Rate

PERMULAAN

Romance Series 2955

Seperti biasa aku mulakan pagi aku dengan
sarapan . Tiba - tiba telefonku berbunyi menandakan pesanan yang masuk . "Ara , abang perlu jumpa anak abang tak kira apa pun sayang . Abang janji ini akan jadi kali terakhir . Pertimbangkanlah permintaan abang ye " rayu suamiku dalam pesanannya . Aku tahu dia masih suamiku . Tapi kami sudah hampir setahun setengah membawa haluan masing-masing . Aku sudah minta untuk dia ceraikan aku setahun lalu , tapi aku tidak mengerti mengapa
dia susah hendak lafazkan semua tu . Dia seperti bergantungku tak bertali . " Tengoklah dulu " balasku pendek .

Aku tidak bekerja kerana dia melarangku . Lagipun , dia masih menjalankan tanggungjawabnya menanggung aku dan anaknya setelah semua yang aku cakap supaya dia sakit hati . Aku seperti tidak percaya bahawa dia masih tidak berkahwin dengan mana - mana wanita lain . Ya , CEO Kumpulan Zeus takkan takde perempuan yang mahu . Dia masih setia padaku . Hampir setiap hari dia akan bertanyakan khabarku dan anakku . Sehinggakan aku terasa seperti diriku kejam membuatnya begitu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience