Series
17
“OH Phantom Byte kata dia ada hal malam ni jadi dia tak dapat datang, tapi dia dah baiki serta kuatkan sistem kita petang tadi.” Jawab Jamal menunjukkan sistem mereka yang sudah diperbaiki oleh Detektif Laya petang tadi.
“Hal apa yang penting sangat sampai tak datang?” Jamal yang memahami pertanyaan Master dengan cepat kembali duduk di kerusinya lalu menekan papan kekuncinya.
Setelah beberapa minit, skrin besar memaparkan sebuah peta dimana terdapat satu tanda dimana kedudukan Detektif Laya sekarang.
“Saya tak minta pun telefon dia malahan dia sendiri yang minta saya letak penjejak dalam telefon dia.” Balas Jamal dengan santai sambil matanya terarah pada skrin laptop.
Moonlit Killer hanya diam, bangun dari tempat duduknya menghampiri skrin besar melihat koordinat Detektif Laya ketika itu.
“Dia ada di mana sekarang?” Jamal dengan cepat menekan dengan laju sehinggalah memaparkan lokasi Detektif Laya.
“Kalau ikutkan koordinat dia ni, dia sekarang ada dekat sebuah kafe.” Moonlit Killer masih fokus pada skrin besar melihat maklumat kafe yang Detektif Laya berada.
Setelah itu, Moonlit Killer melangkah jauh dari skrin lalu melangkah keluar dari ruang tersebut.
Jamal melihat Masternya keluar dari ruang itu menghela nafas lega, “Terkejut aku. Masuk tak bagi salam apa, ni main terjah tanya pasal Phantom Byte. Bukan nak tanya pasal aku.” Bisik hatinya memandang skrin laptopnya.
“Apa pandangan kau tentang dia?” Mendengar satu suara di sebelahnya, dia terus berpaling dan terkejut melihat pembantu Moonlit Killer, Ah Ling berdiri di sebelahnya.
“Hish kau dengan Master sama je perangai, suka buat orang gugur jantung.” Marah Jamal sambil mengurut dadanya yang hampir tercabut sebentar tadi.
“Tak payah terkejut sangat, aku tak terjah kau macam Master tadi. Aku tanya apa pandangan kau tentang dia?” Ah Ling memeluk tubuh menunggu balasan Jamal.
Jamal menghela nafas panjang, “Pada pandangan aku setelah beberapa hari ni, kebolehan IT dia boleh tahan, jauh beza dengan aku.”
“Kau jangan terlalu percaya pada dia. Bila-bila masa je dia boleh perangkap kita, kita tak tahu apa dalam fikiran dia. Kita tak tahu apa rancangan dia. Walaupun dia berjaya masuk dalam kumpulan ni, tak bermakna kita tak perlu berhati-hati.” Balas Ah Ling memandang skrin besar yang masih memaparkan satu location.
“Baiklah, kau tak perlu risau. Aku akan perhati dia sebaik mungkin. Sebab bila dia dah masuk mulut harimau, jangan harap dia dapat keluar saja-saja. Lagipun dia sama macam aku juga, mencari keadilan untuk kedua ibubapa dia.” Ah Ling hanya diam mendengar ayat Jamal lalu melangkah ke pintu ruang tersebut.
Sebelum Ah Ling memulas tombol pintu, dia berhenti seketika apabila mendengar pertanyaan Jamal.
“Detektif Laya tu mengingatkan kau pada seseorang kan? Gaya kau pandang dia, bukan pandangan seorang musuh melainkan pandangan sebab lain. Atau kau suka…”
Ah Ling memulas tombol pintu, membuka pintu seluas alam lalu menghempas pintu dengan kuat menghasilkan satu dentuman yang sangat kuat.
Jamal menutup kedua telinga mendengar bunyi dentuman kuat itu, “Huissh kalau ye pun marah, janganlah hempas pintu kuat sangat. Tahulah pembanti kesayangan Master, kalau pintu ni pecah, siapa yang kena? Aku juga, macamlah Master nak percaya yang kau buat.”
Jamal menggeleng kepala dengan kelakuan Ah Ling lalu kembali kepada kerjanya mencari maklumat para gadis di Kuala Lumpur.
SEMENTARA Asyikin dan Aryan berada di depan sebuah kedai makan lalu mereka berdua melangkah masuk ke dalam.
Semasa mereka mencari tempat duduk, kedengaran suara menegur Asyikin dari belakang.
“Ayoiii tengok siapa datang ni? Cik Luna kita udah datang. Lama tak jumpa kamu, Luna. Apa khabar?” Tegur seorang lelaki India yang memakai apron menghampiri mereka sambil tersenyum pada Asyikin.
“Saya sihat je, Unclu Muthu. Saya pun lama tak jumpa, Uncle. Saya datang sini pun sebab rindu dengan masakan Uncle.” Jawab Asyikin.
“Hoho kamu ini pandai memuji ye? Siapa lelaki ni? Handsomenya, suami kamu ke?” Uncle Muthu menunjukkan tangan pada Aryan yang berdiri di belakangnya.
“Bukan, bukan. Ni Aryan, kawan saya. Aryan, kenalkan ni Uncle Muthu pemilik kedai makan di sini. Saya ajak awak datang sini untuk awak cuba nasi goreng buatan Uncle Muthu yang sedap tak terkata. Mee goreng buatan Uncle Muthu pun sedap juga, awak perlu cuba tau.” Aryan menunduk sedikit kepala seperti isyarat memberi salam kepada Uncle Muthu.
“Ayoii jangan puji banyak sangat nanti susahlah Uncle kalau kamu sentiasa nak makan free. Uncle fikir kamu bawa calon suami kamu, kacak sangat dia ni. Takkanlah kawan je?” Usik Uncle Muthu membuatkan Asyikin tersenyum kecil mendengarnya.
“Haha ada-ada je Uncle ni. Suka je usik saya kan? Kata jelah Uncle rindu nak usik saya.” Uncle Muthu ketawa mendengar ayatnya.
“Haha pandai kamu ni. Baiklah kamu berdua pergi duduk dulu nanti Uncle suruh pelayan ambil pesanan kamu. Uncle akan masak sedap-sedap untuk kamu berdua.” Ujar Uncle Muthu melangkah ke dapurnya.
Asyikin menggeleng kepala dengan kelakuan Uncle Muthu melangkah ke sebuah meja lalu melabuhkan punggung di atas kerusi.
Setelah pelayan kedai datang mengambil pesanan mereka, Aryan memandang Asyikin yang tengah melihat telefon.
Asyikin menyedari pandangan Aryan lalu mengangkat kepala, “Kenapa, Aryan? Awak nak cakap sesuatu ke?” Pada masa yang sama tangannya meletakkan telefon di atas meja.
“Saya tertanya kenapa tauke kedai tu panggil awak dengan panggilan ‘Luna’?”
“Sebab nama penuh saya, Luna Asyikin? Uncle Muthu kata kurang menarik pula nak panggil nama ‘Asyikin’, jadi bila saya bagi nama penuh saya terus dia panggil saya Luna. Jarang orang lain nak panggil saya dengan panggilan tu, tapi saya tak kisah pun janji ada nama sudah.” Aryan mengangguk kepala dengan penjelasan Asyikin.
SETELAH beberapa minit, pesanan mereka pun sampai. Asyikin memesan nasi goreng manakala Aryan memesan maggi goreng.
Pada awalnya dia nak pesan makanan lain tapi setelah dipaksa oleh Asyikin yang menyuruhnya memesan maggi kerana Aryan bagitahu yang dia tak pernah makan maggi seumur hidupnya.
Rasa macam seriuslah padahal maggi tu makanan favourite seluruh rakyat Malaysia. Sebab itulah Asyikin memaksa Aryan untuk order maggi goreng untuk pertama kali.
Aryan melihat pesanannya, kali pertama melihat maggi goreng. “Ni maggi goreng ke?” Tanya Aryan memandang Asyikin yang sedang menongkak dagunya dengan kedua tangan di atas meja memandang reaksi Aryan.
“Ye, ini namanya maggi goreng. Saya tak percaya seumur hidup awak tak pernah makan maggi. Jadi malam ini saya akan perkenalkan maggi untuk awak dan saya yakin awak takkan menyesal bila makan maggi. Cubalah rasa.” Balas Asyikin menunggu reaksi Aryan buat pertama kali makan maggi seumur hidup.
Aryan menelan air liur melihat makanan tersebut, dengan perlahan dia mengambil garpu, mengambil sedikit maggi dengan lafaz bismillah Aryan menyuap maggi tersebut sambil menutup mata.
Asyikin tersenyum kecil dengan reaksi Aryan, “Macam mana?”
Mata Aryan terbuka luas, terkejut dengan rasa makanan yang menyentuh lidahnya. Dia memandang Asyikin dengan perasaan kagum, “Sedapnya, ni first time saya rasa masakan macam ni.”
Asyikin tersenyum puas dengan jawapan Aryan, “Kan saya dah cakap, awak takkan menyesal makan maggi. Saya cuma tak percaya yang lelaki seperti awak tak pernah makan mi segera.” Balas Asyikin mencapai sudu lalu menyuap nasi goreng yang dipesannya.
“Sebenarnya grandpa melarang seluruh keturunannya untuk makan makanan segera kerana boleh memudaratkan kesihatan dan mudah dapat penyakit. Sebab tu dari saya kecil sampailah besar, saya tak pernah sentuh mahupun makan maggi.”
“Tapi hari tu awak makan burger ok je? Awak ada kata yang Dato pernah makan burger sebelum ni kan?” Tanyanya memerhati Aryan yang sedang menikmati maggi goreng.
“Tapi tak selalu lah. Burger ni pun sebab Thoriq paksa saya suruh makan, pada mulanya saya tolak tapi setelah dipaksa macam awak paksa saya sekarang ni finally saya mula jatuh suka dengan makanan segera.” Asyikin mengangguk kepala mendengar penerangan Aryan sambil mengunyah makanan.
“Tapi awak dah mula suka dengan maggi goreng?” Aryan mengangguk kepala dengan pertanyaan Asyikin dengan mulut masih mengunyah.
“Syukurlah, kalau awak suka.” Asyikin tersenyum puas melihat Aryan makan dengan penuh selera.
Mereka terus makan sambil berbual panjang dan tanpa sedar masa berlalu dengan cepat.
“MURAH betul makanan dekat sini.” Aryan terkejut mendengar harga makanan yang mereka makan tadi setelah Asyikin membayarnya.
“Haha saya dah kata yang makanan dekat sini bukan je sedap tapi murah. Dan untuk pengetahuan awak, awak orang pertama saya ajak datang ke kedai ni. Siti dengan Qhadir, saya tak pernah ajak mereka datang ke sini.” Asyikin berjalan mengikut langkah Aryan.
“Lah yeke? Untunglah saya malam ni dapat datang ke kedai favourite awak, lepas ni saya boleh bawa awak datang ke sini lagi.” Aryan memandang Asyikin dengan senyuman di bibir membuatkan Asyikin pun tersenyum sama.
Ketika mereka tengah rancak berbual, kedengaran satu suara menegur dari belakang membuatkan langkah mereka berdua terhenti.
“Syikin? Awak Syikin kan?” Asyikin mendengar suara tersebut tergamam seketika kerana dia sangat kenal dengan pemilik suara tu. Kenapalah dalam banyak-banyak manusia dekat Kuala Lumpur ni, kenapa terserempak dengan bala ni?
Asyikin menghela nafas panjang, “Dalam banyak-banyak bala, kenapa bala ni yang datang malam ni? Dahlah aku tengah enjoy cakap dengan Aryan, potong line lah jantan ni. Kalau bukan sebab Aryan ada dekat sini dah lama muka jantan ni aku pecahkan.” Bisik hatinya.
“Syikin, awak dah tak kenal saya ke?” Asyikin berpaling memandang gerangan orang tersebut dengan riak muka bosan sambil memeluk tubuh.
“Awak nak apa lagi sebenarnya, Zack?” Tanya Asyikin dengan suara dingin menatap orang yang paling dia benci.
“Kenapa awak tipu saya yang awak tinggal dekat Johor? Kenapa awak tak jawab call saya, kenapa awak tak reply mesej saya? Awak kata awak sayang saya kan? Kenapa awak…” Belum sempat tangannya menyentuh pipi Asyikin, dengan cepat Asyikin menepis tangannya.
“Tolong jaga batas, Zack. Kalau awak boleh tipu saya, takkanlah saya tak boleh tipu awak kan? Awak kata awak belum kahwin tapi hakikatnya awak dah kahwin dekat 2 tahun tapi awak tipu saya. Jadi sama adil, kan? Awak tipu saya, saya tipu awak.” Balas Asyikin dengan spontan.
“Jangan-jangan Tiara datang jumpa awak dan warning awak supaya berhenti jumpa saya? Jangan risau Syikin, saya pasti akan ceraikan dia dan kita akan kahwin sama-sama seperti yang kita janji dulu. Awak kata nak kahwin dengan…” Belum sempat dia habis bercakap, Asyikin menyampuk.
“Jangan salahkan Kak Tiara dalam hal ni. Apa yang dia buat tu memang betul pun sebab saya jumpa awak tanpa saya sedar yang awak berstatus suami. Awak nak saya jadi penganggu rumah tangga orang takpun orang panggil ‘penyondol’? Saya bodoh masa tu sebab ajak awak minum tanpa saya sedar awak dah berkahwin. Dan satu perkara lagi, janji untuk kahwin tu adalah janji dulu. Sekarang semua dah berubah, Zack.”
“ Terima jelah hakikat saya ni bukan jodoh awak dan saya takkan sesekali terima lelaki macam awak sebagai suami saya. Saya tak terfikir untuk jadi isteri nombor dua orang dan saya tak suka lelaki yang sudah berstatus suami, saya benci dengan kecurangan, awak tahu kan? Saya benci curang.” Sambung Asyikin memandang Zack dengan perasaan dingin.
“Kalau begitu, saya akan ceraikan Tiara. Saya dengan Tiara terpaksa berkahwin, kalau saya tak kahwin semua harta pusaka keluarga saya akan jatuh pada orang lain. Sebab tu saya terpaksa tipu awak tentang perkahwinan saya ni. Tapi sekarang tiada lagi alasan untuk saya teruskan perkahwinan ni sebab saya dah jumpa awak. Saya akan cerai dengan Tiara and then saya akan masuk meminang awak dan awak akan jadi…”
“Dan awak fikir saya akan terima lamaran awak tu? Zack, awak nak cerai atau tak, bukan urusan saya. Awak bercerai dengan Kak Tiara sekalipun, saya takkan terima awak sebagai suami saya. Awak tak nampak ke sekarang ni saya tengah dating dengan seseorang?” Asyikin menujukkan jari telunjuk mengarahkan pada Aryan yang berdiri di sebelahnya.
Dengan spontan, Asyikin memeluk lengan Aryan dengan erat. “Kenalkan ini Aryan, teman lelaki saya atau saya patut panggil bakal tunang saya.”
Aryan terkejut seketika dengan tindakan Asyikin dengan cepat menyedari hal itu, dia menarik lengannya dari pegangan Asyikin.
Asyikin tergamam seketika dengan tindakan Aryan, hanya mampu tersenyum kecil. Namun belum sempat dia berkata apa-apa, terkaku seketika apabila Aryan memeluk bahunya lalu menariknya supaya dekat dengannya.
“Selamat berkenalan, saya Aryan Lee Yusof. Teman lelaki Asyikin.” Aryan menghulurkan tangan kepada Zack dengan senyuman mesra di bibirnya.
Asyikin mengerling muka Aryan yang kelihatan tenang lalu memaling pandangan pada Zack yang kelihatan tergamam dengan pengakuan Aryan sebentar tadi. Reaksi Zack itu membuatkan Asyikin menahan bibirnya daripada ketawa mahupun tersenyum.
Share this novel