Sekarang kita dah faham yang rezeki ini memang akan bagi manfaat. Dan kita pun dah faham apa maksud rezeki yang haram. Rezeki yang halal insyaAllah semua faham, tak perlu ulas panjang. Sebelum saya masuk tentang usaha mendapatkan rezeki yang halal atau haram, saya nak jawab satu lagi persoalan lain.
Apa maksud “milik kita belum tentu rezeki kita”? Begini.
Habis saja graduasi, kau pun menganggur sampai 4 tahun menghabiskan beras dan duit mak ayah. Ye lah, nak tunggu kerja “turun” dari langit dan mesti kena sama standard macam belajar di universiti. Takkanlah nak kerja 7-11, supermarket, KFC dan sebagai. Tak standarddegree lah (kata mereka).
Kau pun dapat bekerja dengan gaji basic RM2000.50 sen. Bolehlah “cover” tak kerja 4 tahun sebelum ini. Kot. Masa kau dah dapat gaji tersebut, adakah kau rasa kau akan dapat manfaat SEPENUHNYA daripada RM2000.50 sen ini? Mestilah TIDAK.
Sebab apa pula?
Contoh kau pergi kedai makan, lalu kau order nasi campur ikan tuna goreng masak sambal tempoyak cili api. Semasa kau sedang seronok menikmati makanan tersebut, tiba-tiba datang kelibat seekor kucing di kaki kau. Dalam ramai-ramai manusia di kedai makan itu, dengan kau jugalah kucing itu nak datang.
Kenapa?
Sebab dalam makanan kau tu, ada REZEKI kucing tu. Itu baru bab makanan. Contoh lain pula, selepas saja makan, kau pun bawa kereta dengan riang rianya tanpa mempedulikan sesiapa. Namun tragedi ngeri telah menimpa diri kau. Kau kena tahan dalam satu sekatan jalan atau nama popular dikalangan anak muda adalah “roadblock”.
Dalam hati kau, ingat kau akan lepas dengan mudah dan bergaya. Tetapi kau silap. Disangka panas sampai ke petang, rupanya dah malam pada pukul 4, sebab musim sejuk. Kau rupa-rupanya TIDAK renew roadtax kereta lagi, kerana dalam perancangan kau akan renew esok. Dipendekkan cerita, kau kena saman masa itu. Hilang RM300.00.
Jadi RM300.00 tu bukan rezeki kau. Itu belum masuk kau bagi anak bini mak ayah makan lagi, belanja jiran sebelah, tercicir duit syiling, adik curi duit dalam dompet dan sebagainya. Akhirnya dalam RM2000.50 sen, yang rezeki untuk kau mungkin cuma hanya RM100.00 saja.
Atau contoh lain, kau pernah beli air mineral 1.5 Liter? Adakah semua itu milik kau? Tidak. Kau sedang minum, tiba-tiba kawan kau minta sedikit air. Biasalah hidup berkawan. Kalau tak nak orang lain minta, jadilah forever alone. Dipendekkan cerita, sebahagian dari air yang kau beli itu adalah rezeki kawan kau.
Share this novel