Bab 47

Romance Completed 1445138

~Awal, Arman ada dekat Endah Resort kat Janda Baik. I dah called Resort tadi, they check in with Nurlisa for 2 nights. Rasanya you jangan push dia sangat, I akan tolong you cakap dengan dia. But biarkan dia berehat dulu, jangan bimbang, Arman dah semakin matang~
Syed Awaludin membaca text message itu berkali kali. Dia tahu dia bersalah, dia juga tahu dia yang gagal dalam menguruskan isterinya, tapi dia tidak pernah bermimpi akan berhadapan lagi dengan amarah anaknya selepas dia bertenang selama 5 tahun.
“Ya Allah, berilah aku hidayahmu Ya Allah, aku gagal mendidik isteriku Ya Allah Ya Rahman, hukumlah aku, berilah kebahagian kepada anakku Syed Arman, berilah ketenangan hati padanya Ya Allah. Aku bersujud memohon keampunan padaMu Ya Allah,” sudah hampir sejam Syed Awaludin berteleku di sejadah di kondonya itu.
Kondo itu bukan miliknya, tapi milik seseorang yang berjaya membuatkan dia percaya wanita baik itu wujud. Walaupun dia tidak tahu kesudahannya kepada kisah dia, tapi dia percaya Allah itu Maha Merancang. Dia sudah lama tidak meratap nasibnya, kerana dia berusaha untuk menjadi seorang yang realistic. Dia perlu berfikiran realistic.
~I dah called my staff to standby if anything. Don’t worries Awal, you dah buat yang terbaik, one day Arman akan tahu apa struggled you. Kalau you tak nak cerita kat dia, I akan cerita. Esok I datang kondo with Andy, kita masak masak, I ada satu resepi baru nak minta you rasa. Andy kata sedap~
Itulah kasih sayang seorang sahabat, semenjak mereka kenal, Megat Sulaiman antara yang selalu memberi aura positive kepadanya. Megat Sulaiman juga yang mencarikan doctor yang terbaik untuk merawat Isterinya, juga merawat Syed Arman.
Dia sayangkan sahabatnya.
************************************
Ketukan itu memeranjatkan Syed Arman, dia juga bersyukur kerana ketukan itu tidak membawanya jauh.
Syed Arman melepaskan Nurlisa perlahan daripada pelukannya, kerana dia merasakan ketukan itu tidak memberhentikan perlakuan Nurlisa. Dia menolak Nurlisa perlahan, membawa Nurlisa ke sofa bilik mewah itu.
Dia tahu Nurlisa sudah kembali ke jiwanya. Dia tahu kerana mata Nurlisa sudah kuyu, dahinya juga sudah berpeluh.
“Sayang stay sekejap, abang buka pintu, agaknya makanan kita sudah sampai” Syed Arman berlari ke pintu, membuka pintu itu selepas deringan loceng berbunyi buat kali ke tiga.
“Maaf mengganggu masa rehat tuan, makanan dah sampai. Nak saya tolak ke dalam atau tuan sendiri?,” pekerja Resort itu sangat sopan, anak muda yang sangat tahu menghormati tetamu.
“Tak apa, saya tolak from here, thanks,” Syed Arman menolak troli itu ke dalam sambil memegang daun pintu itu.
“Maafkan saya tuan, tadi puan ada request telekung dan sejadah, ini saya bawakan. Dan juga esok malam kami nak belanja tuan BBQ kat hall sana, harap tuan sudi,” telekung dan sejadah itu bertukar tangan.
“Saya tanyakan isteri saya dulu ya, nanti saya update esok pagi, boleh kan?,” Pekerja itu mengangguk sambil mengucapkan terima kasih.
Syed Arman menolak troli itu ke dalam, dan mengunci pintu itu.
Dia terus ke sofa dan memeriksa Nurlisa, kerana dia tahu dia harus berhati hati dengan jiwa Nurlisa. Dia menarik tangan Nurlisa lembut.
“Sayang ok tak? Abang sediakan air mandian ya, sayang mandi dulu,” Syed Arman cuba untuk tidak melayan jiwa Nurlisa.
“Abang jangan dekat dengan Sofea, duduk sana, Sofea dah penat dah ni, nanti nanti lah mandi, Sofea nak baring sekejap,” dan suara itu tersangat manja, dan dia membaringkan badannya di sofa mewah itu, tanpa memberi respon kepada Syed Arman.
“Apa yang penat sangat tu, sampaikan nanti nanti pulak?,” Syed Arman cuba mengusik harta hatinya itu
“Buat buat tanya pulak, abang tu yang asyik nak buat itu jer, Sofea penat tauu abang, tenaga abang tu entah mana datang, Sofea tak seksi pun hari ini, tapi abang geram juga,” gadis polos itu menjawab dengan penuh tertib, and suaranya terlebih manja.
Di dunia nyata ini dia tidak tahu Syed Arman sudah hampir terjerumus kedalam jiwanya.
Dari perbualan itu, Syed Arman pasti suami yang dirindui Nurlisa pasti orangnya hebat, masakan Nurlisa masih lagi tidak pulih dari kenangannya.
“Abang lapar ni sayang, jom la makan dulu,” Syed Arman cuba menukar tajuk perbualan mereka. Syed Arman melihat jam tangannya, menunjukkan hampir 6.30pm. Tapi Nurlisa tidak menunjukkan tanda akan sedar.
“Abang lupa la tu, siapa yang kalah tadi, kena masak kan? tadi kan abang yang kalah, jadi Sofea nak order nasi putih dengan daging masak lemak. Lepas itu sofea nak telur goreng jugak. Tapi kalau abang nak Sofea masak, kenalah dukung Sofea sampai bawah,” Nurlisa menghulurkan tangannya kepada Syed Arman yang masih terkedu mendengar perkataan daripada Nurlisa.
Syed Arman pasti kehidupan Nurlisa yang dulu sangat bahagia. Patutlah jiwa Nurlisa tidak mahu pulang ke tempatnya.
Pasti suaminya orang yang hebat, tahu manjakan isterinya, sampai mereka boleh berlumba kalah atau menang. Didalam diam, Syed Arman mulai cemburu dengan watak suami di dalam jiwa Nurlisa itu.
“Sayang, boleh abang tanya something?,” Syed Arman masih cuba memancing Nurlisa. Kepala Nurlisa di baring di pehanya. Dia mengelap peluh di dahi Nurlisa, dia tidak mahu menyedarkan Sofea lagi, dia ingin bercakap dengan jiwa Nurlisa.
“Kenapa abang tertib sangat today? Biasanya tak pernah minta izin pun, tanyalah, Sofea suka jawab semua soalan abang,” tangan Syed Arman di bawa ke bibirnya.
“Sofea suka bau abang, perfume abang tu nanti beli dua, Sofea nak simpan satu tauuuu,” Nurlisa menarik kepala Syed Arman dan mencium bibirnya. Kejap dan berani, satu kucupan dah cukup membuatkan jiwa jantan Syed Arman sedar dari lenanya.
“Abang nak tahu kenapa sayang cintakan abang sangat?,” soalan maut itu akhirnya keluar jugak daripada mulut Syed Arman. Dia perlu tahu kenapa Nurlisa begitu taksub dengan suaminya.
“Abang ni suka tanya soalan sama, taknak masak la tu.. ok lah, nanti Sofea nmasak, tapi Sofea nak tidur sekejap jer, lepas 30mins abang kejutkan Sofea, please abang…,” tangan Sofea meraba peha Syed Arman dan hampir menyentuh bahagian itu.
Syed Arman pantas menarik tangan Sofea dan bangun daripada duduknya. Kepala Nurlisa terangkat dengan tindakan Syed Arman yang tidak terduga,
“Tidurlah sayang, sekejap lagi abang kejutkan,” Syed Arman sudah tidak keruan. Dia terus ke bilik air dan membasahkan tuala kecil di bilik air itu. Dia harus menyedarkan Nurlisa, kerana dia juga bimbang sesuatu yang buruk akan menimpa Nurlisa nanti.
Syed Arman lantas meletakkan tuala basah itu di dahi Nurlisa. Dengan perlahan dia membelai pipi mulus gadis ikatan hatinya itu. Ketika itu Nurlisa sudah pun lena, dengkuran halus gadis itu menyapu telingannya.
Dia berharap Allah SWT memihak Nurlisa kepadanya, kerana dia sangat menyintai gadis itu.
Dengan tidak semena mena, Syed Arman merasakan kepalanya sakit, dia seperti melihat bayangan seorang perempuan yang mengejarnya, rupa perempuan itu sangat menakutkan.
Entah kenapa dia seperti dapat merasakan suasana yang berlaku di dalam bayangannya itu seperti pernah berlaku di dalam hidupnya. Syed Arman memejamkan matanya, sakit kepalanya sangat menganggunya.
Syed Arman berjalan perlahan ke bilik air, dia perlu mandi dan merehatkan dirinya. Sakit kepalanya dibiarkan, dia terasa sangat lemah.
Syed Arman mengambil tuala di para besi di bilik air itu, tetapi ketidakseimbanan badannya membuatkan dia hampir terjatuh. Mulutnya pantas menyebut Ya Allah, and suaranya yang kuat itu mengejutkan Nurlisa.
Syed Arman terduduk dan kepalanya terhentak di dinding bilik air itu. Kerana badannya yang lemah dan kepalanya juga sakit, dia tidak dapat bangun daripada kedudukannya. Dalam masa itu, bayangan peristiwa masuk di dalam kotak ingatannya, seperti slide ketika membuat presentation.
Wajah bersama suara itu masuk satu persatu. Jeritan dan amukan silih berganti, Syed Arman memegang kepalanya, menjerit meminta pertolongan daripada Nurlisa.
“Sayang, abang sakit, help me, sayanggggggggggggg………..,” ketika itu Nurlisa sudah berada di permukaan pintu bilik air itu, dia cuma memulas tombol pintu itu, tetapi terkunci daripada dalam.
“Abang, pintu kunci, abang boleh bukak pintu tak? Kalau tak I call for help,” suara Nurlisa juga kuat kedengaran daripada luar.
“Abang, jawab Sofea dulu, abang ok tak? Stay there, Sofea call for help,” Nurlisa tidak mendengar suara Syed Arman, dia terus mencapai telepon daripada dalam bilik itu dan menghubungi reception.
Didalam menunggu bantuan, Nurlisa terterusan mengetuk pintu sambil memangil nama Syed Arman.
“Abang, jawab Sofea dulu, Sofea risau ni, abang ok tak,” suara Nurlisa mulai sebak, dia tidak mahu kehilangan suaminya buat kali ke dua.
“Abang, jangan tinggalkan Sofea, Sofea akan cerita semua kat abang, Sofea janji akan setia dengan abang sampai bila bila, Sofea akan pertahankan cinta kita, please abang,” Sofea sudah mulai menangis, dia mendengar loceng berbunyi dari luar.
Pintu bilik air itu dapat di buka dalam masa seminit, Nurlisa terus menerkam Syed Arman yang lemah di lantai bilik air. Nasib baik Syed Arman masih memakai pants, tidaklah perlu dia menutup aurat Syed Arman.
Pekerja hotel itu menolong mengangkat Syed Arman dan dibaringkan di tilam mewah itu. Nurlisa pantas memeriksa dahi Syed Arman dah kepalanya, tiada luka tetapi Syed Arman tidak menjawab panggilan Nurlisa.
Nurlisa lantas merasa nadi Syed Arman, nadi itu sedikit laju, tetapi tiada jawapan daripada Syed Arman.
Kedengaran pintu di ketuk daripada luar dan terlibat seorang wanita separuh umur muncul dia muka pintu. Wajah cantik wanita itu memukau mata Nurlisa and Nurlisa pasti wanita itu bukan orang melayu dan wanita itu masuk tanpa di undang.
“Kenapa kamal,? saya mendengar siren daripada bilik saya tadi,” wanita itu menyalami Nurlisa sambil matanya memandang pekerjanya yang di panggil Kamal itu.
Nurlisa masih memegang tangan Syed Arman sambil menangis, dia menyesal kerana membawa Syed Arman ke sini
“Encik ini jatuh di bilik air Puan, dia tidak memberi tindakbalas daripada tadi lagi. Perlu ke kita panggil ambulance?,”
“Ammar, ada tetamu ibu tak sihat, come here sekejap,” suara itu lembut, cukup membuatkan Nurlis merasa sedikit tenang.
“Puan, sabar ya, saya minta anak saya check sekejap, kita akan hantar to hospital nanti,” belum habis wanita separuh usia itu menghabiskan percakapannya, muncul sesorang yang di panggil Dr Ammar itu.
“Assalamuaikum, sorry ya, saya check sekejap, sementara tu, siapa yang boleh cerita pada saya kenapa dengan encik ni,” Dr Ammar peralatan di dalam bagnya dan mulai mengeluarkan satu persatu.
Dr Ammar mula memeriksa tekanan darah dan mata Syed Arman, dengan penuh berhati hati.
“Saya mendengar suami saya menjerit dari bilik air, masa pintu buka tadi, dia terbaring di di lantai, sehingga sekarang takde respon apabila saya panggil dia. Tolong dia Dr, tolong suami saya,” suara tangisan Nurlisa semakin kuat.
Dalam kekalutan itu, Syed Arman membuka matanya. Dia terus memanggil Nurlisa apabila mendengar tangisan kuat Nurlisa.
“Sayang, kenapa nangis kuat sangat tu, abang ok lah, kepala abang pening sikit,” suara perlahan Syed Arman itu mengundang tangisan yang lebih kuat. Nurlisa terus memeluk Syed Arman kuat, tidak lagi menghiraukan orang sekelilingnya.
“Sayang peluk kuat sangat, lemas abang,” gurauan Syed Arman itu mengundang senyuman di wajah wanita separuh umur itu.
Syed Arman masih terlibat semua peristiwa satu satu, cuma semua peristiwa itu tidak tersusun, dia cuba menenangkan dirinya supaya tidak terlibat jelas di mata orang lain,
“maafkan saya, isteri saya ni cengeng sikit, terimakasih sebab membantu, tadi saya pening, terhantuk kepala tadi, tapi dah ok sikit dah,” Syed Arman cuba bangun daripada pembaringannya.
“Tak perlu bangun Encik. Kalau Encik nak ke hospital, kami bolah hantarkan. Boleh checkan terus kepala Encik,” Dr Ammar itu berkata sambil memeriksa kepala Syed Arman.
Di sebabkan terhantuk ke dinding bilik air itu, kepala Syed Arman sedikit bengkak tetapi tidak begitu merbahaya untuk ke hospital.
“Tidak perlu lah ke hospital kan sayang, saya ok, insyallah, kalau apa apa nanti, saya call for help. Terimakasih sebab sudi bantu. Terimakasih Dr dan Puan, dan yang tolong tadi,” Syed Arman menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Dr itu.
Wanita separuh umur itu tersenyum manis, dia mengangguk perlahan dan berlalu pergi bersama Dr itu dan juga staffnya.
BERSAMBUNG
Maaf tiada throwback

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-11-18 21:49:38 

hi dear. jgn lupa update lg..u mmg suka upsate am ker....x ngantuk ek..

YAZNI-ERNIE
2020-11-18 17:28:33 

i suka baca novel u ni, tau dear. makin lama makin best la.....tiap tiap ari, i'm waiting tau

YAZNI-ERNIE
2020-11-18 17:28:33 

i suka baca novel u ni, tau dear. makin lama makin best la.....tiap tiap ari, i'm waiting tau


NovelPlus Premium

The best ads free experience