Rate

TANGGA:3

Horror & Thriller Series 329

Walaupun dianggap sebagai sahabat baik, tetapi Dania amat membenci Lorna setelah dia mendengar pengakuan daripada Lorna yg mengatakan bahawa Dania merupakan kambing hitamnya untuk tampak menawan sekaligus baik di mata org terutamanya pada Daniel.

Pada mulanya Dia berusaha meningkah omongan itu beranggapan Dia tersalah dengar, ternyata tidak.

"She thinks she looks good well I look better and richer, I'll make a bet I will strip everything away from her..especially Daniel" ungkapan itulah membuat hati Dania membara dipenuhi dendam. lebih-lebih lagi Lorna lah yg memberitahu Parker kegiatan melukisnya tapi membuat muka tidak bersalah.

"mesti kau yg bunuh Abang Aku..dasar betina!" kaki dihentak sekeras mungkin. Jari jemari dikepal. Pandangan Dania tampak serong sehingga sesuatu menarik perhatiannya. dada gadis itu terangkat tergelak tidak henti. Dia berlari ke arah tersebut.

Dania berdiri kaku di hadapan tangga yg akan berakhir menuju sebuah pokok bersama diari Daniel. Pokok bunga magnolia di atas hamparan tangga terakhir direnung. Memastikan tiada sebarang kelibat, Dania mengangkat kaki.

"hehehe.. " Dania tersenyum gembira. Jiwa gadis kini tertinta oleh ketaksuban setiap cerita mitos karangan Daniel, setiap bait Kata buku yg dibaca dipercayai mentah-mentah.

'dipojok terakhir di kawasan sekolahku, adanya pepohonan yang begitu indah dilihat ketika musim bunga, kau hitung tangganya, jangan berhenti, tidak udah khawatir, maka satu jiwa bakal terurus kepadamu, dengan senyuman dia bakal mengabuli permintaanmu..' itulah baris pertama novel ringkas terakhir Daniel sebelum kematiannya. Namun novel itu tidak pernah diberi kepada Dania demi susulan penilaian terhadap karyanya.

"even if it's just for fun..I'll do it endless time.." Dengan santai berpostur tegak, Dania menghitung bilangan tangga Mamar itu tanpa henti. bahkan matanya tidak berganjak menatap ke bawah enggan silap mengira.

"Dania!" Panggil Julie.
"what?"
"kau okay?" Julie berlari menuju Dania.
"kau okay ke?..kau tak fikir bukan-bukan kan? "
Tanpa sengaja Diari Daniel terlepas dari jari. liur ditelan kerana gugup.
"awak nak buat hajat apa?" soal Julie setelah melihat buku berkulit biru yg cuba disembunyikan di belakang punggung. Dania berbohong dengan berkata bahawa dia ke situ kerana merindui Daniel. Mereka duduk.

"Aku risau kau akan buat hal bodoh. macam lompat Kat sini.." Dania memeluk Julie. Kekasih hati Daniel. Julie merupakan orang pertama yg membawa Dania melakukan hajat di tangga itu, dengan memberitahu bahawa kebanyakan murid melakukan hal tersebut sekadar suka-suka.

"andai aku tahu dia dalam masalah, aku takkan suggest tempat ni Kat dia, kalau aku tahu dia nak bunuh diri.." Julie tertunduk sayu enggan menghabiskan kata-kata. hanya dia beranggapan yang Daniel sengaja terjun daripada tangga atas sehingga membentur kepalanya.

"kalau betul hajat boleh termakbul..aku nak sangat masa ni berundur..aku nak halang semua benda daripada berlaku." cincin di jari manis dielus lembut. Julie tersenyum kelat.
"I miss him,"
"me too.. " Dia berbohong lagi.

Setibanya di rumah, Dania menghempaskan diri ke atas katil berusaha melelapkan mata. Tubuh Dania sakit seluruh badan Lelah bermain dodge ball di sekolah.

Krikk, pintu bilik itu terbuka separuh . Hembusan angin dingin menyapa wajah. Dania menggaru mukanya. Anehnya, tiada satu pun tingkap dibuka. Sekali lagi wajah molek itu disapa

kedinginan. "bagitahu.. " satu suara serak basah berbisik di telinga. Dania kekagetkan ingin bangun badan itu tiba-tiba menggeras. Mata sulit dibuka. Di tubir mata, satu kelibat dapat dilihat melayang-layang di udara sambil mencium ubun-ubun kepala Dania.

Kerana takut, Dania menggeletar. Jantungnya bergementaran berdetak kencang sehingga dia sendiri mampu mendengarnya.

"per..mintaa..n" suara Daniel menyapa gegendang telinga. sayup sayup kedengaran meminta simpati. Bola Roma Dania merinding mendengar rintihan pilu berupa Daniel.

"kau tak wujud.. kau dah mati.. aku dah bunuh kau. " nalurinya berkata. sekali lagi Hawa dingin menyapa wajah, dititipi oleh pertanyaan berulang.

lama kelamaan suara itu berubah mirip suara orang-orang dikenalinya. saling bercampur baur. Di hujung setiap perkataan sering dihabisi oleh hembusan angin berserta rintihan seperti orang kesakitan

"HIII!!" ia mendesis.mata Dania terbeliak saat sesuatu melibas mukanya. gelap gelita namun tiada sesiapa di situ. pintu biliknya terbuka tutup kerana jendela beranda terbuka.
Dania mengurut nafas lega. jam di dinding menunjukkan pukul 2:40 pagi. Dania bangun untuk membasuh muka masih seriau teringatkan mimpinya tadi.
" permintaan memang banyak, kalau senaraikan kebas mulut ni, tapi.. kalau sekarang, aku harap Lorna mati" bisiknya Dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience