Minggu orentasi universiti bagi pelajar baru semester pertama. Agak remeh namun aku tetap seronok kerana dapat mengenali rakan baru dan yang paling aku suka, kami dibawa menjelajah seluruh kampus. Kampus yang penuh dengan flora dan fauna jauh dari hiruk pikuk kotaraya yang hingar bingar.
Melihat keindahan alam hati aku berbisik lembut merindui kedua orang tua ku yang senang menunaikan umrah.
Semalam mama telefon menanya khabar.
"Assalammualaikum puteri mama..... sihat ke? " mama bernada ceria.
"Wa'alaikummussalam...sihat je.... ma zara rindu mama la.... mama datang la sini" rengek ku kerana belum pernah berpisah dengan mama.
"Zara ni buat lawak apa.... hehe... zara kan dah besar dah 19 tahun dah pun... zara kena belajar berdikari... along, angah, acik dulu dari umur 13 tahun dah berpisah dari mama tau.... dorang ok je.... jadikan la mereka contoh... zara kan anak yang pandai.... sekarang la masanya zara buktikan ye sayang.... belajar rajin-rajin" pujuk mama lembut dihujung talian.
"Zara cuba la ma.... tapi zara tetap rindu mama... hmmm rindu masakkan mama... hehe"
"Ala balik cuti nanti mama masakkan banyak-banyak zara makan la puas-puas sampai kenyang.... hmmm ni nak cakap dengan abah x? "
"Nak!!!!! " pekik ku
"Ish kalau ye pun jangan menjerit sayang sakit telinga mama... tunggu kejap mama panggilkan"
"Hello anak abah buat apa tu? "
"Abah!...abah zara rinduuuuu sangat kat abah"
"Ye ke ni rindu abah? sejak sampai tak call abah pun" bunyi rajuk abah.
"Hehe sorry abah zara sibuk, sekarangkan minggu orentasi, balik bilik pun dah penat zara terus tidur terlupa nak call abah"
"Ye abah faham, zara belajar rajin-rajin ye kalah kan along"
"Ala abah along pandai sangat la.... " keluh ku pada abah.
"Anggap la itu satu cabaran.... abah doakan zara nanti di depan kaabah"
"Okay... abah doakan zara tau... janji ok?"
"Ye abah janji"
"Ok sayang abah... muah... kirim salam mama ciumkan mama untuk zara.... ok bah... zara nak mandi ni... bye"
"bye... jaga diri... jangan tinggal solat" ucap abah.
Peristiwa semalam berbicara dengan abah dan mama melalui telefon sangat membuatkan aku rindu pada mereka. Sebelum aku mendaftar abah dan mama berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah, kerana hal tersebut telah pun dirancang 6 bulan sebelumnya... abah tidak dapat mengubah tarikh keberangkatannya. Oleh sebab itu, terpaksalah aku dihantar oleh kak tipah cerewet a.k.a along aku yang Vogue itu.
"Zara, esok pagi senior cakap kena masuk hutan.....ada kem team building.... zara dah packing? " teman sebilikku Afifah bersuara lembut, selembut tuannya.
"Ala belum la.... aku tak tahu nak bawak apa... aku tak pernah pergi camping" anak mama lah katakan memang aku dilarang sama sekali untuk pergi berkhemah kerana mama takut aku hilang diculik bunian, alasan yang mama berikan ketika aku masih lagi mentah berumur 10 tahun.
"Tak pe meh aku tolong kau.... mana beg kau? "
Aku berjalan ke arah almari mengeluarkan beg roda yang bersaiz sederhana.
"Makcik kau nak masuk hutan pakai beg roda-roda ni ke? Ini macam nak pergi holiday dekat Europe" tawa Afifah kedengaran.
Aku menggarukan kepala yang tiba-tiba gatal, sambil menayangkan barisan gigi aku padanya.
"Ambik beg galas biasa je yang kecik yang kau mudah nak bawa.... kita tidur satu malam je tuan puteri..."
"Owhhhh... cakap la dari tadi tak la aku malu" sengih ku lagi sambil menarik beg galas keluar dari almari kayu tersebut.
Lincah Afifah mengemas, sambil mulutnya sibuk bercerita tentang pengalamannya berkhemah yang membuatkan aku turut teruja dam tidak sabar menunggu hari esok.
Keesokkan paginya, aku seperti biasa mengenakan t-shit polo berwarna putih, seluar fit hitam paras betis dan rambut aku tocang satu setelah menelek diri di cermin aku menarik kasut adidas yang along baru beli semasa sampai disini.
Perfect! bisik ku di dalam hati.
"Jom cepat nanti kena tinggal" gesa Afifah.
Terkedek-kedek aku mengejar langkah kaki Afifah.
Kami berkumpul di dataran C di hadapan blok lelaki. Kesemuanya agak teruja dan ada yang sibuk bercerita pengalaman masing-masing.
Aku?
Aku jugak sibuk, sibuk makan Apollo yang dibekalkan oleh roommate kesayangan ku ini.
"Zara? " tegur seseorang dari belakang ku.
Aku menoleh.
"Fikri!.... hai.. ermmm duduk la" sambil tangan ke menepuk jalan tar di sebelah kiri ku memberi isyarat agar dia mengambil tempat disisi ku.
"Ok boleh juga lagi pun lambat lagi ni sempat sembang dengan awak"
"Nak Apollo? "
"Eh tak... takpe mulai hari ni saya dah tak makan manis"
Aku mengerutkan dahi.
"Kenapa baru nak mula hari ni? "tanyaku agak pelik dengan jawapan Fikri
"Sebab dah ada awak depan saya... hari-hari dapat tengok... manis... " katanya lembut dan manis di telingaku.
Tersipu beruk aku disitu kehilangan kata-kata.
"Ada-ada je...ohh ya awak ambik course apa ye? "
"Sama macam awak" jawabnya sambil tersengih macam kerang busuk dah aku tengok si Fikri ni.
"Eh... macam mana awak tahu saya ambik course apa.... saya tak ada cakap pun" fikir ku
"Dekat sini kan ada satu sahaja course bachelor.... awak tak tahu ke? "
"Owh iya ke... saya belum tahu... baru tahu" sengih ku
"Senyuman awak cantik"
Tersipu lagi aku. Hai lah Dhiya Zara.
Share this novel