Semester pertama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak, tidak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk menjejakkan kaki di kepulauan Borneo ini, saat mengetahui keputusan kemasukkan ke universiti aku tidak pernah terfikir akan tercampak jauh dari kampung halaman, dari keluarga dan sahabat.
Sedih?
Ya, aku sedih namun demi segulung ijazah dan demi kedua ibu bapa aku gagahkan diri untuk meneruskan, ketika ini aku baru sahaja berusia 19 tahun, masih lagi manja dengan mama masih lagi disuap makan oleh abah, namun kini aku terpaksa melangkah ke alam yang memerlukan aku untuk bersikap lebih matang.
Aku?
Aku Dhiya Zara Idrus, anak kelima pasangan romantis Hj. Idrus dan Hajjah Norani, aku seorang yang periang, manja dan "cengeng" dalam erti kata lain kuat menangis, namun aku suka aktiviti lasak dan menyanyi adalah salah satu bakat terpendam aku. Aku mempunyai tiga orang kakak yang cerewet, garang dan "cool" yang aku gelar tipah, bedah dan murnie. Aku mempunyai seorang abang yang sangat menyayangi aku sepenuh jiwa dan raga abang Aiman. Abang aku paling romantis di abad ini.
"Zara! mengelamun je kerja kau.. ni bawak fail ni pegi kaunter sana daftar orang dah panggil nama tu! " kata kakak aku yang sulung kak tipah, namanya Ifah Nafisah namun aku suka permainkan namanya kerana dia seorang yang sangat cerewet,teliti dan pelik, tapi dia amat mengambil berat tentang aku kerana kedua abah dan mama sudah tua, jadi dia sebagai anak sulung memikul tanggungjawab untuk menyara aku.
"Ye ye orang tahu laa.... bising je along ni macam makcik tipah kantin tu" balas ku sambil melangkah ke kaunter untuk mendaftar.
Bukkkk!!!!
"Adeh!!!" terjatuh aku terduduk menyembah bumi, berterabur semua fail yang along beri tadi.
"Awak ok? maaf saya tak sengaja"
kata lelaki itu sambil menghulurkan tangan untuk membantu aku bangun.
"Ok la jugak.... ermmmm boleh tahan keras ye awak ni macam langgar dinding" balas ku sambil tangan sibuk mengutip kertas yang berterabur di atas lantai.
"Hehe... maaf saya nak cepat tadi.... saya Fikri.... Fikri Arif.. "
"Zara... Dhiya Zara... ehh oklah Fikri nanti jumpa lagi...saya belum daftar... bye! "
"ok bye... see you soon"
Selesai mendaftar, along menghantar aku kebilik, aku di tempatkan di Kolej Kediaman 2, Blok J di bilik J205.
Merah padam muka along bila terpaksa mengangkat bag yang dalam jangkaan aku hampir 50 kg itu, terasa nak pecah perut aku ketawa bila along tercungap-cungap di tangga sambil mengomel memarahi beg tersebut.
Tiba di bilik aku diarahkan oleh along untuk berkemas, along membantu aku menyusun pakaian di dalam almari sambil mulutnya tak henti-henti berpesan agar aku sentiasa menjaga batas pergaulan, selalu telefon mama dan abah, jangan balik lewat malam dan bermacam-macam lagi yang sewaktu dengannya. Dalam hati aku, patutlah along ni boleh jadi bos kuat mengarah rupanya, mungkin sebab itu jugalah sampai sekarang along belum kahwin. Hahahaha
"Zara dengarkan along cakap apa ni"
"Ye long dengar la ni" jawab ku malas.
"Lepas kemas ni along balik ye... esok flight along pagi.... zara jaga diri... jangan tinggal solat"
babak sedih dah datang.... oh along please don't leave me... hmmmm
Aku hanya diam membisu.
"Duit belanja along dah masuk dalam akaun zara.... tu duit kat dompet ada 200 jimat-jimat ye jangan boros.... ada apa-apa nanti call along.... faham? "
Aku hanya mengangguk. Along keluar dari bilik aku. Aku peluk along dari belakang sambil menangis.
"Long.... long kena balik ke? Zara tak nak la duk sini..."tangis ku sendu.
"Zara dah besar... zara kena berdikari... zarakan selalu cakap nak jadi Iron Women.... Iron Women mana menangis macam ni... " pujuk along lembut.
"Dah jangan nangis lagi... nanti cuti mid sem along bawak mama dengan abah datang... ok? "
"Ok" jawab ku dalam tangis.
Share this novel