BAB 1

Romance Completed 9988

Puas dia pandang wajah itu namun tetap juga dia tidak dapat mengecam siapa gerangan yang memanggil-manggilnya dari tadi. Nak kata saudara mara, sepupu sepapat jauh sekali sebab dia memang tiada saudara lelaki, yang dia tahulah. Nak kata kawan eh, tak mungkin dia ada kawan lelaki macam tu. Tidak dia bukan pembenci lelaki cuma anti spesis lelaki pantang tengok dahi licin atau lebih tepat lagi buaya darat.

‘’Dah puas scan muka aku? Tanya orang itu dengan mimic muka tak puas hati

Bella tersengih kerang busuk.

“ Excuse me, nak tanya, Kau siapa? kau kenal aku ke?”

Izam rasa macam nak penumbuk je muka Bella sekarang ni. Dia boleh tanya siapa aku? Lupa ingatan ke apa?

“ Kau memang banyak makan semut kan? Aku la Zam. Kawan baik kau masa form 5 dulu. Lupa?”

Bella mengerutkan kening seketika. Sesaat kemudian dia tertawa. Bukan gelak kecik tapi besar. Sampai kecut perut dibuatnya. Izam yang melihat jadi pelik. Dah kenapa?

“ Laa.. Kau ke Zam? Kenapa yang berubah sangat? Dulu bukan main poyo kau. Sekarang? Perghh! Bergaya bukan main.”

Izam mengetap bibir. Mulut dia ni memang dari dulu tiada insurans kan?

“ Tu 10 tahun dulu. Sekarang dah tahun berapa? Semua manusia berubah beb. kau? Tengah buat apa sekarang?”

Bella tersengih. Tak sangka boleh terjumpa Izam dekat syarikat ayahnya tu. Jangan-jangan dia kerja sini tak?

“ Aku? Mereput dan goyang kaki. Haha. Just kidding. Aku bantu papa aku lah kat sini. Kau? Kau jangan cakap kau kerja sini.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience