Rate

Chapter 1

Drama Series 1770

XUELING

       Nama sebenarnya ialah Chao Xue Ling. Dia berumur 25 tahun. Xueling mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Chao Xue Wei. Xueling menjadi ibu dan bapa kepada  adiknya selepas kematian ibu bapanya setahun yang lepas. Ibu bapanya meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

        Oleh kerana ibu bapa mereka merupakan anak tunggal dalam keluarga, Xueling dan adiknya tidak mempunyai sesiapa untuk menumpang kasih dan bergantung hidup. Sebagai anak sulung dalam keluarga, Xueling terpaksa memikul tanggungjawab yang besar pada usia yang muda.

         Sebelum ini, Xueling menuntut di Hong Kong Arts University. Namun, akibat kesulitan hidup yang dialaminya, dia terpaksa menamatkan pelajarannya sebagai pelajar jurusan seni tarian. Dia mengambil keputusan untuk mencari kerja bagi menanggung kos pembelajaran adiknya yang kini menuntut universiti yang sama sepertinya. Adiknya, Xue Wei merupakan pelajar terbaik kos seni lakonan dan teater.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience