Rate

Chapter 2

Drama Series 1770

     Kring Kring Kringgggg !!!!! Bunyi jam loceng kepunyaan xueling memecahkan suasana pagi. Xueling mematikan jam itu dan kembali tidur. Sepuluh minit kemudian dia terjaga dan memandang jam pada telefon samsung miliknya. "Alamak!!!! Dah lambat. Matilah aku!!!!" jerit xueling. Dia segera keluar dari selimutnya dan terus menuju ke bilik mandi.Selepas mengunci pintu pagar rumahnya, dia terus bergegas untuk mendapatkan teksi. Perjalanan untuk pergi ke Restoren HK Food mengambil masa selama 15 minit. Xueling memandang jam tangannya. ' Aduh dah lambat setengah jam dah ni. Matilah aku harini. Habislah gaji aku bulan ni kena potong!' rungut xueling dalam hati.

      "Berapa ye pakcik tambangnya?" tanya xueling sambil mengeluarkan dompetnya. "Semuanya 10 dollar" balas pemandu teksi itu selepas melihat meter perjalanan. Selepas menghulurkan wang kepada pemandu teksi itu, xueling segera membuka pintu kereta dan berlari ke pintu masuk. "Cik! Tunggu ada baki ni!" jerit pemandu teks itu sambil menunjukkan wang kertas bernilai 20 dollar. 'Aduh dah lah aku dah lambat. Memang tak sempat lah nak pergi kat teksi tu' bisik xueling dalam hati. "Takpelah pakcik. Pakcik simpan jelah baki duit tu. Saya halalkan. Okaylah pakcik saya dah lambat ni, pergi dulu!" jerit xueling dari jauh. Xueling melihat sekeliling restoren tu untuk mencari kelibat Encik Lin Dan merangkap tauke tempat xueling bekerja.

       Selepas mendapati keadaan 'clear', dia segera berlari ke bilik belakang untuk mengganti pakaian. Dia mencapai apron dan topi yang mempunyai lambang HK FOOD lalu segera disarungkan apron itu di badannya dan meletakkan topi itu di kepalanya. "Wehh nancy! Boss besar ada cari aku tak?" tanya xueling kepada rakan sekerjanya itu sambil mengambil dulang untuk menghantar pesanan. "Takde pulak weh. Tadi dia datang terus masuk pejabat dia. Tak jengah langsung pun kat dapur ni" balas Nancy. Xueling menarik nafas lega apabila mendengar kata kata Nancy. 'Selamat lah duit gaji aku bulan ni!' "Tulah kau! Dalam minggu ni je dah berapa kali kau datang lambat. Nasib baik aku ada tolong 'coverkan' kerja kau ni hah!" bebel Nancy.

      "Alah sorry lah weh. Minggu ni part time aku kena shift malam sebab tulah asyik terlajak tidur je tu. Nasib baik kau ada kalau tak habislah aku. Kau lah sahabat terbaik aku Nancy!" terang xueling. "Hah! Nak bodek aku lah tu. Dah dah pergi buat kerja sana. Nanti tauke besar datang, tak pasal pasal gaji aku pun kena potong sekali." bebel Nancy. "Hehehehehe" xueling tersengih sambil menunjukkan barisan giginya yang putih itu sebelum mengorak langkah ke kaunter hadapan. Selepas xueling menghantar pesanan makanan yang dibuat oleh meja nombor 5, tiba tiba Chong Wei memanggilnya untuk ke kaunter."Ada apa?" tanya xueling. "Tauke besar panggil kau masuk bilik dia sekarang!" kata Chongwei.

     " Hah?!!! Serius lah?! Sebab apa weh?" kata xueling dengan nada terkejut. " Mana lah aku tahu. Kalau kau nak tahu, pergilah jumpa dia sana." Xueling meletakkan dulang makanan dia atas kaunter dan bergerak menuju ke tangga. Pejabat Encik Lin Dan berada di tingkat dua restoren itu. Kaki xueling terketar ketar ketika menaiki setiap anak tangga di restoren. Akhirnya, dia berjaya menaiki 20 anak tangga untuk sampai ke pejabat Encik Lin Dan. 'Aduh kenapa pulak lah dia ni nak jumpa aku? Tak boleh ke bagi aku buat kerja dengan aman?' rungut xueling dalam hati. Dengan hati yang berat, xueling mengetuk pintu bilik pejabat bosnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience