Sharifah Teha berteleku di tepi katil Syed Arman, sedari tadi dia diam tidak berkata. Dia tidak punya rasa untuk memarahi abangnya, dia juga tidak punya kekuatan untuk menghentam abangnya, dia cuma berusaha untuk memahami apa yang terjadi.
“Adik, tolong abang adik, adik sahaja yang boleh tolong abang,” Syed Arman masih tidak jemu memujuk Sharifah Teha, satu satu adik perempuannya.
Sharifah Teha mengambil tangan abangnya dan mencium penuh hormat.
“Sebelum adik sanggup untuk menolong abang, adik nak abang faham apa yang adik rasa, selepas adik tahu berfikir, selepas adik faham semua cerita. Adik nak abang dengar dulu apa adik rasa, then adik akan dengar apa yang adik patut tolong abang,” gadis manis itu masih memegang tangan sasa abangnya.
“Abang Adam cerita semua pada adik, apa yang abang cakap dengan abang Adam dan Babah, jadi abang kena dengar dulu adik nak cakap,” Syed Adam memandang adiknya dengan senyum penuh kasih. Dia sayangkan adiknya, dia melihat bagaimana adiknya berusaha untuk menceriakan apabila dia bersedih.
“Daripada yang adik faham, abang masih lupa tentang cerita masa abang dewasa, bagaimana abang accident, semua cerita sebelum abang accident abang belum ingat kan?,” Sharifah Teha mahu berhabisan dengan Syed Arman hari ini.
“Ada satu kisah yang masih menjadi misteri hingga kini. Sebelum abang accident, abang menghilang selama 2 bulan. Babah cakap abang ke Rumah Agam Arau, tetapi masa Babah call rumah Agam, abang asyik takde kat rumah. Abang ingat tak kisah tu,” Sharifah Teha memandang abangnya yang mengeleng kepala.
Dia menyambung lagi.
“Selepas abang balik dari Arau, abang busy ke sana kemari, adik tak sempat pun borak dengan abang. Dan selepas sebulan abang balik, abang accident, masa abang di jumpai, ada gelang kat tangan abang, abang dah ingat ke gelang tu untuk siapa?,” Sharifah Teha masih melihat gelengan daripada Syed Arman.
“Ok, daripada gelengan abang tu, abang masih samar samar kan? Maksudnya abang membuat keputusan nak kahwin dengan minah sewel tu adalah keputusan sekelip mata, abang tak fikir panjang, abang cuma nak kita semua anggap abang hero, gitu ke?,”
Sekali lagi Syed Arman mengelengkan kepalanya, dia tidak mahu berbahas, dia sudah nekad.
“Pertama sekali adik nak abang faham, ibu abang tidak bersalah, jadi apabila abang membuat keputusan, abang kena letak taraf ibu abang di tempat yang tinggi. Sebagai anak lelaki, abang kena pertahankan ibu abang. Itu tugas anak lelaki,” suara Sharifah Teha sudah mendatar, dia tidak mahu bergaduh dengan abangnya.
“Lepas tu Nurlisa tu abang nak campak mana? Abang ingat Nurlisa tu pacat, lepas abang gunakan dia untuk sedut darah kotor abang, abang matikan dia, gitu? Abang jangan jadi zalim pls, adik tak sanggup nak beritahu Nurlisa keputusan abang. Jangan buat Nurlisa gitu please abang, adik merayu….,” Sharifah Teha mengendurkan suaranya, dia mahu berbincang baik baik dengan abangnya.
Syed Arman mengelus rambut adiknya, dia memberi isyarat yang dia tidak mahu lagi berbincang.
“Adik dah habis cakap? Abang bahagia apabila adik abang dah tahu bersuara, ini maknanya adik dah tahu berfikir logic, tapi abang tidak boleh berfikir cara adik,” Syed Arman mengambil botol mineral dan meneguk perlahan.
“Pertama abang nak minta tolong adik handle Sakinah. Abang tak nak jumpa dia sebab abang belum bersedia. Adik cakap dengan dia yang abang akan kotakan janji abang,”
“Kedua adik tolong inform Sakinah yang dia tidak boleh menyentuh Nurlisa, apa jua bentuk sentuhan tidak boleh, tak boleh call, message, jumpa, datang office, datang rumah, A BIG NO,”
“Ketiga, adik tolong kemas baju abang and bawak luggage ke hospital. Abang nak balik jumpa Nenda, lepas discharge nanti, abang nak terus ke airport, abang tak nak balik rumah,”
“Keempat, adik tolong carikan passport abang, dalam bilik abang, kat laci meja study abang. Lepas tu adik minta Ameena belikan open ticket ke London,”
“Ke lima, abang nak jumpa Nurlisa, adik tolong aturkan, esok pun boleh, sebab esok dah Saturday, dia mesti tak kerja,”
“Keenam, abang nak jumpa Ameena, nak discuss pasal kerja, Adik minta Ameena datang sekarang, lepas lunch nanti minta dia jumpa abang,”
“itu sahaja permintaan abang, abang harap adik boleh tolong abang. Kalau adik tolong semua ni, abang janji akan settlekan photoshoot adik selepas abang balik from London,”
Syed Arman memandang wajah cemerut adiknya, dia tahu adiknya tidak akan membantah. Dia tahu adiknya sanggup berbuat apa sahaja demi sayangkannya.
“Abang nak cakap apa dengan Nurlisa, adik takutlah abang. Adik suka dengan Lisa tu, sat gi abang melepas. Eusoff tu bila bila masa jer boleh sambar dia abang, nanti abang boleh mati cemburu dengan Eusoff tu, dahlah mereka tu bagai pinang tidak berbelah,” Sharifah cuma membeli jiwa abangnya, supaya sedikit rasa takut kehilangan Nurlisa.
“dah kenapa pinang tak terbelah pulak,” Syed Arman ketawa dengan peribahasa adiknya, dan juga untuk menunjuk mood cerianya.
“Sebab sepadan sangat, sampai tak terbelah,” Sharifah Teha tersenyum pada abangnya, melihat wajah kacak abangnya.
Syed Arman cuma tersenyum memandang adiknya. Dia tahu cintanya, tetapi dia tiada pilihan, dia harus menamatkan kisah hidupnya. Dia tahu dalam ceritanya, cuma Nurlisa yang sakit, tapi semua keluarganya akan bahagia dengan keputusannya.
Berbohonglah kalau Babahnya tidak bahagia melihat isterinya tersenyum, dustalah sekiranya Syed Adam dan Sharifah Sakinah tidak teruja melihat uminya bakal tersenyum bahagia.
Jadi dia harus korbankan jiwa Nurlisa, demi membentuk bahagia keluarganya. Dia masih punya 6 bulan untuk mengatur yang terbaik untuk perjalanannya.
“Nurlisa gadis yang baik, sesiapa yang dpat berkahwin dengan dia pasti beruntung, cantik dan bijak, andai jodoh dia dengan Eusoff, abang doakan dia bahagia, dan insyallah dia pasti bahagia. Cuma abang berharap Eusoff boleh faham kisah silamnya, sakitnya, deritanya, bagaimana dia berusaha untuk sihat, bagaimana dia berusaha untuk kembali normal. Dia ada tempat yang special di hati abang, tapi tidak bermakna abang akan memilikinya,”
Syed Adam mendengar dengan jelas perbualan mereka daripada luar kerana Sharifah Teha tidak memutuskan talian panggilan mereka. Sharifah Teha sengaja berbuat begitu kerana ingin permintaan Syed Adam sendiri.
Syed Adam tahu dia harus lakukan sesuatu, tapi dia tidak tahu bagaimana untuk menolong Syed Arman bahagia, Keputusan dia berkahwin dengan Sharifah Sakinah adalah keputusan yang paling teruk dirasakan. Syed Arman tidak akan pernah bahagia.
Syed Adam mendail number seseorang yang dirasakan boleh menolongnya.
“Uncle, saya rasa kita perlukan lakukan sesuatu, kita kena tukar plan, maybe plan C, because plan A and B dah tak boleh pakai,”
“Kita perlu berjumpa, dengan mereka sekali, we need to plan betul betul this time,”
Syed Adam mangatur langkah ke pejabat, dia perlu selesai urusan kerjanya untk hari ini, dia perlu kosongkan mindanya untuk mencari idea dalam permasalahan Syed Arman.
***************************************
Ameena mengetuk pintu bilik VVIP hospital itu, dia teruja apabila mendapat panggilan daripada Sharifah Teha yang Syed Arman ingin berjumpa dengannya. Dia tidak sempat memberitahu Nurlisa tentang keadaan Syed Arman.
Dan dia pasti Syed Arman tidak memberi arahan untuk memberitahu Nurlisa tentang keadaannya.
“Duduk Ameena, 1 nak bercakap dengan you regard to work and personal things,” Ameena melabuhkan punggungnya di sofa mewah itu. Syed Arman juga duduk di sofa yang sama, mereka bertentangan dan Ameena bersedia dengan ipadnya.
“Boss apa khabar, I happy nampak boss dah boleh bangun then jalan, instead of terbaring kat katil, alhamdulilah, kami tak sabar nak tunggu boss balik kerja,”
“Thanks Ameena, I dah semakin baik, kepala pun dah ok, Insyallah selepas rehat nanti, dah boleh masuk kerja balik,” Syed Arman bangun kembali untuk mengambil mineral water dan capai remote control untuk mematikan bunyi TV.
“Sorry sebab you kena datang sini, I ada beberapa perkara yang I nak u buat,”
“Pertama I nak you book open ticket to London as soon as possible. I tak sure I discharge bila, maybe lagi 3 hari kot. Nanti bila dah ada date, you confirm balik the ticket,”
Ameena meniap dengan cepat, tidak menoleh kearah Syed Arman
“second, I nak you cari lawyer kat I, I tak nak lawyer company, I nak lawyer lain, I nak buat agreement dengan Sakinah, minta lawyer tu datang sini, Isnin pun boleh,”
“Ketiga, I nak you cari pelukis potret, yang tahu lukis potret based on imiginasi I, make it ASAP, today pun boleh, esok pun boleh, secepat mungkin,”
“Keempat, buat satu letter Delegation of Authority, semua task I transfer to Nurlisa, and she can approve anything up to my level of approval. Letter to CEO and cc to me and Nurlisa,” Syed Arman berhenti seketika, dia seolah berfikir dan mengatur bicaranya.
“Kelima, I nak jumpa Nurlisa esok, jumpa dia seorang, beside that, kalau ada apa apa yang Uncle PI dah buat, please uninstall it, that day I dengar Uncle PI discuss with my Babah, so remove back from Nurlisa device and her car. I tak nak sesiapa kacau her, I tak dia sakit because of me, A BIG NO,” Dia harus melindungi gadis itu, dia tidak bersalah.
Ameena tekun menial satu persatu di ipad itu, dia memandang Syed Arman dengan jiwa yang kosong apabila mendengar cerita daripada Sharifah Sakinah.
“You tak perlu pandang I begitu, selesaikan task you, then don’t infom others apa yang I minta you buat, lagi lagi task yang not related to work,” suara itu tegas.
“Saya faham boss, cuma yang saya tak faham, selama boss koma, bagaimana boss boleh dengar semua perbualan orang lain, saya hairan tu,” Ameena berterus terang kerana itu yang dia bincagkan dengan Sharifah Teha sebentar tadi
“Siapa kata saya koma, saya tidur, saya tak koma pun,” jawapan itu membuatkan Ameena terkejut.
Apa?
Tidur?
Bukan koma?
Biar betul?
“Maksudnya, dah lama boss sedar, bos pura pura koma, selama beberapa hari ni boss mendengar semua perbualan orang lain?,” Ameena berjaya juga mengeluarkan perkataan “pura pura” itu.
Syed Arman tidak menjawab pertanyaan Ameena itu.
“I akan membayar harga tinggi kepada pelukis potret itu, jadi awak boleh pergi kat central market, minta dorang datang by today, no execuses. Lawyer tu pun sama,” Syed Arman kembali bercakap berkenaan task Ameena.
“Ok Boss, saya ada kenal beberapa orang lawyer, sebab kakak saya kerja kat laywer firm. Insyallah saya akan usahakan,”
“boss rehatlah, jangan fikir banyak, I akan selesaikan semua tugas ni secepat mungkin, kalau tiada apa apa, I balik dulu,”
Ameena bangun sambil mencapai tas tangannya. Dia melihat Syed Arman menganguk perlahan sambil berjalan ke katilnya.
“Ameena, minta nurse hantarkan I Panadol, lepas itu I nak mineral water, minta dorang hantarkan,” Syed Arman sudah berbaring di katilnya, kelihatan dia memegang kepalanya.
“Baik boss, saya balik dulu,”
************************************
Syed Arman bangun apabila nurse mengejutkan dia apabila ada tetamu yang ingin berjumpa dengannya. Dia pasti itu pelukis potret yang dicari oleh Ameena.
“Assalamualaikum Encik, saya datang atas arahan Cik Ameena. Dia minta saya datang jumpa Encik di sini,” Pelukis yang bertopi itu bercakap dengan suara yang tidak selesa.
“Nama saya Ahmad, saya pelukis potret,” Ahmad menghulurkan tangannya untuk bersalam.
“Terimakasih ya sebab datang, maaf sebab minta datang dengan segera, saya Syed Arman, saya nak minta awak lukis dua gambar potret. Dua dua ada di dalam imiginasi saya,” dia bangun daripada katilnya menuju ke sofa di bilik hospital itu.
“silalah duduk, saya terangkan satu persatu,”
Ahmad duduk sambil mengeluarkan alatan melukisnya.
“Gambar yang pertama adalah wajah saya, tapi versi perempuan, Dia ada lesung pipit dan dahinya jendul. Leher jinjang dan bibirnya sedikit tebal, pipinya sedikit pau ke atas, mata dia coklat, kening tebal terletak and telinga dia kecil”
“Kamu boleh snap pic saya, then saya dah minta sectetary saya tempah satu hotel yang dekat dengan hospital. Saya nak kamu lukis dulu dan saya akan betulkan mengikut apa yang saya bayangkan,”
“Ini macam lukis potret orang hilang ni encik, biasanya saya lukis based on gambar, but nevermind, its challenge for me,” Ahmad memberi respon dengan permintaan Syed Arman.
“Saya dah take note semua bentuk muka yang encik kasi tadi, saya try buat, beri saya masa 2 hari ya, insyallah saya siapkan,”
“Terimakasih Encik Ahmad, saya ada lagi satu lukisan. Di dalam mimpi saya, saya selalu mimpi seorang gadis yang sama, saya ingat bagaimana rupa dia, tapi rupa only tertutup dengan rambut. Dekat dahi dia berdarah teruk, rambut dia berselerak, saya nak sangat jumpa dia. Awak boleh tolong saya transfer apa ada didalam mimpi saya ke potret. Saya akan kasi sample wajah yang lebih kurang sama, Cuma saya akan lihat hasilnya selepas awak habiskan lukisan,”
“Saya akan minta secretary kasi share satu gambar gadis bertudung, daripada situ awak jadikan dia seperti dalam mimpi saya. Yang ni lambat sikit pun tak per, saya perlukan luksian yang pertama dulu,”
“Maaf sebab awak kena siapkan dalam masa sekejap, Dalam akan bayar awak dengan harga yang sepatutnya, nanti awak discuss dengan secretary saya,” Syed Arman bangun dan menyalami pemuda itu.
Pemuda itu menyambut huluran tangan Syed Arman, sedari tadi dia sendiri terpaku melihat wajah kacak di hadapannya. Wajahnya terlalu sempurna hasil ciptaan Allah SWT.
“Kalau awak nak start draw here pun boleh, tapi saya nak berehat dulu, saya perlu tidur dalam 2 hours sebelum next appointment. Kalau ada apa apa, awak call my secretary ya, dia akan assist awak,” Syed Arman membetulkan tidurnya, dan mula melelapkan matanya.
Dia perlu kurangkan berfikir, kerana kepalanya mulai sakit, dia tidak mahu semua rancangannya gagal. Dia perlu kuat, kerana hanya kuat yang akan membuatkan semuanya akan berjalan seperti di rancang.
Ahmad mengemaskan barangannya, dia tidak tahu hujung dan pangkal, tapi pasti ada sesuatu yang membuatkan pemuda itu sakit, harus berehat dan harus mencari seseorang mengikut imiginasinya.
********************************************
Syed Arman menghabiskan kuihnya, kerana menurut Ameena, peguam akan sampai dalam masa 15 minit. Dia perlu bersedia untuk memberi input kepada peguamnya untuk menyelesaikan urusan dia secepat mungkin.
“I dah tulis here all the input, apa yang I nak guna masukkan dlm agreement. Nama penuh dan address that girl, nanti minta dengan my secretary. Saya tak nak discussion, kalau dia agreed, dia perlu tandatangan, kalau dia tidak mahu, the deal yang saya inform dia that day batal. Selepas you siap draft, email me the details. I tak nak sesiapa tahu on the agreement. Selepas you siapkan semua, saya akan panggil that girl, tandatangan depan you as saksi. Boleh siapkan dalam 2 hari tak?,” Syed Arman terus bercakap setelah peguam itu sampai dan duduk di sofa itu.
Peguam itu mengangguk, dia faham kerana dia sudah biasa dengan tugasannya.
BERSAMBUNG
Share this novel
dear...bila nk update lg
dear....best la chapter ni. i x sabar nk tgk arman jumpA nurlisa
hi dear. tqvm. love u u