BAB 11

Romance Completed 9988

Tengku Ikram bin Tengku Imran. Siapa sangka sekembalinya dia ke sini telah membongkar banyak rahsia. Kerana Tengku Ikram. Bella selamat. Kerana Tengku Ikram juga Bella mendapat cinta sejatinya. Kerana Ikram juga, Datuk Haris jadi papanya. Semuanya macam dalam mimpi tapi itu kenyataannya.

Teringat fasal Tengku Ikram pasti boleh membuatkan Bella tersenyum. Tak sangka, dua tahun Ikram satu sekolah sama dengan dia, dia sendiri tak tahu. Kata Ikram, dia selalu memerhati Bella dari jauh sebab dia tahu dia tak mungkin dapat dekat dengan Bella. Sebab masa tu Ikram sakit. Kanser hati. Tapi mujur dapat dirawat sampai sembuh. Bella yang mendengar kisah Ikram hanya mampu tahan rasa sebak. Kata Ikram lagi, masa tu dia ekori Bella sampai ke rumah. Mujur ada Ikram, kalau tidak pasti maruah Bella tercalar.

“ Amboi kawan aku ni. termenung jauh nampak.”

Teguran itu mengembalikan Bella pada realiti. Dia tersengih kerang buruk ke arah Fika yang berada di kaunter penyambut tetamu tersebut. Dia sebenarnya tengah tunggu orang, that’s why dia tunggu dekat situ.

“ Teringat kenangan lalu la beb. Cepat kan masa berlalu? Tak sangka yang aku ni..”

“ Dah jadi isteri kepada Tengku Ikram.” Sambung Fika tanpa sempat Bella habiskan ayat-ayatnya. Bella hanya tersengih.

“ Kau tu pun sama la. Dah jadi tunang kepada kawan baik kita Muhammad Izam. Eleh.”

Fika pula tersengih malu.

“ Alhamdulillah.”

Bella dan Fika saling berbalas senyuman sebelum seseorang yang ditunggu Bella daripada tadi akhirnya muncul.

“ Hai dear.”

Ikram mendekati Bella lalu dikucup dahi isterinya itu dengan penuh kasih sayang. Bella yang menerima kucupan itu hanya mampu tersenyum malu.

“ Sorry lambat sayang. Papa lanjutkan meeting tadi. Tu yang lambat sikit.”

“ It’s okay. Jom makan?”

“ Jom.”

Bella mencapai beg tangannya lalu menarik Ikram agar mengikutinya terlebih dahulu. Dia menuju ke arah Fika yang sibuk buat kerja itu.

“ Fika.” Panggil Bella. Ikram dia sebelah sudah tersenyum.

“ Yo. Kenapa?” Fika mendongak melihat dua insan yang sedang berdiri di depannya saat itu.

“ Cakap dekat Izam supaya cepat-cepat lamar kau. Suruh kahwin cepat sikit. Best oo kahwin ni.” Usik Bella dengan wajah selamba. Manakala Ikram di sebelahnya sudah tertawa kecil. Haih isteri aku ni.

“ Aku dengar tu! Aku dengar.”

Muncul Izam dengan lagak yang tersendiri. Dia hampiri Fika dengan senyuman.

“ Oh. Muncul pun kau.”

Fika yang melihat Izam datang dah tunduk malu.

“ Yelah. Dah kau kacau bakal isteri aku. kau dah ada suami so janganlah hasut tunang aku ni. aku tahulah kerja aku.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience