Bab 47 Hati Yang Tak Menentu

Drama Completed 204422

Hari ini ke gembiraan aku berdating berdua bersama suamiku terbantut dengan kehadiran anak tiri mak aku. Paling menyakitkan hati aku bila kakak tiriku nama Nadirah ni boleh pula meluahkan perasaan dia dekat suami aku ni. Sakitnya hati aku ni.

Aku risau juga takut suami aku ni pun masih ada hati dekat bekas tunang dia ni. Yalah, cinta pertama orang kata susah nak lupa. Yang suami aku ni pun tak nak mengaku yang dia tu dah kahwin dengan aku. Kenapa, malu ke kalau bekas tunang dia tu dapat tahu yang aku ni isteri dia? Yalah, aku ni bukan secantik Nadirah tu.

Kenapalah aku mudah sangat cair dengan pujukkan suami aku ni. Dah kena pujuk sikit mula la aku lupa tentang hal semalam yang Ikwan cerita dekat aku. Sekarang ni aku dah mula teringat-ingat apa yang Ikwan cerita semalam. Hati aku dah mula rasa sakit semacam je dan rasa sesak dada aku ni.

Aku membiarkan saja Haziq suamiku dan Nadirah bersembang berdua. Aku memakan makanan yang telah aku pesan tadi sampai habis barulah aku meminum air.

"Pak Cik saya dah habis makan,jom balik"kataku pada Haziq.

"Cepatnya Zara makan"kata Haziq sambil memadang padaku.

Mata Nadirah juga memadang ke padaku.

"Yalah, Pak Cik ralit bersembang dengan bekas kekasih mana nak makan sangat. Siapalah Zara ni kan, cuma orang gaji je,"kataku sambil mula bangun dari duduk untuk melangkah keluar dari restoran.

"Zara,janganlah marah. Okay,abang pergi bayar dulu lepas tu kita balik,"kata Haziq cuba memujuk aku.

"Ala,biarlah dia nak balik. Kau temanlah aku makan sekejap. Lagi pun makanan kau tu pun belum habis,"kata Nadirah seperti kurang suka bila melihat Haziq cuba memujukku.

"Betul kata kak Nadirah tu, Zara boleh je balik sorang diri. Pak Cik layan je la kak Nadirah ni, "kataku. Sebenarnya hati aku dah terasa sebak dan rasa nak keluar air matanya.

"Tak, abang akan tetap balik dengan Zara. Nadirah maaf ya saya tak dapat nak temankan kau,kerana saya dan Zara ada urusan penting hari ni,"kata Haziq sambil tangannya memengang tanganku.

Selepas membayar makanan yang kami pesan tadi. Aku dan Haziq berjalan keluar dari restoran. Sampai di tempat Haziq meletakkan motornya,Haziq mengambil topi kelender lalu memakaikan di kepalaku.

"Sayang marah dekat abang?"tanya Haziq sambil tangannya memakaikan topi di kepalaku.

"Kenapa abang tak mengaku je ,yang abang tu dah kahwin,"kataku sambil mataku menoleh ke arah lain kerana tidak mahu bertentang mata dengan suamiku.

Faham-faham je la kalau aku dan suami saling bertentang mata. Habislah hati aku ni akan cair dengan tatapan matanya tu.

"Sayang janganlah marah ya. Sayang tahu hati abang hanya untuk sayang sorang je. Cinta abang pun hanya buat sayang sorang je",kata suamiku Haziq.

Mendengar kata-kata yang keluar dari mulut suamiku itu. Membuatkan hati aku mulai cair dan rasa bahagia tak terkata. Ni la masalah aku,tak boleh langsung bila suami pujaan hati aku ni keluarkan kata-kata yang manis.Memang cairlah hatiku ni.

Aku baru rasa nak merajuk dekat suami aku ni. Tapi rajuk tu hilang bila dia mengatakan cintakan aku dan hanya aku di dalam hatinya. Rasanya aku ni dah mula ada masalah hati. Kerana sekejap hati aku sakit,sekejap hatiku mula berbunga-bunga.

Aku tak mampu untuk menutup mulutku dari tersenyum gembira bila mendengar ayat-ayat cinta suamiku itu. Aku pun menatap wajah suami pujaan hatiku di depan aku sekarang ni.

"Ha,macam ni lah isteri abang selalu tak lengkang dari senyuman," kata Haziq sambil jarinya mencubit hidungku.

"Abang ni suka nak cubit hidung sayang. Sakit tau tak!" kataku sambil tanganku menolak tangan Haziq.

" Okay,sekarang ni sayang nak pergi mana pula?"soal Haziq sambil kakinya sudah melangkah menaiki motorsikalnya.

"Sayang nak balik rumah je la. Kita dating dalam bilik je la,dah tentu tak dak ganguan," kataku sambil kakiku melangkah ke atas motorsikal Haziq yang sudah pun keluar dari tempat parking.

"Okay," kata Haziq.

Setelah aku naik di belakangnya,Haziq pun mula membawa motorsikalnya. Hati aku dah mula melupakan masalah yang tadi membuatkan aku sakit hati. Aku memeluk suami pujaan hatiku ini sekuat hati. Rasa tak mahu lepas je.

Sampai di rumah jam sudah hampir pukul 7.00 petang. Hari ini aku merasa sangat seronok dapat berjalan berdua dengan suami pujaan hatiku. Tapi sedikit kecewa kerana petangnya ada pengacau yang tak di undang pula muncul tiba-tiba.

"Sayang menung apa lagi tu? Tak nak mandi ke bersihkan badan tu," tegur suamiku tiba-tiba.

"Sayang nak mandilah ni. Sayang saja tunggu abang mandi dulu," kataku berdalih.

Sebenarnya aku termenung memikirkan sampai bila suamiku ni akan merahsiakan status kami berdua dari Ikwan dan Nadirah. Tapi bila melihat wajah suamiku yang berada di depanku,serta-merta hilang semua perasaan di lubuk hatiku tadi.

Aku mengambil tuala lalu berjalan masuk ke dalam bilik air. Di dalam bilik air fikiran aku mula melayang kembali mengenai Ikwan dan Nadirah.

Entahlah,kenapa dengan hati aku ni. Bila aku berjauhan sedikit dari suamiku,hatiku mula memikirkan tentang ke burukkan dia. Tapi bila mataku menatap wajah suami pujaan hatiku itu membuatkan mulutku kelu dan hatiku mula cair.

Kekadang aku juga merasakan suamiku ni seorang pengecut seperti yang di katakan oleh Ikwan. Dia terlalu takut pada benda yang tak pasti. Dari luaran mungkin orang akan melihat dia seperti seorang yang gagah dan berani. Tapi di sebalik tubuh sasanya itu terselindung perasaan pengecut dan penakutnya.

Agaknya macam mana zaman kanak-kanak suamiku dulu. Mungkinkah dia memang seorang pengecut dan penakut. Tapi aku boleh lihat suamiku ini seorang penyanyang. Dia sangat menyayangi keluarganya.

Agak lama aku berada di dalam bilik air kerana fikiranku melayang entah ke mana. Tiba-tiba aku ni kejutkan dengan bunyi ketukan di daun pintu bilik air.

Tok,tok,tok...

"Sayang okay tak ni? Kenapa lama sangat dalam bilik air tu? "tanya Haziq suamiku di balik pintu,mungkin risau kerana aku terlalu lama berada di dalam bilik air.

" Sayang dah nak siap dah ni"jawabku sambil tangan mula mengambil tuala untuk membalut badanku.

Selesai memakai tuala mandi aku membuka pintu bilik air. Aku lihat di muka pintu sudah ada suamiku yang sedang memerhatikan diriku.

"Sayang buat abang risau je la.Cepat siap pakai baju nanti kita sembahyang magrib sama-sama," kata Haziq.

"Maaf" kataku sambil tersengih pada suamiku itu.

Bersambung...

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-10-17 21:33:44 

hi dear. tqvm. hari ni update two chapter's. pg ngan ptg. love'it. muahh muahhh muahhh

YAZNI-ERNIE
2020-10-17 21:33:29 

hi dear. tqvm. hari ni update two chapter's. pg ngan ptg. love'it. muahh muahhh muahhh

YAZNI-ERNIE
2020-10-17 21:33:19 

hi dear. tqvm. hari ni update two chapter's. pg ngan ptg. love'it. muahh muahhh muahhh


NovelPlus Premium

The best ads free experience