Rate

1

Romance Series 2955

Hari ini 12 Mei dia akan bertemu anaknya . Aku menunggunya di tempat yang telah dijanjikan . Hampir satu jam aku menunggunya . Tiba - tiba datang dua orang lelaki iaitu pengawal peribadinya memberitahuku bahawa suamiku tidak dapat hadir kerana dia sedang terlantar sakit di hospital . Dia kemalangan semasa dalam perjalanan berjumpa anaknya . Aku terus ke hospital . Setelah aku sampai di sana , aku melihatnya sedang menjalani rawatan . Dia memandangku yang berada di luar wadnya sambil menitiskan airmatanya . Aku tidak dapat menahan tangisanku . Doktor yang sedang memberikan rawatan kepadanya bertanya siapakah warisnya . Dia laju menunjuk ke arahku . Aku laju mengatur langkahku ke bilik doktor .

"Jadi macam mana keadaannya " soalku . "Boleh saya tahu dengan lebih lanjut siapa puan ? " soal doktor itu kepadaku mungkin untuk minta lebih kepastian hubunganku dengan pesakit . " Saya isterinya , Zahara Dahlia " jawabku . "Jadi macam ini lah Puan Zahara , sebenarnya kami sudah jalankan rawatan sepenuhnya dan suami puan baik - baik sahaja.. cuma kami mendapati suami puan menghidapi barah hati peringkat ketiga " jelas doktor . Aku seperti tidak percaya semua itu . Aku membawa diri ke wad suamiku . Jelas terpancar wajah kegembiraannya mengusik anak kami , Ratia Ariz , nama yang dipilihnya . Aku berdiri di sebelahnya memandangnya . " Doktor cakap semua okey kan ? " soalnya . "Hmm " aku membalas pendek . Dia bertanyakan keadaanku yang kelihatan sedikit muram . Aku tidak dapat menahan air mata

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience