Rate

TANGGA:1

Horror & Thriller Series 329

'kalau kau hitung tangga tu sampai mencecah 27, permintaan kau akan tertunai, tapi ada satu pesanan, jangan minta yang bukan-bukan'

Dania mencebik membaca diari Daniel Iaitu milik arwah abangnya. Dikatup, dia mengamati kulit buku itu yang masih meninggalkan sisa darah yang terlekat utuh walaupun dilap berkali-kali.

Dania mengelus seekor kucing Parsi sambil mengeluh. buku itu diletak di atas meja. Fikiran itu masih terbayangkan Kali terakhir perbualan mereka tahun lepas sebelum daniel meninggal dunia terjatuh daripada tangga sekolah. Buku itu dijumpai tidak jauh dari mayat Daniel.

Polis menyatakan bahawa kematian itu merupakan satu kemalangan, kerana asyik membaca buku walaupun terdapat beberapa mata yang menyimpulkan pandangan bahawa sebenarnya dia telah dibunuh kerana dia sepertinya dikejar oleh sesuatu sebelum dijumpai mati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience