tinggalkan solat? Sebab mereka yakin,

“Rezeki ini milik Allah, tapi kita kena USAHA..”

Dia utamakan USAHA iaitu persediaan dulu, baru berserah pada Allah. Akhirnya Islam nombor dua, usaha nombor satu. Sedangkan konsep sebenar adalah TAWAKAL dan YAKIN dahulu, kemudian bismillah jalan.

Kalau kita meletakkan tawakal dan keimanan pada Allah nombor satu, iaitu kita yakin bahawa rezeki itu dah ditetapkan, maka apabila seruan Islam sampai kepada telinga-telinga kita, lantas kita akan utamakan seruan Islam DAHULU baru usaha.

Sebab apa?

Sebab kita yakin bahawa kita memang kena usaha, tetapi akhirnya Allah yang TETAPKAN dan beri rezeki. Berpuas hatilah dengan apa yang kau ada dan berhentilah merungut. Sebab apa?

Ingat, rezeki tidak pernah salah alamat!

Wallahu'alam

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience